Inna Lillahi wa inna ilaihi roji'uun
Takziah kepada keluarganya
Al Fatihah kepada Arwah.
Takziah kepada keluarganya
Al Fatihah kepada Arwah.
Hari ini kita semua dikejutkan dengan berita pembunuhan kejam ke atas Timbalan Pengarah Kastam di PUTRAJAYA. Agendaily melapurkan:-
Rakan bloga THE FLYINGKICK pula melaporkan:-Polis mengesahkan Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri), Datuk Saharuddin Ibrahim, 58, maut selepas ditembak dari jarak dekat oleh penunggang motosikal di Putrajaya pagi ini.Kejadian berlaku kira-kira pukul 8.30 pagi di persimpangan lampu isyarat Lebuh Wawasan dari arah Dengkil bersebelahan IPD Putrajaya.Menurut laporan awal, mangsa ditembak tiga kali oleh individu tidak dikenali.Mangsa yang ketika itu dipercayai dalam perjalanan ke tempat kerja bersama pemandunya telah dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospiral Putrajaya sebelum disahkan meninggal dunia.Allahyarham berasal dari Negeri Sembilan dikenali sebagai seorang yang tegas dan berani bersuara
Mangsa, Dato Hj Sharuddin b. Ibrahim, Tim KP Bhg Perkastaman dan Cukai Dlm Negeri, 58th. Berlepas dari rumah di Intan Condo, Dengkil pd 0755 menghala ke pejabat. Guna Kereta Murano, duduk depan sebelah pemandu. Sampai perhentian trafik Lebuh Sentosa menghala ke Lebuh Wawasan jam 0815. Datang 2 suspek dgn motorbike lepaskan 3 tembakan. Kena leher. Pemandu kejar mangsa ke hospital Putra Jaya. Jam 0920 sah meninggal dunia. Perjalanan ke pejabat routine setiap hari dan masa yg sama.
Setelah beberapa hari ini kita dikejutkan berita-berita bom meletop di Nibong Tebal, serangan bom petrol ke atas bilik gerakan BN , kematian wartawan Utusan Malaysia di Kelantan kini kita dikejutkan dengan berita pembunuhan kejam ke atas Timbalan Pengarah Kastam di Putrajaya.
Sabtu lepas, kita mendengar berita yang disahkan oleh Zahid Hamidi mengenai 35 orang pengganas Kiram 3suku yang di tembak mati oleh pasukan tentera Laut Filipina. Bernama melapurkan:-
Sabtu lepas, kita mendengar berita yang disahkan oleh Zahid Hamidi mengenai 35 orang pengganas Kiram 3suku yang di tembak mati oleh pasukan tentera Laut Filipina. Bernama melapurkan:-
April 25, 2013 18:12 PMZahid Sahkan 35 Pengganas Sulu Ditembak Mati Oleh Tentera Laut FilipinaGEORGE TOWN, 25 April (Bernama) -- Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Khamis mengesahkan laporan akhbar bahawa 35 orang pengganas Sulu ditembak mati oleh Tentera Laut Filipina di Pulau Sibutu, Filipina pada Sabtu lepas, yang merupakan hari penamaan calon bagi pilihan raya umum ke-13 (PRU13).Berdasarkan siasatan dan maklumat risikan, kumpulan pengganas itu berhasrat untuk memasuki Sabah, dan mengadakan pencerobohan dan kekacauan menjelang PRU13 ini, katanya kepada pemberita selepas majlis ramah mesra bersama warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di sini hari ini.Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Angkatan Tentera Filipina khususnya Tentera Laut Filipina dan Pengawal Pantai Filipina yang telah memberi kerjasama erat dengan kerajaan Malaysia, khususnya ATM dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).Akhbar Utusan Malaysia hari ini melaporkan Pasukan Keselamatan Filipina menembak mati 35 anggota pengganas Kiram, yang diketuai pemimpin kanannya Kalling Amirul, dalam pertempuran sengit di Pulau Sibutu, Filipina pada Sabtu lepas, ketika kumpulan itu merancang strategi untuk menceroboh dan menyerang pantai timur Sabah bagi merencatkan proses PRU13.Dalam pertempuran itu, dua anggota keselamatan Filipina terbunuh, dan pasukan keselamatan Filipina juga telah merampas lebih 20 laras senjata api M16 dan rifel Garand.Beliau juga memberi jaminan keselamatan pengundi di seluruh Malaysia, khususnya yang berada di Sabah, terjamin dan mereka boleh menjalankan hak mereka dengan selamat pada 5 Mei ini.Menyentuh mengenai kejadian letupan di Nibong Tebal pada Rabu lepas, Ahmad Zahid berkata mereka yang bertanggungjawab terhadap tindakan itu jangan melampaui batas, dan jangan cuba membawa "Arab Spring" ke Malaysia kerana Malaysia mempunyai acuan politiknya yang tersendiri."Kita tidak mahu diugut dengan bom, kita tidak mahu demokrasi diganggu-gugat. Kalau mahu kerajaan yang dipilih rakyat secara bersih, lakukan kempen dengan cara bersih. Jangan takut-takutkan calon lawan apabila sokongan rakyat beralih kepada kerajaan yang lebih kuat," katanya.Pada Selasa lepas, ceramah anjuran Barisan Nasional (BN) Nibong Tebal dicemari insiden letupan yang berlaku di belakang pentas bilik gerakan parti itu semasa Pengerusi Gerakan Pulau Pinang Datuk Dr Teng Hock Nan menyampaikan ceramah.Kejadian kira-kira 10.15 malam itu menyebabkan seorang petugas keselamatan cedera di kaki kanan.Sementara itu di Lahad Datu, Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) Datuk Mohammad Mentek berkata Esscom telah dimaklum mengenai kejadian itu dan sentiasa bersedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan."Meskipun kejadian ini berlaku di luar kawasan perairan kita namun matlamat kumpulan pengganas itu adalah untuk memasuki Sabah, dan mengadakan pencerobohan serta kekacauan menjelang pilihan raya umum ke 13."Dalam apa juga keadaannya, kita tetap bersedia dengan sebarang kemungkinan memandangkan kawalan keselamatan telah dipertingkat," katanya kepada Bernama.Beliau turut mengucapkan terima kasih di atas tindakan Pasukan Keselamatan Filipina menembak mati 35 anggota pengganas itu, yang disifatkannya sebagai langkah wajar dalam memastikan pengganas dari negara itu tidak menyeludup masuk ke Malaysia. Katanya, pasukan keselamatan Filipina telah memberikan kerjasama erat dengan kerajaan Malaysia dalam usaha mengekang kegiatan pengganas.-- BERNAMA
Kita juga tahu mengenai Perancangan Jahat Anwar Ibrahim mahu menimbulkan ketegangan dan kekacauan dalam negara. Kita juga dapat membaca komen-komen biadap para macai DAP PKR PAS dalam mengulas semua kejadian yang melibat nyawa dan ancaman keselamatan dalam negara.
Selama 5 tahun kita melihat gerak kerja DAP PKR PAS, Majlis Peguam dan ngo-ngo pro DAP PKR PAS mencabar dan memperlekehkan intergriti PDRM dan pasukan keselamatan negara di mata rakyat. Rupanya mereka ada AGENDA JAHAT.
Selama 5 tahun kita melihat gerak kerja DAP PKR PAS, Majlis Peguam dan ngo-ngo pro DAP PKR PAS mencabar dan memperlekehkan intergriti PDRM dan pasukan keselamatan negara di mata rakyat. Rupanya mereka ada AGENDA JAHAT.
Namun begitu hamba menyeru kepada semua rakyat Malaysia agar meletakkan kepercayaan penuh kepada PDRM dan pasukan keselamatan negara.
Sekarang anda faham kenapa DAP PKR PAS PSM MEMINTA AGAR ISA DIMANSUHKAN?
Sekarang anda faham kenapa DAP PKR PAS PSM MEMINTA AGAR ISA DIMANSUHKAN?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa