Isnin, 27 Mei 2013

SPAD: SITUASI 'MENANG-MENANG' DALAM SISTEM TEKSI 2-PERINGKAT.

S.P.A.D mengulangi keprihatinan mereka. Antara lain, SPAD memberikan jaminan situasi 'Menang-menang' kepada semua pihak dalam sistem teksi 2-Peringkat. S.P.A.D menegaskan bahawa kajian sedang dilakukan oleh S.P.A.D dengan pihak MHB mengenai corak permintaan di waktu-waktu puncak. Tujuannya agar pengendali teksi mampu menyusun jadual mereka dengan lebih efektif bagi mendapatkan penumpang. 

Sistem Teksi 2-Peringkat telah dimulakan sejak 15hb Mei lalu. Sistem ini dilaksanakan dalam tempoh percubaan tiga bulan. Pihak pengurusan MHB telah melakukan usaha memastikan semua papantanda dan arah kepada penumpang menggunakan khidmat teksi bandar. Dalam keghairahan segelintir pemandu teksi bandar, mereka beranggapan KLIA sentiasa mempunyai penumpang. 

Angapan tersebut menyebabkan penawaran melebihi permintaan pada satu-satu masa. Pada hari pertama sistem ini dilaksanakan, medan teksi dipenuhi teksi bandar yang berkumpul sejak 6 pagi, waima diberitahu sistem mula beroperasi pada jam 12.30 tengahari. 

Berkenaan cadangan Pengerusi Persatuan Pemandu Teksi Bestari Kuala Lumpur, yang mahukan pemandu teksi mengambil penumpang hanya ke bandaraya, kerana tambangnya lebih tinggi, dan bukan ke tempat-tempat yang lebih dekat, S.P.A.D. berpendapat ianya tak wajar.

Memandangkan Sistem teksi 2-Peringkat dilaksanakan bagi memastikan jumlah teksi mencukupi buat pengguna KLIA. Di samping memberikan pilihan kepada pengguna KLIA. Ini bagi memastikan pengguna tidak beratur terlalu lama. Jika sistem ini sukses, KLIA2 akan menggunakan model sistem yang sama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa