Khamis, 30 Mei 2013

SPAD: DAPAT JUGA NAIK BULLET TRAIN - YAHUUU !


Husam Musa tiru idea bernas S.P.A.D. Idea Keretapi Laju. Tapi Husam Musa cuma mampu bina keretapi mainan sahaja. Tidak seperti S.P.A.D. yang benar-benar komited menjadikannya suatu realiti. Kronologi cadangan Bullet Train klik di sini IN DEEP TOTS.

18hb Febuari 2011.

5hb Ogos 2011.

27hb Julai 2012 - Tender bagi kerja pembangunan HSR (High Speed Rail) dijangka pertengahan tahun ini.

18hb Febuari 2013 - Kedua pemimpin Malaysia-Singapura bersetuju dengan pakej projek. 



Tan Sri Syed Hamid Albar - Pengerusi S.P.A.D.

SPAD akan mengemukakan laporan mengenai cadangan projek Kereta Api Laju kepada Majlis Ekonomi (EC) dan kabinet tidak lama lagi. Semua laporan akan dikemukakan kepada Perdana Menteri kata Pengerusinya Tan Sri Syed Hamid Albar.

Malaysia dan Singapura bersetuju melaksanakan projek itu, yang dianggap sebagai 'game changer', antara Kuala Lumpur dan republik itu menjelang 2020. Persetujuan itu dibuat semasa sesi pemukiman pemimpin antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan rakan sejawatannya dari Singapura, Lee  Hsien Loong, Februari lepas.

Apabila siap, perjalanan antara Kuala Lumpur dan Singapura hanya mengambil masa 90 minit.

Mengenai projek MRT dari Johor Baharu dan republik itu, Syed Hamid berkata setakat ini kedua-dua kerajaan memutuskan supaya projek itu yang dicadang disambung dengan MRT Singapura, dikaji bersama.

"Kajian itu sudah siap dengan beberapa cadangan untuk ditimbang oleh kedua-dua pihak. Mereka ada setahun untuk membuat keputusan, sama ada  meneruskan atau tidak projek itu," kata Syed Hamid. Difahamkan antara pilihan yang dipertimbang ialah pembinaan jambatan atau terowong bawah tanah - sumber MSTAR.

Baca lagi di sini THE CHULAN.:-
Projek di jangka menelan belanja sekitar 20RM billion lebih itu di jangka lengkap dan siap sepenuh nya pada tahun 2020 , kebetulan dengan hasrat negara mencapai matlamat visi 2020 negara.Mohamad Nur berkata atas kapasiti nya sebagai wakil negara di Asia -Pacific Rail conference di Hong Kong baru baru ini.
Pertanyaan berkenaan projek ini juga ada datang dari beberapa  negara lain seperti Jepun, Perancis , Sepanyol dan Jerman.Kesemua negara yang berminat ini nampak nya berpengalaman di dalam sektor keretapi laju memandang kan kesemua mereka sudah pun ada sitem Bullet Train ini.
Tender untuk projek ini di jangka di tawar kan pada jangkaan dalam tahun ini juga, dan dana bagi memenuhi perbelanjaan projek ini akan di "source" dari private sector dan juga dari pelabur asing selain dari jaminan kerajaan Malaysia dan Singapura. 
Jika kesemua perancangan berjalan lancar, pasti nya rakyat Malaysia di Kuala Lumpur dan Singapura dapat berulang alik kedua tempat ini dalam masa 90 minit berbanding 4 jam perjalanan sepanjang 400 kilometer ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa