KEAMANAN
KESTABILAN
KEMAKMURAN
Itu adalah Tema Manisfesto Tambahan bagi BN Selangor.
Dalam beberapa hari ini kita dikejutkan dengan beberapa berita sensasi tapi tak berapa molek di dengar dek telinga kita.
Pertama kita mendengar bagaimana berlaku kekecohan di antara petugas DAP di DUN Sg Rapat Pewrak dengan petugas BN melibatkan YB Hamidah dan pemimpin DAP Loh Booh hapekenamanyer.
Kedua, kita mendengar provokasi di Bilik Gerakan di Putrajaya pula.
Ketiga kita mendengar bagaimana wartawan sambilan Utusan Malaysia meninggal dunia selepas terkena 'tumbukan' di dada nya daripada petugas PAS.
Ketiga kita mendengar bagaimana wartawan sambilan Utusan Malaysia meninggal dunia selepas terkena 'tumbukan' di dada nya daripada petugas PAS.
Keempat kita mendengar pula berlaku kekecohan di bilik Gerakan BN di Nibong Tebal.
Kesemuanya POLIS SEDANG SIASAT.
Ambe nak peringatkan kepada semua yang ada, kita amat perlu menjaga dan memelihara KEAMANAN semasa berkempen. Tak ada faedah nya mencetuskan huru-hara dan menimbulkan ketegangan serta menakutkan pengundi.
Pengamal media sosial pula perlu sangat berhati-hati dalam penyebaran maklumat dan bahan kempen. Kita mahukan Proses Demokrasi (pengundian berlaku secara AMAN dan BERJAYA).
JAUHI PROVOKASI DAN TUNJUKLAH SIKAP MATANG DALAM BERPOLITIK!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa