Sabtu, 16 Mac 2013

JUTAAN TERIMAKASIH KEPADA SEMUA PELAWAT BLOG INI.

Akhirnya blog ini berjaya juga mencapai 1 juta pembaca sejak ianya mula berada di alam maya. Ambe mengucapkan terimakasih bebanyak kepada pembaca-pembaca hamba. Dah banyak pahit getir, sepak terajang, selama ambe berblog secara eksidentel ni. Ya tiada siapa yang suruh ambe berbelog. 

Setakat galakan itu memang ada ler. Ambe mula aktif berbelog pun kerana galakan rakan-rakan dari MYKMU, Nadi Rakyat, Papa Gomo n da geng, UMB .. jasa mereka tetap ambe kenang. Termasuklah beberapa individu-individu tertentu.

Belog ini pun mula dikenali semasa ambe bersama MYKMU, Nadi Rakyat Tim dan Papa Gomo lah yang paling banyak promosikan belog ini kepada ramai. 

Blog ini makin mendapat perhatian setelah bloger Gerakan Anti PKR (GAP) memautkan belog ini di belognya. Kemudian meningkat naik semasa PRN Sarawak di bawah payung UMB pada masa itu. Tun Faisal pun ada menaikkan belog ini begitu juga rakan AAKJ dan PAS Beruk. Lu punya jasa semua wa tarak lupa bro. Dan ramai lagi lah grup-grup di fesbuk. Tak tersebut berapa ramai kerana memang banyak !

Tak lupa juga kepada Kamaluddin Idrus otai lama pejuang alam maya UMNO. Beliau salah seorang yang disegani dalam MYKMU.net. Dari beliau lah baru hamba mengenali yang lain-lain.

Kenangan manis bersama Kamaluddin Idrus ialah PRK Hulu Selangor. Itulah battlefiled pertama. Grup pertama yang ambe kenali ialah MYKMU melalui Kamaluddin Idrus. Beliaulah yang mengajar ambe, "Jangan harap duit kalo nak tolong". Terakhir bersama KERIS. Selepas itu, ambe Lone Renjer je.

Sebenarnya ambe lebih banyak habiskan masa di fesbuk berbanding belog.
Namun pada 2008, 2009, 2010, 2011 tak ramai yang benar-benar komited nak berbelog menangkis fitnah-mehnah. Lainlah sekarang dah ramai. 

Komitmen ambe datang dari kepuasan ambe menangkis fitnah-mehnah yang bertebaran pada masa itu. Politik memang bukan kerjaya dan bidang atau minat ambe dari dulu. Tapi bila bekerjasama dengan mereka yang di sebut di atas itu, ambe perolehi banyak pengalaman dan melihat sendiri dengan mata kepala betapa sukarnya nak mentadbir dan mengurus sebuah negara macam Malaysia ini.

Dan itu banyak menyedarkan dan memberikan kesedaran kepada ambe betapa perlunya CELIK POLITIK dan PEDULI POLITIK. Kita perlu pertahankan hak kita kerana tidak ada pihak lain yang akan membantu kita mempertahankannya.

Daripada kita mengharapkan oranglain melakukannya bagi pihak kita lebih baik kita turut serta menyumbang apa yang termampu dek kita mempertahakan agama bangsa dan negara.

Takat baca buku politik, hadiri ceramah politik dan terlibat dalam angan-angan Mat Jenin memanglah nampak politik ne enteng jek. Sebenarnya tidak. Banyak proses, banyak aturcara dan banyak pertimbangan diperlukan sebelum sesuatu keputusan itu di buat.  Pengalaman yang amat berharga.

Ya la ambe bukan opurtunis dan manipulatif. Berbelog bukan nak jadi Hero atau nak popler cam sesetengah pendapat mereka yang pernah berselisih faham dengan ambe.

Sepanjang tempoh berbelog nyeh, belog ni pun melalui pelbagai fasa transformasi dalam membina identiti tersendiri.

Inilah saat paling manis ler buat ambe bila mencapai 1 juta pembaca.

Alhamdulillah sekarang neyh keadaan dah jauh berbeza. Kemunculan banyak blog-blog baru yang hebat-hebat dan komited. 

Kepada semua selama berjuang dan teruskan berjuang.
Selagi mana ada talian internet selagi itulah kita berjuang mengikut kaedah dan acuan memasing.

Sekali lagi JUTAAN TERIMAKASIH KEPADA SEMUA !

8 ulasan:

  1. Assalam bro Jas.
    Tahniah dan teruskan dengan cara sdra berblog.

    BalasPadam
  2. Teruskan perjuangan dengan tabah...
    Insyaallah...moga kemenangan berpihak kepada yang berhak.

    BalasPadam
  3. Teruskan perjuangan dengan tabah...
    Insyaallah...moga kemenangan berpihak kepada yang berhak.

    BalasPadam
  4. terbaik la bos...heheh

    http://kamianakmelayuterhebatmasakini.blogspot.com/

    BalasPadam
  5. Tahniah bro terbaik....=)
    http://kamianakmelayuterhebatmasakini.blogspot.com/

    BalasPadam
  6. http://kamianakmelayuterhebatmasakini.blogspot.com/

    tahniah

    BalasPadam

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa