Rabu, 6 Mac 2013

KIRAM III-SUKU MAKIN KARAM BILA POLIS MENAHAN 4 LELAKI .#PrayForLahadDatu

TERKINI - Polis menahan 4 orang lelaki yang disyakki ada kaitan dengan pencerobohan dalam kejadian serangan hendap di  Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna, pada Sabtu lepas. 

Nampaknya makin kelam dan karam lah harapan Kiram III-Suku untuk menjadi Sultan Sulu.

Semakin jauhlah pula perjalanan DAP PKR PAS nak ke Putrajaya. 

Seramai 300,000 orang Sulu' Sabah dan  20,000 orang Sulu' di Johor Bahru menyatakan mereka tetap TAAT SETIA kepada MALAYSIA sebagai TANAHAIR TUMPAH DARAH mereka. 

Serangan ganas Pengganas puak Kiram III-suku bermula apabila Perjanjian Damai di antara MILF - Filipina dimeterai. Tetapi tidak disertai oleh MNLF yang diketuai oleh Nur Misuari.

Sehingga kini perjumpaan msiterius di antara Nur Misuari dengan Anwar Ibrahim yang dilapurkan oleh risikan Filipina masih menjadi tandatanya.

Namun begitu berdasarkan kepada satu status di fesbuk milik Areesug, Perjanjian Damai MILF-Filipina memang meresahkan MNLF.

Presiden Filipina dan Gabenor Wilayah Autonomi Minadanao telah menyatakan pendirian mereka membantu Malaysia menangani kumpulan Pengganas Kiram III-Suku yang kini sedang mengidap penyakit buah pinggang tahap kronik.

Kaum kerabat pewaris Sultan Sulu turut memberikan sokongan kepada Malaysia.

Setakat ini nampaknya Kiram III-Suku terkial-kial bersendirian.

Kita berdoa unutk keselamatan para anggota ATM dan PDRM yang sedang bertarung nyawa di sana mempertahankan kedaulatan negara. 

Kita amat kesali sikap cai macai dan pemimpin DAP PKR PAS yang diam seribu bahasa dan hanya melakukan propaganda membantu puak pengganas Kiram III-Suku yang menceroboh.

DAP PKR PAS gagal menunjukkan komitmen mereka menjaga MARUAH DAN KEDAULATAN NEGARA.

Tolak Pakatan Anda Selamat !

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa