SMILE ! Yor Are On Candid Kamera ! |
Pemes Gwe ... Sapa Yang Upah ????? |
Ok korang dah baca tak semua blog-blog Paperwaris, AAKJ, PapaGomo, Medan Info Kita, Mediawangsa , The Flying Kick berkenaan dengan video skandal seks berkenaan? Takpe di sini ambe nak tulis sedikit berkenaan faktanya:-
Telah disahkan dua orang anggota AMK ditahan berhubung penyebaran video lucah membabitkan seorang lelaki menyerupai Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali dengan seorang wanita warga asing.Kedua-dua orang anggota AMK tersebut kini ditahan polis untuk soal siasatDalam laporan awal, seorang lelaki telah ditahan oleh anggota polis di Kampung Alor Lintang, Kampung Raja, Besut Terengganu. Pemeriksaan di hadapan pintu pagar di kawasan Perumahan Lorong Sekolah dan Lorong Hidayat, Kampung Alor Lintang itu menemui 16 sampul surat yang mengandungi sekeping VCD setiap satu pada lelaki terbabit. - sumber The FlyingKick
Petikan lain menyebutkan ~ HaprakNews:-
Jadi video sensasi tersebut dijumpai di Terengganu. Diulangi dijumpai dan di kesan di Terengganu.Pada 11/4/2013 jam lebih kurang 0745 hrs semasa pengadu bersama-sama KPL/S 14656 sedang menjalankan Tugas Rondaan MPV Kawasan pentadbiran Balai Polis Kg.Raja Besut Terengganu telah terima arahan daripada Bilik Gerakan IPD Besut untuk menjalankan pemeriksaan di Kampung Alor Lintang 22200 Kg.Raja Terengganu kerana terdapat maklumat orang awam menjumpai sampul surat yang mengandungi cakera padat berunsur lucah. Hasil pemeriksaan di hadapan pintu pagar di kawasan Perumahan Lorong Sekolah dan Lorong Hidayat Kg.Alor Lintang 22200 Kg.Raja Terengganu telah menjumpai (16) sampul surat berwarna putih dan setiap sampul mengandungi (1) keping cakera padat video gambar lucah. Kemudiannya barang kes di bawa balik ke IPD Besut Terengganu bagi tindakan lanjut.
Ada apa di Terengganu? Baca petikan ini:-
Petikan ini pula di tulis oleh PapaGomo:-PAS Terengganu sepatutnya mengumumkan calon-calon DUN mereka malam ini. Bagaimanapun, pengumuman tersebut terpaksa ditunda ke 18 April memandangkan tentangan sengit telah dibuat oleh PKR yang masih dan enggan berganjak daripada tuntutan untuk bertanding di beberapa kerusi kuat PAS.Orang yang dianggap menjadi PENGHALANG terbesar kepada PKR di Terengganu adalah Mustafa Ali, Setiausaha Agung PAS. Malah Setiausaha Agung PAS itu dilihat sebagai ancaman utama kepada PKR di seluruh Malaysia apabila dikatakan dan dituduh menjadi PEMAIN UTAMA meletakkan nama calon-calon PAS untuk kerusi Parlimen, jauh lebih pantas daripada PKR sendiri.Dek kerana itulah, PKR terpaksa mencari jalan dan mengusahakan sesuatu yang dilihat dapat memusnahkan Mustafa Ali. Mustafa Ali perlu diugut dan digertak. Mustafa Ali perlu ditakutkan dan perlu diundurkan kalau perlu. Semangat PAS perlu dicairkan dengan menakut-nakutkan Setiausaha Agung PAS. (Nota JS: Perkara yang sama pernah berlaku ke atas Din Pudu)
Gomo simpati kepada Mustapha Ali kerana beliau sebelum ini merupakan orang yang paling lantang dalam mendesak agar PAS dan UMNO bersatu dalam kerajaan Perpaduan. Beliau merupakan orang yang cukup baik kerana beliau juga waktu ini sedang mengatur untuk Hassan Ali dan Nasaruddin Mat Isa menjadi orang tengah antara perpaduan PAS dan UMNO.
Anwar Ibrahim pastinya tersenyum puas waktu ini kerana PAS tidak lagi boleh mengatakan Anwar Ibrahim tidak layak sebagai Pemimpin Pakatan Rakyat kerana PAS juga mempunyai pemimpin yang bermasaalah moral.Pendek kata PAS tidak boleh mengatakan Anwar Ibrahim tidak layak sebagai Perdana Menteri Jika Pakatan Menang PRU 13 ini.
CERITANYA:-
Nampaknya ada pergaduhan besar di antara PKR dan PAS di Terengganu kerana Gerakan Anti Anwar Ibrahim. BATU PENGHALANG UTAMA PKR DI TERENGGANU IALAH MUSTAFA ALI SUA PAS (Pada pandangan PKR). Yang di tangkap beserta bukti penyebaran cd skandal seks lucah adalah anggota AMK di TERENGGANU. Bukan satu tapi 16 keping sampul surat ditemui!
Maknakata , apakah KLU dan BUKTI seterusnya bagi MENGESAHKAN atau paling tidak MEMBAWA KITA KEPADA CERITA SEBENAR DI SEBALIK SKANDAL VIDEO SEKS YANG SENGAJA DISEBARKAN OLEH PKR TERSEBUT? Sudah tentu kita akan menjangkakan SUATU TINDAKAN BALAS/ RESPONSIF BALAS terhadap Gerakan Sabotaj PKR berkenaan? Betul tak?
Baiklah ..... anda baca pula Polis Repot ini yang di buat di Balai Polis KERTEH DALAM DAERAH KEMAMAN TERENGGANU oleh seseorang yang MENGAKU PERNAH DI LIWAT OLEH ANWAR IBRAHIM sebanyak dua kali di antara tempoh 1992- 1995 di Hotel Mandarin Jalan Maharajalela, Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Polis repot ini di buat pada 11hb April 2013 pada jam 4.42 petang dalam situasi di mana Video lelaki yang menyerupai Mustapha Ali mula beredar dan hangat diperkatakan:-
HIPOTESIS (KOMEN SAKSAMA) MENGENAI ISU:-
Apabila satu laporan polis di buat terhadap Anwar Ibrahim mengenai pengaduan di liwat sebanyak dua kali; tidakkah itu satu responsif terhadap penyebaran video skandal seks Mustapha Ali? Sudah tentulah di sebalik dua isu ini yang saling berkait di antara satu sama lain berpunca dari pergeseran maha hebat dalam perebutan kerusi di antara PAS dan PKR di seluruh negara pada masakini. Puak PKR sebar video lucah lelaki yang menyerupai Mustapha Ali dan pihak PAS pula buat polis repot mengadu mengenai perbuatan liwat Anwar Ibrahim. Kata Sherlock Holmes, "Apabila kita buangkan segala yang tak munasabah apa yang tinggal waima nampak tak munasabah ITULAH KEBENARAN-NYA"
Makin Ganas Politiking PAS dan PKR dalam bab cantas mencantas di antara satu sama lain dan pada masa yang sama cuba menyalahkan UMNO/BN. Tapi awal-awal lagi pola tindakan dan gerak kerja PKR dan PAS sudah dapat di hidu ! Namun demikian satu perkara yang pastilah bagi semua rakyat Malaysia, betapa PKR dan PAS dipenuhi dengan pelbagai jenis ragam dan skandal seks.
Mungkin selepas ini jika ada lagi klu-klu dan bukti-bukti lain yang muncul bagi memperkuatkan Hipotesis di atas ianya akan dikemukakan lagi. Hati-hatilah dengan putar belit tipu muslihat puak PAS PKR DAP.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa