Khamis, 16 Mei 2013

25,500 Penumpang Sehari Di KLIA Berbanding 900 buah Limo KLIA.


Bila kita melawat KLIA, perkara yang pertama kita nampak ialah barisan panjang pelancung luar negeri sedang menunggu teksi dan limo datang mengambil mereka. Perkara yang sama kita lihat di terminal LCCT. Kita juga melihat wajah-wajah tak ceria jelas terpapar pada wajah-wajah pelancong.

Kita tak berapa jelas mengenai operasi dan penggendalian perkhidmatan teksi limo di KLIA kerana itu diuruskan oleh Airport Limo (M) Sdn. Bhd.  ALM mendakwa,
"As the sole company appointed to provide outbound and inbound taxi or limousine services, Airport Limo is accountable to the Malaysian Government to offer a high level of service at all times. In response, the company has set the benchmark with 24-hour daily service, a code of conduct for drivers, insurance coverage for passengers, doorstep drop off and pick up, ready availability of vehicles at all times, a computerised system of issuing travel coupons and standardised fares based on distance." di petik daripada laman web rasmi ALM
Kita juga tak tahu adakah pengurusan ALM merupakan pengurusan cekap atau sebaliknya. ALM mengatakan mereka mempunyai 900 buah teksi limo yang beroperasi sepanjang masa (24 jam) bagi menampung keperluan tersebut. ALM turut menawarkan jenis perkhidmatan yang dikategorikan sebagai Servis Bajet, Servis Premier, Servis Famili dan Servis Mewah. Tapi kita tak tahu berapakah jumlah bilangan teksi dalam setiap kategori servis yang diberikan. 

Berdasarkan statistik semasa, seramai 25,500 orang penumpang kapalterbang menggunakan KLIA dalam sehari. Pada pengiraan kasar, 900 buah teksi berbanding 25,500 penumpang sehari bermakna sebuah teksi memberikan perkhidmatan kepada 28 orang dalam 24 jam.

Dari situ kita dapat melihat satu persaingan yang amat sengit di antara pengendali teksi limo di KLIA dan penumpang teksi sendiri. Amalan kebiasaan yang kita tengok dengan mata kepala kita ialah sebuah teksi selalunya mengambil seorang penumpang sahaja pada satu-satu masa. 

Selain ALM, pengurusan KLIA juga sedikit sebanyak terlibat dalam soal perkhidmatan teksi dan limo di KLIA. Setahu ambe, pihak pengurusan KLIA mengenakan kadar caj tertentu bagi tapak-tapak teksi dan limo menunggu dan mengambil para penumpang. Mungkin pihak pengurusan KLIA boleh berbincang semula dengan semua pengendali teksi dan limo di KLIA mengenai caj kadar bayaran bagi tapak-tapak teksi dan limo menunggu di KLIA bagi memantapkan lagi perkhidmatan teksi dan limo. 

Tapi soal kadar bayaran dan caj kepada penumpang termasuklah keselesaan para penumpang dalam teksi dan limo itu adalah tanggungjawab pihak yang mengendalikan pemandu teksi dan limo.

Kembali kepada persoalan pokok yakni kenapa berlaku barisan menunggu terlalu panjang dan lama bagi mendapatkan perkhidmatan teksi limo di KLIA? Siapakah yang lebih patut menyelesaikan kemelut tersebut? Adakah pihak pengurusan KLIA atau pengendali teksi limo ALM yang merupakan penggendali tunggal rasmi yang di lantik?

Budaya kerja dalam Malaysia ini ialah apabila ada masalah maka masalah itu seboleh-bolehnya di campak kepada pihak lain. Ada beberapa sebab di buat begitu. Pertama untuk mengelak daripada menerima cemuhan dan kritikan. Kedua biarlah pihak yang dicampakkan masalah tersebut menerima beban kesalahan tersebut. Ketiga, melepaskan diri daripada tanggungjawab sebenar mereka. 

Pendapatan sehari yang diperolehi oleh pengendali teksi Limo di KLIA pun kita tak berapa tahu. Kita hanya boleh buat anggaran bahawa ianya sudah tentu lumayan memandangkan kepada purata 25,500 sehari penumpang yang turun naik di KLIA.

Di musim-musim perayaan pula, trafik penumpang di KLIA semakin bertambah dan sesak.

Angka 25,500 orang itu di jangka naik lagi memandangkan KLIA 2 bakal siap tak lama lagi.

Tak hairanlah persaingan mendapatkan penumpang di KLIA sentiasa di intai-intai oleh pihak pesaing ALM.  Persaingan tersebut boleh menjejaskan perkhidmatan teksi limo di KLIA. Akibatnya akan terkena pada para penumpang. Imej negara akan kelihatan buruk di mata pelancong. Jika perkara itu berlaku ianya akan menjejaskan pendapatan pengendali teksi dan limo di KLIA.

SPAD memainkan peranan mengimbangi semua kepentingan agar perkhidmatan teksi bertambah baik tanpa menjejaskan kepentingan mana-mana pihak. Salah satu langkah yang telah SPAD ambil sebagai percubaan meleraikan kemelut semua pihak ialah memperkenal Sistem 2-Lapis Teksi.

Sistem ini membenarkan teksi bandar beroperasi di KLIA bagi menambah bilangan teksi dan limo yang sedia ada supaya barisan menunggu menjadi pendek. Sistem tersebut di rangka setelah SPAD berbincang dengan semua pengendali teksi dan limo di KLIA.  Kajian teliti oleh SPAD mendapati kepentingan semua pihak tidak terjejas dan mampu diimbangi kerana permintaan yang amat tinggi dari aliran trafik tinggi penumpang.   Sistem teksi 2-Lapis adalah sistem yang mampu mengujudkan suasana kondusif bersifat 'Untung-Untung-Untung' kepada semua pihak.

Sistem teksi 2-lapis mampu meningkatkan pendapatan semua pengendali teksi dan limo di KLIA di samping membuat para penumpang tersenyum puas. Manakala pengurusan KLIA akan merasa lega dengan bilangan aduan kelambatan mendapat teksi dan limo di KLIA semakin berkurangan. Semua pihak boleh menarik nafas lega di atas keprihatinan SPAD menangani isu dan kemelut barisan panjang penumpang di KLIA. 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa