Sabtu, 20 April 2013

#PRU13 HARI PENAMAAN CALUN, & PERANAN MEDIA SOSIAL DALAM PENYEBARAN MAKLUMAT @barisannasional

Gambar ini dari Fesbuk

 Gambar Ini dari Utusan Malaysia Online 



SPR masih belum lagi mengumumkan nama-nama calun yang bertanding dan sedang memperoses semua penamaan calun-calun. Ada setengah tempat berlaku pertandingan 6 penjuru seperti di Kajang. Mujurlah takde pertandingan sampai 222 penjuru bagi satu kawasan Parlimen. 

Antara yang terhangat di pasaran semasa penamaan calun ialah berlakunya penarikan diri calun-calun bebas di saat akhir. Adanya calun bebas dari pihak DAP PKR PAS yang tak dicalunkan. 

Di Shah Alam, Khalid Samad bertembung dengan Zulkifli Nordin selaku calun bebas di atas tiket BN.  Bilangan Calun Bebas dijangkakan lebih ramai di sebelah pihak DAP PKR PAS terutamanya daripada PKR, (ramai yang bengang dengan cara kuku besi Anwar Ibrahim, Azmin Ali).

Di pihak BN pula mana-mana ahli yang bertanding sebagai Calun Bebas akan dikenakan tindakan displin. Berita yang masih belum disahkan ialah mengenai Kamilia Ibrahim yang bertanding sebagai calun bebas. 

Di Parlimen Kuala Langat, berlaku pertandingan 3 penjuru di antara BN, PKR dan BEBAS.

Pada waktu-waktu beginilah media sosial memainkan peranan terpenting menyebarkan maklumat terkini di semua pusat pencalonan seluruh negara. Terutama sekali dalam penyebaran gambar-gambar menarik dan gelagat penyokong. Gambar-gambar calun juga penting untuk disebarkan. 

Selepas ini kita tunggu lah pengumuman SPR ke atas calun-calun yang disahkan bertanding di seluruh negara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa