AKUJANJI BN SELANGOR.
Ringkasan ucaptama DS Najib (sila baca Utusan Malaysia esok Hari untuk Teks Lengkap Ucaptama DS Najib) :-
"kita patut tanya kepada rakyat Selangor adakah mereka telah menikmati manifesto kerajaan Pakatan DAP PKR PAS Selangor dahulu"
"Air percuma 20 mete padu dan membiayai kos menukar meter bekalan air pukal kepada meter individu secara percuma. Bantuan baik pulih rumah untuk rakyat miskin di bawah 1MDB. "
"25,000 unit rumah akan dibina berkeluasan minimum 1,000 kaki persegi bagi golongan berpendapatan RM3,000 - RM5,000 sebulan dengan harga maksimum RM300,000"
"Skim Perumahan Patriot Sayangi Selangor untuk bekas tentera&polis dan penjawat awam agensi kerajaan negeri."
Aku janji hala tuju Selangor jika BN diberi mandat pada PRU-13 ini, dua rangkap ayat yang bermakna iaitu menepati janji dan membawa harapan. Empat tahun ini kerajaan menepati janji kepada rakyat, tidak ada kerajaan di dunia dan pemimpin di dunia yang berani berdepan dengan rakyat dan membentangkan prestasi pemimpinnya. Kita susuli dengan janji baru, bila kita sebut rangkai ayat membawa harapan maka BN tidak janji yang kosong tetapi membawa harapan baru kepada rakyat kitaRekod kerajaan BN tidak boleh dipertikaikan lagi, penganalisis politik dan ekonomi telah membawa perubahan yang besar. Ekonomi berkembang pesat dan kekayaan negara meningkat dengan kadar dikagumi dunia.
Kita dengar denyut nadi rakyat dan apabila sara hidup adalah penting, kita perkenalkan BR1M.
Kalau manifesto bukan janji apa guna dibentangkan kepada rakyat.
Apakah rakyat Selangor telah menikmati janji kerajaan Selangor dan jika tidak, janji tinggal janji.
Kalau dijanjikan perlindungan alam sekitar, apa yang dilihat kejadian curi pasir tanpa kawalan, apakah janji ditepati.
Masalah air di Selangor akan rencatkan ekonomi Lembah Klang yang merupakan 60 peratus pendapatan negara, jadi perlu dipastikan kejayaan pembangunan wilayah ini penting untuk memastikan Malaysia mencapai negara maju.
Tabung bayi baru lahir RM100, tidak ada siapa yang dapat, bantuan. Bantuan RM75 anak di pusat penjagaan juga tidak diberi, orang mungkir janji adalah ciri orang yang munafik.
Dokumen manifesto untuk masa depan lebih baik untuk rakyat Selangor. - Selanjutnya bacalah dan langganilah UTUSAN MALAYSIA YEA.
\
PERLANCARAN MANIFESTO BN SELANGOR DI SACC MALL SHAH ALAM pada malam ini, dilancarkan oleh DS PM sendiri selaku Pengerusi Perhubungan BN Selangor. ANTARA lain,:-
Manifesto Barisan Nasional (BN) SelangorMASYARAKAT LEBIH PRIHATIN LEBIH PENYAYANG*Dana khas aktiviti kemasyarakatan kepada persatuan penduduk, kampung tradisi dan kampung baru bernilai sehingga RM5,000 setahun.*Dana khas pengurusan kepada JMB berdaftar sehingga RM5,000 setahun.*Mewujudkan Majlis Perwakilan Perbandaran dengan peruntukkan bernilai RM5,000 setahun.*Dana khas kepada JK Penduduk Ladang (JKPL) sebanyak RM5,000 setahun.*Bantuan peruntukan pengurusan sehingga RM1,000 untuk kelab-kelab sosial tempatan berdaftar dan persatuan perkhidmatan awam negeri.*Insentif sehingga RM5,000 setahun untuk rukun tetangga tempatan bagi tujuan penyelenggaraan keselamatan komuiti dan akriviti rondaan.*Bantuan kewangan, pengurusasan dan pembangunan sehingga RM5,000 mengikut kadar yang setara kepada masjid, surau dan rumah ibadat bukan Islam yang berdaftar.*Menyediakan dan menaik taraf krematorium yang sistematik dan canggih untuk bukan Islam kesemua sembilan buah daerah di Selangor.*Menyediakan kemudahan Wifi dan pusat jalur lebar percuma komuniti di kawasan-kawasan strategik seluruh Selangor.*Menyediakan kemudhan taman tema dan pusat rekreasi tempatan serta kemudahan sukan bagi kemudahan rakyat terutama golongan yang sudah berkeluarga untuk beriadah dan bersosial secara sihat di setiap daerah.KUALITI KEHIDUPAN LEBIH SELAMAT DAN SEJAHTERAMENAIK DAN MENAMBAH BILANGAN PBT-Menambah jumlah PBT daripada 12 PBT kepada 14 PBT untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat. PBT baru: Majlis Perbandaran Bangi. Majlis Perbandaran Klang Utama, Majlis Perbandaran Kota Raja (Klang Selatan)MODEL BANDAR SELAMAT (SELANGOR SAFE CITY)- Mewujudkan model bandar dan komuniti selamat di kesemua 14 PBT dan akan diluaskan ke seluruh Selangor menjelang tahun 2020.-Meningkatkan infrastruktur keselamatan berintegrasi untuk pencegahan jenayah, keselamatan dan bencana.- Memasang CCTV di kawasan berisiko tinggi berlaku jenayah.- Menyediakan pasukan Rapid Reponse Team berkaitan jenayah, kemalangan dan bencana.* Menubuhkan Pusat Khidmat Rakyat Selangor (PAKAR) di semua 14 PBT untuk membantu permasalahan rakyat dan memperkasakan sistem maklumbalas kerajaan dan fasilitasi janji manifesto Barisan Nasional Selangor.PERUMAHAN LEBIH MAMPU MILIK- Mengembalikan peranan utama Perbadanan Kemajuan Selangor (PKNS) dan Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) dalam menyediakan rumah yang mampu dimiliki oleh rakyat Selangor.- Menyediakan skim perumahan mampu milik untuk golongan berpendapatan rendah dan sederhanas.- 25,000 unit Rumah Mesra Rakyat dan PPRT untuk penduduk pinggir/luar bandar bernilai RM50,000-15,000 unit rumah berkeluasan minimum 850 kaki persegi akan dibina bagi golongan berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan dengan harga jualan RM80,000 seunit.
Penyelesaian komprehensif untuk perumahan generasi kedua dan ketiga Felda. Menyediakan dan menambah bilangan Rumah Transit Rakyat Sayangi Selangor untuk individu bujang dan baru berkeluarga yang berhijrah ke kawasan bandar seperti Gombak, Ampang, Petaling Jaya, Shah Alam dan Klang untuk memulakan kerjaya dan melanjutkan pelajaran. Pembukaan kawasan baru untuk penempatan tersusun dengan kemduahan infrastruktur dan bayaran premium yang minimum di Sabak Bernam, Sungai Besar, Klang, Kuala Langat, Hulu Langat, Hulu Selangor dan Sepang.
SUMBER DI PETIK DARIPADA UTUSAN MALAYSIA TERMASUKLAH GAMBAR-GAMBAR. LAPURAN SELEBIHNYA SILALAH BELI DAN LANGGAN UTUSAN MALAYSIA PADA HARI ESUK. UTUSAN MALAYSIA MEMANG TERBAIK !
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa