Khamis, 23 Mei 2013

SPAD: CABARAN BARU YANG DIHARUNGI DENGAN JAYANYA DI BAWAH TAN SRI SYED HAMID ALBAR

spad-tanseri


KUALA LUMPUR – “Ia merupakan satu cabaran apabila menerima untuk menerajui Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat, kerana perlu memahami dan mendalami apakah pengangkutan awam darat dan apakah trasformasi bandar yang hendak dilakukan”. Begitulah luahan hati Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat, YBHG Tan Sri Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar

Kerana negara kita ini pembangunannya bergerak begitu laju dari perancangan sistem pengangkutan awam darat, ini kerana kita tidak membuat persediaan kearah itu, ia ini menyediakan keselesaan, pergerakkan yang teratur dari satu tempat kesatu tempat yang saling berhubung dan tidak mempunyai sistem perhubungan diantara perkhidmatan saperti kereta api, bus, teksi saperti “park and ride” yang ada hari ini , ini lah satu cabaran yang perlu di lalui.

Dan kini setelah mengharungi selama tiga tahun menerajui Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat Tan Sri Syed Hamid sudah saperti menjadi sebahagian daripada harapan rakyat dan kerajaan untuk melakukan trasfomasi dan menambah baikkan sistem pengangkutan awam darat ini.

Sahingga kini banyak perkara yang telah di lakukan, dan beliau bersyukur kerana telah di bantu oleh kumpulan tenaga muda yang betul betul berminat untuk memajukan perkhidmatan kenderaan awam. Mereka ini kerab membantu Syed Hamid didalam pengurusan dengan idea idea yang bernas dan melaksanakan apa jua yang dirancang.

Selaku Pengerusi SPAD, beliau sentiasa mendengar pandangan dari pengurusan dan seterusnya mengembeling idea idea yang bernas untuk di jadikan sesuatu yang boleh di guna pakai bagi memantapkan lagi kearah pembangunan sistem Pengangkutan Kenderaan Darat ini.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada YAB Datuk Seri Najib Tun Razak kerana memberi kepercayaan kepada beliau untuk memimpin satu organisasi baru, walaupun di peringkat awal beliau tidak berapa faham fungsi Suruhanjaya ini, tetapi pada akhirnya beliau dapat melihat bahawa SPAD ini ada peranannya tersendiri.

Banyak perkembangan yang dapat kita lihat hari ini saperti perkembangan Mono Rel, LRT, ERL, Rapid, Komuter yang di naik taraf, ini semua nya dapat kita lihat perubahan dan kemajuaannya, dan di jangkakan pada tahun 2017 rakyat Malaysia akan dapat melihat MRT (My Rapid Transit) juga dikenali sebagai Aliran Transit Massa yang pertama.

Projek MRT bertujuan untuk membangunkan kemudahan infrastruktur sistem pengangkutan di negara ini supaya kesesakan lalu lintas di Kuala Lumpur dapat dikurangkan dan memastikan kemudahan rakyat serta keselesaan pengguna untuk berhubung dari satu tempat ke satu tempat.

Dalam masa yang sama SPAD juga sentiasa bergerak untuk menambah baikkan sistem pengurusan teksi, saperti tindakan terbaru SPAD membuka ruang untuk teksi bandar beroperasi di lapangan terbang KLIA, yang mana telah mengurangkan rungutan penumpang yang memerlukan perkhidmatan di KLIA, melalui maklum balas yang di terima oleh SPAD, Rata rata mereka bersetuju dengan tindakan SPAD membuka laluan teksi Bandar beroperasi di KLIA.

Kejayaan ini sebenarnya adalah kerana SPAD sentiasa memainkan peranan penting dengan mendapatkan maklumat dari orang ramai dan penguna kenderaan awam, kesemua maklumat di kumpul dan di jadi kan rujukan untuk SPAD memperbaiki sistem perkhidmatan kenderaan awam darat ini.

Selain mencadangkan kepada kerajaan agar stesyen stesyen bus dinaikkan taraf selain membina terminal terminal baru serta ‘park and ride’ yang baru, SPAD juga membuat kajian untuk menaik taraf sistem MRT 2 dan 3, ini membuktikan bahawa SPAD tidak pernah berhenti untuk membina kemajuan sistem pengangkutan awam darat ini dan menghalangnya dari terus berkembang, walaupun terdapat halangan halangan dan beberapa perkara yang di politikkan.

Tan Sri Syed Hamid telah membuktikan kepada negara luar bahawa Malaysia mempunyai ‘sucsess story’ tersendiri dalam membangunkan negaranya, yang mana mereka ini pernah meramalkan bahawa Malaysia akan hancur dalam menghadapi persaingan global kerana masyarakatnya yang terdiri dari pelbagai kaum, adat dan budaya. Sebaliknya mereka ini tahu, bahawa semua rakyat Malaysia mendapat manfaatnya daripada pembangunan tersebut.

Beliau juga berharap satu masa nanti, 40% orang ramai akan memilih kenderaan awam sebagai mode pilihan mereka, sahingga kini SPAD telahpun mencapai sasaran untuk menarik minat mengunakan kenderaan awam, ia ini mencecah ketahap 17-18 % dan ianya akan terus di pertingkatkan dari semasa ke semasa.

Menarik orang muda.

Secara umumnya generasi muda ini memang suka dengan adanya sistem pengangkutam awam darat yang bagus, Bila SPAD memperkenalkan perkhidmatan ‘Go KL’ generasi mudalah yang paling ramai mengunakannya dan hampir 15 ribu penumpang yang mengunakan perkhidmatan ‘Go KL’ ini, dan juga rakyat Malaysia yang lain nya.

Pada hakikatnya perubahan yang di lakukan kebiasaannya pasti akan menerima tentangan dan juga tidak mendapat sokongan dari semua pihak dalam satu masa. Yang paling penting ialah di akhirnya bila mereka melihat hasilnya mereka akan melihat manfaatnya, dan itu menjadi pegangan beliau selama menerajui SPAD.

SPAD telah membuktikan bahawa mereka mampu membawa perubahan dan kerajaan telah membuktikan ‘apabila kita bersedia kita akan mampu melaksanakannya’, dan Malaysia menjadi salah satu negara dirantau ini yang memberi tumpuan kepada mengunakan rel sapertimana negara maju lain, sebagai pemankin kepada pembangunan dan perkembangan.

Dari segi perancangan, Kerajaan Malaysia telah pun ada, saperti untuk mengujudkan kereta api laju menuju ke selatan Johor yang akan mengambil masa 80 minit sahaja. Sekarang masanya untuk rakyat Malaysia menerima perubahan ini , dengan membuat perubahan atau anjakkan paradikma dari pemikiran dan yang paling penting rakyat Malaysia mestilah memastikan negara ini sentiasa didalam keadaan aman dan makmor, jika negara ini didalam huru hara apa juga pembangunan yang dibuat tidak akan membawa erti.

Mengulas kepimpinan beliau selama 3 tahun menerajui Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), beliau amat berpuas hati, tetapi ini bukan bermakna memberhentikan segala perancangan dan pembangunan, ianya saperti tiada noktah di dalam mengejar pembangunan dalam menambahbaikkan sistem pengangkutan, sahingga perancangan untuk menyambung sistem rel bukan sahaja di laluan Pantai Barat malahan di laluan Pantai Timur juga sedang di usahakan, begitu juga dengan Sabah dan Sarawak.

SPAD akan membuat perancangan awal kerana di Kuala Lumpur ini pembangunannya lebih awal dan kedepan dari pembangunan sistem pengangkutannya. Sekiranya sistem pengangkutan awam ini dapat di pertingkatkan dan sempurna barulah peraturan peraturan baru boleh di perkenalkan bagi mengelakkan kesesakan dan menguatkuasakan peraturan ‘had masa’ pengunaan kenderaan persendirian didalam bandar, dalam masa yang sama meningkatkan mutu kesihatan penduduk kerana kurangnya pencemaran udara didalam bandar saperti Kuala Lumpur dan menjadikan Kuala Lumpur sebagai salah satu bandar yang menjadi tumpuan pelancung kerana bersih dari pencemaran dan selamat untuk di kunjunggi

Cabaran sukar yang pernah di lalui.

Cabaran yang paling getir sekali selama menerajui SPAD ialah untuk mendapatkan transformasi pemikiran, penerimaan, Kritikan dari mereka yang kenal gaya kepimpinan kerana didalam pengangkutan darat terlalu banyak pemberi komen dari pemberi cadangan bagaimana hendak memperbaiki, kerana sistem pengangkutan darat ini memberi kesan kepada kehidupan mereka, saperti mengadakan sistem bus ‘Go KL’ didapati pemandu teksi tidak mahu menerima idea ini kerana dikatakan mengurangkan punca pendapatan mereka.

Begtu juga bila diadakan sistem kenderaan berat saperti lori tidak boleh masuk kedalam bandar dengan muatan yang lebih, mereka juga membantah, pada hal ianya memberi kebaikkan kepada semua warga kota, Bukan sahaja menggangu kenderaan kecil kenderaan berat ini juga adalah menjadi punca kerosakkan jalan jalan awam di dalam bandar.

Cabaran seterusnya ialah berdepan dengan masalah penguna perkhidmatan, kenderaan dan juga penyedia perkhidmatan “cabarannya lebih hebat dari ketika saya menjadi Menteri” kerana sentiasa berdepan dengan malasalah mereka secara terus. Mereka ini suka kepada perubahan tetapi mereka sendiri membantah kepada perubahan yang hendak dilakukan.

Mendengar pendapat orang ramai dan NGO NGO adalah menjadi perkara utama apabila beliau mula menerajui Suruhanjaya Pengankutan Awam Darat ini, sahingga ada antara mereka yang membuat perbandingan sistem pengangkutan luar negara dengan negara Malaysia dengan mengemukakan soalan demi soalan. Kesemua perkara ini beliau akan menghadapinya dengan hati yang terbuka. Kerana beliau sedar bahawa rakyat Malaysia sekarang ini adalah bijak didalam menilai sesuatu perkara. Dengan itu akan banyaklah soalan soalan yang akan timbul, dan SPAD tidak boleh mengenepikan sahaja soalan mereka, ini juga merupakan cabaran beliau sebagai Pengerusi SPAD.

Yang paling memeningkan diantara perkhidmatan kenderaan darat ini.

Teksilah yang paling memeningkan kepala kerana merekalah diantara pemberi perkhidmatan yang teramai, di anggarkan seramai 86 ribu pemandu teksi beroperasi di seluruh negara, kerana mereka ramai maka bertambah kuatlah suara mereka, dan penerimaan mereka kepada sistem yang dibuat juga berpihak, selain mereka menuntut untuk diadakah lebih banyak lagi pengkalan pengkalan untuk mereka berhenti untuk menurun dan mengambil penumpang.

Plan pembangunan bandar dahulu tidak dimasukkan pengkalan untuk teksi ini, maka untuk membuatnya pada waktu sekarang bukan lah sesuatu perkara yang mudah, walaubagaimana pun SPAD telah berjaya mendapat kerja sama dengan pihak pihak tertentu untuk mengujudkan satu team Malaysia yang akan membawa satu sistem pembangunan dan kemudahan pengankutan awam yang berintregasi.

Pada suatu masa nanti untuk mengatasi kesesakkan jalan raya, maka kita perlu mengurangkan kenderaan persendirian selain mengunakan kenderaan awam. Jika tidak di beri perhatian pada waktu ini ,Malaysia di jangka akan mengalami kesesakkan jalan raya yang kritikal apabila Melaysia di iktiraf sebagai sebuah negara maju pada tahun 2020, melainkan jika kerajaan membuat persediaan yang rapi dari sekarang, Penyelesaian utamanya ialah menyelesaikan masalah sistem teksi.

Malaysia perlu ada satu sistem dimana pungutan cukai atau levi yang di kenakan terhadap pengangkutan awam dimasukkan didalam satu tabung yang bertujuan untuk diguna bagi membangunkan sistem kenderaan awam itu sendiri.

Isu isu yang di politikkan berhubung dengan pengangkutan awam darat

Tan Sri Syed Hamid yang pada Jun nanti akan genaplah 3 tahun menerajui Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sebagai Pengerusi, berpendapat bahawa isu pengangkutan awam ini adalah isu kepentingan awam dan ianya harus di bina secara bersama , ia bukan isu kepentingan politik dan bukan isu parti politik, isunya ialah bagaimana kita hendak menambahbaikkan. Bila melibatkan orang politik perkara haruslah di fokus kepada kepentingan awam dan bukan menjadikan isu politik, supaya pihak Suruhanjaya boleh mendengar pandangan dan mengambil keputusan.

Oleh kerana fungsi SPAD merentasi keseluruhan agensi dan kementerian dan diletakkan dibawah Jabatan Perdana Menteri dan menterinya adalah Perdana Menteri sendiri, SPAD sentiasa bekerja rapat dengan semua kementerian terutama kementerian pengangkutan dan mematuhi segala undang undang serta gerak kerja yang di tetapkan oleh kerajaan yang memerintah.

Dalam mencapai taraf negara maju menjelang 2020, kemajuan sistem pengangkutan awam dapat di nikmati oleh semua gulungan dan digunakan secara menyeluruh dengan efisien tanpa di politikkan serta memberikan keselesaan kepada pengguna awam secara menyeluruh.

Sebagai rakyat Malaysia, marilah kita bersama-sama menyokong dan mendoakan supaya Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan menjadi sebuah badan yang dapat memberi kebaikan kepada penguna kenderaan awam.

Tahniah di ucapkan kepada YBHG Tan Sri Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar kerana berjaya membawa kemajuan dan pembaharuan kepada sistem pengangkutan darat Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa