SPR perlu tangkas dan cergas dalam menjawab semua fitnah-fitnah daripada DAP PKR PAS PSM terutama daripada 'Red Bean Army'. Hanya mengharapkan kepada gerak kerja kumpulan kecil sederhana siber pro UMNO/BN tidak mencukupi. Realitinya ramai dalam kumpulan siber pro UMNO yang bukan jentera pilihanraya BN bergerak sendiri dan menggunakan wang poket sendiri. Mereka ada kekangan semulajadi untuk menangkis segala fitnah. Manakala jentera pilihanraya BN pula sibuk dengan tugasan masing-masing. Memang tak cukup tangan. Bagi yang bergerak sebagai jentera rasmi pilihanraya BN sudah tentu mereka kurang 'kekangan' tetapi ramai jentera tak rasmi yang mempunyai banyak masa lapang menghadap komputer.
Ya betul, berjuang untuk Agama, Bangsa dan Negara, namun setiap yang wujud dan maujud di dunia ini ada batasannya.
SPR perlu lebih proaktif dalam menangani dan menangkis fitnah dan dakyah DAP PKR PAS PSM dalam tempoh 15 hari ini. Sekarang hanya tinggal kurang 6 hari lagi ke 5hb Mei 2013. Esok HARI BURUH. Hari cuti umum.
Jentera SPR untuk alam siber nampaknya kurang aktif dan agak jumud. Tak berapa cergas seperti kehabisan vitamin 'RM'. Bagi kumpulan jentera tak rasmi pilihanraya BN, sudah tentu lah sukar buat kami untuk menangkis fitnah dan dakyah DAP PKR PAS PSM kerana kami tak mempunyai AKSES seperti jentera rasmi BN. Kami hanya termampu lakukan setakat kemampuan kami saja.
Sekarang ini bertebaran luas mengenai fitnah 36,000 pengundi hantu yang kononnya bakal di bawa dari Sabah dan Sarawak menaiki kapalterbang yang hanya memuatkan kurang dari 150 orang. Kapalterbang yang tercanggih pun yakni Airbus Super Jumbo A880 hanya mampu bawa 600 orang sahaja dan kapalterbang itu tidak di beli oleh MAS pun.
Begitu juga dengan gambar-gambar yang muncul mengenai betapa 'Tak Kekalnya' dakwat kekal SPR. Gambar-gambar tersebut amat merbahaya kerana memberikan gambaran palsu dan tak benar mengenai Dakwat Kekal.
Dua isu ini , pertama mengenai Pengundi Hantu dan Dakwat Kekal sedang hebat dimainkan oleh pasukan siber DAP PKR PAS PSM di alam maya. Berbagai jenis dan bentuk ragam penyampaian mereka lakukan. Bagi mereka mudah kerana mereka hanya melakukan gerak kerja menyebar persepsi. Manakala tangkisan pula tidak begitu menyakinkan rakyat jelata.
Sesuatu harus diperbetulkan dengan kadar segera dan cepat bagi mengekang semula kebanjiran bahan-bahan propaganda DAP PRK PAS PSM di alam maya. Kena buang sifat SELEKTIF, MANIPULATIF, TERLALU TAMAK dan PULAU-MEMULAU. Tak menguntungkan BN !
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa