Buat pertama kalinya DAP berjaya mencapai matlamat mereka memecahkan undi Melayu kepada empat yakni:- BN , PAS, PKR dan DAP sehingga diimbangi oleh peratusan undi Cina yang akan kekal mengundi DAP (lihat rajah yang dikeluarkan SPR. Percaturan seterusnya ialah mengekalkan status-quo ini. Di samping itu DAP akan meningkatkan lagi kebencian sesama Melayu tanpa memprejudiskan Cina di dalam sengketa tersebut. Hasrat DAP menjadikan Cina sebagai KINGMAKER sudah berjaya dan jika orang Melayu masih memecahkan undi mereka , dalam tempoh 10 tahun lagi MELAYU HILANG PENGUASAAN DALAM BIDANG POLITIK, EKONOMI & SOSIAL.
Untuk kali kedua , Lim Guan End menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang satu jawatan akan bakal dihakmilikkan oleh keluarga Lim Kit Siang selagimana orang Cina masih berfantasi mengenai 'Kuasa Mutlak' mereka.
Di satu segi, orang Cina akan kehilangan lebih banyak keistimewaan dan peluang-peluang berbanding semasa mereka menyokong Barisan Nasional. Pengundi Cina akan sedar sendiri kesilapan mereka menyokong aspirasi DAP. Kita hanya perlu berpeluk tubuh dan melihat je la gelagat mereka nanti.
Kesan saikologi yang dicetuskan oleh DAP tidak akan mampu bertahan lama di kalangan orang Cina. Lama-kelamaan bila perot menjadi semakin kosong dan orang Cina terpaksa 'Kow-tow' kepada taikun-taikun DAP, orang Cina akan sedar juga.
Berapa lama orang Cina sanggup bertahan duduk dan mencari makan dengan taikun-taikun DAP? Penindasan dan kezaliman akan berlaku dalam komuniti Cina. Pada kali ini, orang Cina sendiri akan sedar bahawa bangsa merekalah yang paling kuat menindas dan menzalimi bangsa mereka sendiri. Mereka akan sedar sendiri nanti bilamana mereka terpaksa membayar 'Wang dan Bunga Pasar' serta 'Fee' kepada taikun-taikun DAP yang membebankan dan memperhambakan mereka.
Barisan Nasional hanya perlu membina kelompok dan kluster pengundi baru dan terus menerus mengekalkan sokongan penyokong-penyokong tegar mereka. Sentiasa ingat pesanan SUA UMNO " Jangan di layan politik DAP PKR PAS".
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa