Isnin, 25 Mac 2013

KETUA PERISIKAN PENGGANAS KIRAM 50SEN HEBAT DI BURU#OpsDaulat

DATU PIAH DATU KIRAM, nama ketua perisik pengganas Kiram 50sen yang kini giat di buru oleh pihak berkuasa Malaysia. Beliau dipercayai mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Kiram 50sen. 

DATU PIAH DATU KIRAM 'menghilangkan' diri sejak pertempuran bermula pada 1 Mac lalu. Beliau dipercayai masih berada di Sabah. Beliau di buru sebagai usaha melumpuhkan terus pergerakan saki baki pengganas Kiram 50sen. Pengganas Kiram 50sen mula melakukan serangan pada 12 hb Febuari dna membunuh kejam tanpa peri kemanusiaan anggota polis yang mengintip pergerakan mereka di Kampung Simunul Jaya.

Kumpulan tersebut di bawah teraju Jamalul Kiram yang mendakwa adalah Sultan Sulu. Menurut sumber perisikan Filipina, kumpulan pengganas Kiram 50sen di bantu oleh personaliti pembangkang di Malaysia. Mereka turut di bantu oleh talibarut-talibarut warganegara Malaysia yang membenci kerajaan atas hasutan para pembangkang. 

Pengasas PKR dalam satu ceramah mendedahkan bagaimana beliau menerima emel dari rakan Filipina beliau. Kandungan emel tersebut mendedahkan SUARAM telah memberikan dana sejumlah USD 2 juta kepada Kiram 50sen.

Di samping itu juga, sebuah kapal tentera laut Amerika Syarikat didapat terdampar di batu karang dalam keadaan mencurigakan pihak berkuasa Filipina sebelum pengganas Kiram 50sen muncul di Lahad Datu.

Tujuan pengganas Kiram 50sen menyerang Lahad Datu dipercayai bagi membantu Agenda Menawan Putrajaya. Selain itu menimbulkan huru-hara agar Darurat diisytiharkan di seluruh Sabah. Mengikut perkiraan dalang-dalang terbabit (berdasarkan sumber perisikan luar negara) ini mampu melumpuhkan kekuatan BN dalam PRU 13.

Menurut keterangan beberapa orang pengganas Kiram 50sen yang dibicarakan, mereka telah di upah oleh individu tertentu dan ada yang mendakwa di tipu.

Semporna telah dikenalpasti sebagai 'Sarang Markas Pengganas Kiram 50sen' merancang dan 'Lahad Datu' adalah tempat pengganas 'bergurau senda'.

Kini Kiram 50sen mahu menyaman kerajaan Malaysia.
Memang Kiram 50sen jenis manusia tak sedar diri betul.
Caranya serupa seperti tindakan-tindakan puak PR di Malaysia.
Dah nampak sangat persyubahatan di antara Kiram 50sen dengan puak PR di Malaysia.

Ambe nak lihat pula apakah hadiah yang bakal Kiram 50sen terima selepas duit siling 50sen.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa