Isnin, 1 April 2013

#GE13 POLITIK REALITI :- SURVIVAL MANA-MANA PARTI BERTANDING.

POLITIK REALITI BUKAN OMONGAN ATAU SAUDAGAR MIMPI

Daripada rakan fesbuker Bahazelan Abdul Wahab.
"Faktor Calun-Boleh-Menang"


Ada beberapa perkara yang pucuk pimpinan parti kena sedar tentang kehendak2 rakyat semasa membuang undi mereka nanti, terutama pengundi atas pagar! dan jika calun yang di letakkan nanti menepati cita rasa mereka maka mereka akan mengundi calun tersebut tak kira dari parti mana pun calun tersebut, begitu juga sebaleknya! 

Perlu di ingat pengundi atas pagar ini tidak memikirkan sangat survival mana2 parti pun, kepada mereka siapa pun yang memerentah mereka tetap sama macam sekarang juga! 

Walau pun pemikiran begini tidak tepat tetapi mereka selesa dalam keadaan sekarang dan mereka kurang sifat kebergantungan kepada kerajaan.

Mereka tidak menganggap apa yang mereka perolehi itu satu hasil dari perjuangan parti yang memerentah bahkan mereka anggap semua yang mereka dapat termasuk kemudahan asas dan keselesaan hidup adalah hasil pekerjaan dan perniagaan dari usaha mereka sendiri bukan kebaikan dasar yang di bawa oleh parti memerentah.

Termasuk kejayaan dalam pembelajaran mereka sebelum mereka berjaya dalam hidup, mereka tidak nampak sistem dan dasar kerajaan buat itu telah membuahkan hasil untuk mereka!

Keselesaan dan kemakmuran yang di kecapi telah membuat ramai yang terlupa bahawa semua itu bukan datang dengan sendiri dan tak mungkin kita mengecapinya jika dasar dan perancangan tidak di buat dengan teliti oleh kerajaan! 

Pemikiran begini telah sebati dengan diri mereka... jesteru itu PM dan Pucuk pimpinan kena berhati2 meletak calun pada kali ini untuk memastikan mereka memberikan undi mereka.. seterus nya memenangkan parti! 

Antara Krateria calun yang mereka mahu ialah...

(1) orang muda yang cerdik dan kuat bekerja serta selalu berdamping dengan masyarakat.

(2) Di kenali dan mudah di dekati.

(3) pemimpin yang telah lama dan 'kelihatan sudah sangat kaya' walau pun bagus mungkin akan di tolak oleh mereka sebab pada mereka apa lagi yang pemimpin ni nak ...cukup2 lah dan perlu diberikan kepada orang lain pulak!

(4) mereka suka Pemimpin yang pemurah dan tidak berlagak dengan harta yang ada seperti sering berada di hotel2 besar dan bermewah2. 

(5) Ada ciri2 suka kepada aktiviti agama.

(6) Pemimpin yang tiada sejarah menipu baik dalam perniagaan atau pun dalam aktiviti kemasyarakatan.

(7) pemimpin yang mempunyai sejarah moral yang diketahui ramai seperti kaki mabuk, skandal dll. pasti mereka tolak.

(8) Pemimpin yang sudah terlalu lama memegang jawatan tetapi kurang membawa kemajuan pasti di tolak.

(9) Pemimpin yang hanya aktif menjelang PRU ini sahaja mereka akan tolak sebab mereka mengikuti perkembangan dan aktiviti pemimpin!

(10) Pemimpin yang di kenali mempunyai mood yang hanya baik apabila nak kan undi sahaja pasti kali ini mereka tolak dan sifat pemimpin yang mempunyai mood ini banyak kepada pemimpin yang sedang berkuasa... cepat marah dan ego bila sudah dapat kuasa, berlagak mesra menjelang nak jadi calun semula sahaja!

(11) pemimpin yang nak jadi calun semula sedangkan semasa bergelar YB sangat susah rakyat nak jumpa! 

(12) rakyat suka kan pemimpin yang berani kerana benar bukan pembodek..

Rakyat menunggu adakah benar PM akan membuat transformasi kali ini dengan tindakan utamanya menukar pemimpin2 lama yang banyak masaalah dan hanya pandai membodek PM sahaja sedangkan rakyat dah tau perangai mereka! rakyat sedang menunggu kata2 PM kali ini tiada anak emas, perak atau gangsa yang PM nak berikan keutamaan! keberanian PM membuat transformasi ini akan memberikan mandat yang cukup besar kepada PM, Rakyat atas pagar rata2 amat kagum dengan gerak kerja yang telah PM lakukan tetapi jika salah meletak calun maka tidak mustahil rakyat lupa itu semua..Berani lah berubah! jika tidak kuasa rakyat yang sekarang ramai yang amat cerdik akan menghukum kita! Allahuaklam......


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa