Ahad, 14 April 2013

#PRU13 - Isu Moral & Perkauman , Stopa Ali Dapat Pahala Kit Siang Berangan Nak Dakwa Tun M, Kenapa Salahkan Gomo? @PapaGomo @barisannasional

Tajuk entri memang panjang. Sebab hari ini hari Ahad. Memang ambe agak jarang menulis artikel sekerap dulu sementara menunggu senara-senarai calun BN diumumkan di seluruh negara. 

Pada keadaan sekarang DAP PKR PAS saling berutmbuk dan sepak terajang di antara satu sama lain. Mereka memang tak sepakat. PAS dan PKR paling teruk krisi dalaman menyaksikan keputusan Anwar Ibrahim dan pucuk 'mati' kepimpinan PAS Pusat tak dihormati langsung oleh akar umbi mereka. Malah DAP turut merasai bahana paling panas bilamana protes semakin kuat terhadap penguasaan keluarga Lim Kit Siang dalam DAP. PRU13 bukanlah Medan Tempur yang selesa buat DAP, PKR dan PAS yang gagal merealisasikan jenama PAKATAN RAKYAT untuk bertanding di PRU13. Propaganda berbentuk hasutan dan fitnah menjadi senjata utama DAP PKR PAS, terutama pakar 'Spin' DAP dan PKR. PAS agak sunyi sekejap memandangkan mereka pun sudah 'merasa' tak selesa bersama DAP dan PKR kecuali puak parasit aka anwarinas PAS.

Hari ini ambe mengajak semua berfikirlah dalam mengupas isu MORAL dan PERKAUMAN yang menjadi punca masalah utama DAP, PKR dan PAS. Sila berfikir mengggunakan AKAL dan bukan guna kepala lutut macam puak-puak DAP, PKR PAS dalam isu MORAL dan PERKAUMAN. 

ISU MORAL.

Mula-mula, ambe nak segarkan ingatan semua mengenai pendirian Hj Hadi mengenai wajibnya mendedahkan isu moral dan peribadi calun/ pemimpin:-


Tapi setelah diperlihatkan video-video skandal seks Anwar Ibrahim, ditimbulkan kembali isu zina ADUN Selinsing, video skandal seks lelaki mirip Stopa Ali, skandal seks Badrul Amin, kes-kes mencabul kehormatan kanak-kanak PASTI oleh pemimpin PAS di Hulu Selangor, maka alasan LUCAH digunakan bagi menutup kejahatan-kejahatan ZINA pemimpin-pemimpin PAS dan PKR tersebut. 

Alasan LUCAH digunakan oleh Hj Hadi dan seluruh jentera PKR dan PAS tanpa ada sikitpun rasa bersalah di minda dan hati mereka. 

Alasan LUCAH dan PORNO digunakan sampai ke tahap MENGHALALKAN ZINA DAN LIWAT serta AMALAN LGBT oleh pemimpin PAS, PKR dan seluruh jentera maya PKR dan PAS. DAP mengambil kesempatan untuk turut mempermainkan isu PERKAUMAN bagi memecahbelakan perpaduan MELAYU ISLAM.

Amat menjijikkan apabila PERBUATAN ZINA dan PELAKU ZINA tidak di keji oleh puak DAP PKR PAS tetapi mereka yang mendedahkan PERBUATAN ZINA dan PELAKU ZINA pula di keji. Malah UMNO di tuduh bermain POLITIK LUCAH.

Alasan FITNAH digunakan untuk MENDIAMKAN DIRI dan menakut-nakutkan orangramai daripada MENGETAHUI SKANDAL SEKS pemimpin PAS dan PKR. Sedangkan sebelum itu Hj Hadi menekankan peri pentingkan pendedahan isu MORAL dan PERIBADI calun/pemimpin agar rakyat memilih pemimpin berintergriti.

Dalang Utama disebalik skandal seks pemimpin PAS dan PKR bukanlah GOMO, bloger UMNO dan UMNO. SEBALIKNYA IANYA DIDEDAHKAN OLEH bekas-bekas teman rapat dan musuh dalaman pemimpin PAS dan PKR berkenaan. 

Malah terkini, ada sumber sahih mengatakan dalang pendedahan skandal seks Stopa Ali ialah puak anwarinas yang mendapat bantuan agen perisikan luar negara.

Sememangnya sejak dulu POLITIK LUCAH / PORNO adalah mainan DAP PAS PKR. Masih ingat mengenai fitnah skandal seks ke atas TS Rahim Thamby Chik?


ISU PERKAUMAN DAP

Razali Abd Rahman dan Tunku Abdul Aziz sendiri mendedahkan amalan perkauman DAP yang diterajui oleh Lim Kit Siang. Pendedahan mereka berdua diperkuatkan dengan tindakan pemimpin DAP negeri Johor yang sudah bernekad dan berniat keluar DAP kerana tidak berpuashati dengan sikap kuku besi Lim Kit Siang menentukan calun-calun. 

Survival politik DAP bukan bergantung kepada isu-isu nasional sebalik bergantung kepada skandal seks dan sentimen perkauman. 'Malaysian Malaysia' adalah asas kepada Politik Rasis dan Anti Islam DAP. 

Tun Dr Mahathir bercakap di atas dasar kebenaran bila memberikan amaran mengenai permainan Politik Sentimen Perkauman bawaan DAP. Punca tragedi 13 Mei 1969 adalah bukti kukuh permainan politik perkauman DAP. Kerana itulah Lim Kit Siang melatah dalam blognya meminta AG membuat pendakwaan ke atas Tun Dr Mahathir. Itu petanda Lim Kit Siang MENGAKUI KATA-KATA TUN DR MAHATHIR. Sebelum ini Tun Dr Mahathir dan Tun Daim telah menyindir Kit Siang yang masih enggan berubah tetapi menyeru oranglain berubah.

Ini disahkan lagi oleh Karpal Singh bila masih menegaskan bahawa cita-cita dan impian DAP ialah menabalkan seorang bukan Melayu dan bukan Islam sebagai PM Malaysia. DAP komited melakukannya kata Karpal Singh!

Lim Kit Siang sedar bahawa satu-satunya jalan beliau untuk mencapai impian politiknya ialah bermain sandiwara dan meniupkan sentimen perkauman dan sentimen agama. Bagi memastikan undi Melayu pecah, Lim Kit Siang meneruskan Agenda Pecah Perintah ke atas pengundi Melayu Islam melalui kempen BENCI UMNO. 

Kesimpulannya.

Jadi korang fikirlah sendiri. Maklumat di hujung jari. Setiap maklumat yang di terima mestilah di tapis dan difikirkan. Jangan terus PERCAYA. Bacalah semua maklumat yang ada. 

Politik adalah PENTING untuk masadepan. Celik Politik bermakna anda seorang PRIHATIN dan sayangi agama, bangsa dan negara.

ANDA TENTU BOLEH LAKUKANNYA!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa