Isnin, 27 Mei 2013

SPAD: KEPRIHATINAN SPAD MENDENGAR SEMUA PIHAK.

“Orang suka tengok hasil perubahan, tetapi pada masa yang sama sentiasa menentang perubahan. Bila benda itu bagus, dia puji…Wah..bagus! Tetapi selepas itu mula komen dan kritik."

“Mula-mula kena kritik yang pedas-pedas aja. Sakit juga. Tetapi lama kelamaan saya fikir, semua orang ada pendapat. Bagi saya, berbeza pendapat bukan satu perkara yang luar biasa,” katanya.

Bekas Ahli Parlimen Kota Tinggi itu berkata ketika mula-mula jadi pengerusi SPAD beliau terkejut apabila mendapati hampir semua staf di bawahnya, dari eksekutif sehingga ke pengurus, muda-muda belaka.

“Tetapi itu yang bagusnya. Saya puashati bekerja dengan golongan ini sebab mereka bertenaga dan banyak idea bernas. Kejayaan yang dikecapi SPAD sekarang bukan kerana saya sahaja, tetapi juga kerana mereka ini,” katanya.

Begitulah sikap dan pendirian budaya kerja Pengerusi SPAD. Sikap terbuka dan menerima pandangan semua pihak. Adalah tidak benar mengatakan SPAD tidak mengambil kisah pandangan semua pihak. Tapi pada pendapat ambe, biarlah pandangan yang membina dan bukan mewakili kepentingan sendiri sahaja. Contohnya seperti rungutan Pengerusi Persatuan Pemandu Teksi Bestari Kuala Lumpur (PPTBKL) Mohamad Asharaf Yasin. 

Pada pendapat ambe rungutan Pengerusi PPTBKL lebih menjurus kepada sikap lewa dan prejudis mereka dalam bersaing mendapatkan penumpang. Sudah tentulah perkara itu di luar bidangkuasa SPAD dalam menentukan kuota penumpang bagi satu-satu teksi. Sepatutnya, Pengerusi PPTBKL sendiri yang perlu menjadi kreatif dalam mendapatkan penumpang.

Pada pemahaman ambe dalam Sistem Teksi-Dua Lapis, terpulang kepada penumpang untuk memilih teksi mana yang mereka mahu. Penumpang yang membeli kupon. Contohlah, ambe ni penumpang yang baru turun dari kapalterbang. Ambe nie rakyat Malaysia. Ambe tahulah bagaimana keadaan teksi bandar. Ada yang berbau wangi dan ada berbau tersangatlah 'wangi'nya. 

Ambe juga tahu sikap keras kepala pemandu teksi yang suka mengambil kesempatan. Ambe juga tahu ada yang cuba ehem ehem kan meter teksi. Akhirnya ambe ambil keputusan untuk ambil teksi limo. Pengerusi PPTBKL tak boleh persalahkan ambe atau SPAD kerana pilihan ambe tersebut. 

Tak masuk akal lah kalau SPAD pula nak menentukan jenis teksi yang ambe wajib ambil. Pada pandangan ambe, tak masuk akal jugalah ada pemandu teksi kena tunggu dari 8 jam pagi sampai jam 4 petang nak ambil penumpang! Tapi kalau berlaku sebegitu, baguslah,  biar pemandu teksi pula merasai pengalaman menunggu lama yang memenatkan.

Seperti ambe katakan di awal tadi, Pengerusi PPBTKL perlu kereatif lah. Beliau sepatutnya fikir cara memujuk penumpang dan mendisplikan ahlinya seramai 700 orang. Agar perkhidmatan mereka menjadi pilihan utama penumpang. Mengambil jalan pintas dengan meletakkan beban kesalahan kepada SPAD adalah tidak wajar bagi ambe.

Apa pendapat korang pula?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa