Rabu, 17 April 2013

#PRU13 - PASUKAN TRANSFORMASI , JANGAN KERANA NILA SETITIK ROSAK SUSU SEBELANGA @NajibRazak @barisannasional


Artikel menarik daripada Prapukari mengulas perbandingan calun-calun Pasukan Transformasi dengan calun-calun masturbasi DAP PKR PAS:-
Jika pengumuman calon Barisan Nasional (BN) di seluruh negara semalam mahu ditonjolkan sebagai satu pasukan tranformasi yang cukup luar biasa, saya fikir saya harus berbeza pendapat dengan Pengerusi BN, Dato Sri Mohd Najib Tun Razak. Calon yang ditonjolkan tidak sehebat dan semegah yang cuba digambarkan. 
Kita harus memasarkan realiti kerana hakikatnya di beberapa negeri terutamanya Selangor, terdapat calon-calon yang dipilih secara tidak berhati-hati dan tampak tidak melalui proses pemilihan yang serius. Jika tidak pastinya suara-suara tidak berpuas hati dan komentar sinis tidak bercambah di kalangan ahli dan penyokong BN sendiri. Hari ini saya pasti Mohd Najib telah pun sedar siapa yang bertanggungjawab mewujudkan keadaan seperti ini dan mengenali yang mana intan dan yang mana kaca. 
Oleh kerana pasukan Najib memilih untuk membombastik atau membesar-besarkan senarai calon BN kali ini, maka sedikit cacat cela pun akan diperhati da dibesarkan oleh rakyat. Inilah hakikat apabila kita melancarkan propaganda melampau hingga meloyakan. 
Hakikatnya, jika barisan calon BN ini dilihat dan dianalisis atas neraca yang berpaksi realiti, ia merupakan satu barisan calon yang cukup baik untuk lima tahun akan datang. 
Setelah lima tahun bergelut dengan tuduhan, fitnah, serangan peribadi, barisan calon yang menggabungkan tenaga muda dan senior, calon muka baru dan lama, serta comeback yang dibuat oleh beberapa calon ,telah memberikan satu nafas segar kepada politik BN. 
Memang ada calon BN yang dikemukakan mempunyai imej tercemar dan ada cacat-cela. Ini bukan luar biasa kerana manusia politik biar apa pun agama anutan, ideologi politik atau wacana poilitik yang beliau sertai tidak mungkin sempurna sifatnya. Namun di sebalik cacat cela yang ada, calon-calon yang dikemukakan ini jauh lebih baik daripada calon-calon Pakatan yang telah diumumkan mahu pun bakal bertanding. ~ Ab Jalil Backer baca seterusnya 'CALUN TRANFORMASI lwn CALUN MASTURBASI'
Berikut ialah senarai calun-calun BN di Selangor bagi Parlimen dan DUN:-


P.092 SABAK BERNAM
- Mohd Fasiah Mohd Fakeh
* N.01 Sungai Air Tawar
- Kamarol Zaki Abdul Malik
* N.02 Sabak
- Abd Halim Udin

P.093 SG. BESAR
- Dato' Noriah Kasnon
* N.03 Sg Panjang
- Budiman Mohd Zohdi
* N.04 Sekinchan
- Kek Seng Hooi

P.094 HULU SELANGOR
- P. Kamalanathan
* N.05 Hulu Bernam
- Dato' Rosni Sohar
* N.06 Kuala Kubu Baharu
- Jessie Ooi
* N.07 Batang Kali
- Mat Nadzari Ahmad Dahlan

P.095 TANJUNG KARANG
- Dato' Seri Noh Omar
* N.08 Sg. Burong
- Dato' Shamsuddin Lias
* N.09 Permatang
- Sulaiman Abd Razak

P.096 KUALA SELANGOR
- Datuk Irmohizam Ibrahim
* N.10 Bukit Melawati
- Jakiran Jacomah
* N.11 Ijok
- K. Parthiban
* N.12 Jeram
- Dato' Amiruddin Setro

P.097 SELAYANG
- Dato' Donald Lim Siang Chai
* N.13 Kuang
- Abdul Shukur Idrus
* N.14 Rawang
- Lee Li Yew
* N.15 Taman Templer
- Dato' Seri Subahan Kamal

P.098 GOMBAK
- Datuk Dr. Rahman Ismail
* N.16 Batu Caves
- Rawichandran a/l Narayanan
* N.17 Gombak Setia
- Datuk Said Anuar Said Ahmad
* N.18 Hulu Kelang
- Abdul Rahim Kamarudin

P.099 AMPANG
- Dr. Rozaidah Talib
* N.19 Bukit Antarabangsa
- Mohamad Nadzim Ibrahim
* N.20 Lembah Jaya
- Dato' Baderisham Jolly

P.100 PANDAN
- Gary Lim Chin Yee
* N.21 Chempaka
- Muhammad Faizal Sufar
* N.22 Teratai
- Liew Pok Boon

P.101 HULU LANGAT
- Adzhaliza Mohd Nor
* N.23 Dusun Tua
- Ismail Sani
* N.24 Semenyih
- Dato' Johan Abd Aziz
* N.25 Kajang
- Lee Ban Seng

P.102 SERDANG
- Dato' Yap Pian Hon
* N.26 Bangi
- Dato' Mohd Zaidi Md Zain
* N.27 Balakong
- Dato' Dr. Lai Kwong Choy
* N.28 Seri Kembangan
- Raymond Chin Toong Kang

P.103 PUCHONG
- Dato' Loo Yeng Peng
* N.29 Seri Serdang
- Mohamad Yusof Mohamed Yasin
* N.30 Kinrara
- Dr. Kow Cheong Wei

P.104 KELANA JAYA
- Loh Seng Kok
* N.31 Subang Jaya
- Gan Meng Foo
* N.32 Seri Setia
- Tengku Ridwan Tengku Mansor

P.105 PETALING JAYA SELATAN
- Sheah Kok Fah
* N.33 Taman Medan
- Dato' Dr. Wahab Ibrahim
* N.34 Bukit Gasing
- Juan Sei Chang

P.106 PETALING JAYA UTARA
- Chiew Hoon Ling
* N.35 Kampung Tunku
- Chong Seng Foo
* N.36 Damansara Utama
- Dato' Lim Choon Kim

P.107 SUBANG
- Prakash Rao a/l Appalanaidoo
* N.37 Bukit Lanjan
- Francis Chong Tuck Chiew
* N.38 Paya Jaras
- Dato' Ir. Muhd Bushro Mat Johor
* N.39 Kota Damansara
- Halimaton Saadiah Borhan

P.108 SHAH ALAM
- Dato' Zulkifli Noordin
* N.40 Kota Anggerik
- Mohd Yusof Din
* N.41 Batu Tiga
- Dato' Ahmad Nawawi Dato' M Zin

P.109 KAPAR
- Sakthivel
* N.42 Meru
- Sukaiman Ahmad
* N.43 Sementa
- Md Ghazali Mohd Amin
* N.44 Sungai Pinang
- Lee Chee Chun
* N.45 Selat Klang
- Faisal Yahya

P.110 KLANG
- Dato' Teh Kim Poo
* N.46 Pelabuhan Klang
- Dato' Nasaruddin Dato' Md Zin
* N.47 Pandamaran
- Dato' Dr. Ching Eu Boon
* N.48 Kota Alam Shah
- Datuk Maglin a/l Dennis D'Cruz

P.111 KOTA RAJA
- S. Murugesan
* N.49 Seri Andalas
- T. Mohan
* N.50 Sri Muda
- Mohd Abd Raof Mokhtar

P.112 KUALA LANGAT
- Kapt (B) Sharuddin Omar
* N.51 Sijangkang
- Zurihan Yusop
* N.52 Teluk Datuk
- Tan Cheng Kai
* N.53 Morib
- Hasiman Sidom

P.113 SEPANG
- Dato Seri Ir. Mohd Zin Mohamed
* N.54 Tanjong Sepat
- Nisman Yusof
* N.55 Dengkil
- Shahrum Dato' Mohd Sharif
* N.56 Sungai Pelek
- Ng Chok Sin


Kita tahu DAP PKR PAS seringkali melakukan MANUVER POLITIKAL yang agak LUARBIASA kerana mereka di bantu oleh PIHAK LUAR. Tak hairan kerana 'petanda-petanda' itu sudah kelihatan di mana DAP PKR PAS menangguhkan pengisytiharan 'calun-calun' mereka di Perak dan Negeri Sembilan. Tidak mustahil mereka melakukannya untuk meletakkan 'calun-calun' yang mereka fikir lebih berpotensi untuk di jual kepada pemilih. 

BN sudahpun memiliki sebuah produk terhebat MANIFESTO AKUJANJI berbanding DAP PKR PAS. Kini apa yang diperlukan oleh BN ialah calun-calun yang 'OK' (tiada masalah moral dan skandal lampau) dan jentera yang berpuashati.

Apapun kita semua perlu masuk GEAR KEMENANGAN bagi membentuk sebuah kerajaan yang mempunyai MANDAT KUKUH dan DIPERCAYAI LEBIH DARI 2/3 MAJORITI PENGUNDI MALAYSIA.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa