Isnin, 25 Mac 2013

ESSCOM -SSA HARI POLIS KE 206. #OpsDaulat #ESSCOM #PahlawanKu


CARTA ESSCOM -SSA
DS NAJIB AKAN MEMPERINCIKANNYA DALAM SAMBUTAN HARI POLIS KE 206 PADA HARI INI.
"Sepasukan VAT 69 AKAN DITERBANGKAN KHAS DARI Lahad Datu ke Sambutan Hari Polis. PDRM melalui tiga era. Era pertama semasa Kesultanan Melayu Melaka di bawah Sistem Temenggong sehingga mencapai kemerdekaan. Kedua era pasca kemerdekaan sehingga tewasnya pemberontakan bersenjata komunis. Ketiga, era menuju kepolisian bertaraf antarabangsa."

Pertama kalinya lagu tema akan dikumandangkan semasa perbarisan sambutan Hari Polis ke 206. 

Hadoi ambe tak larat nak tulis stail skema-skema camni. 
Mesej mudah je.
Hari ini Hari Sambutan Polis ke 206.
Bidang kepolisian di Malaysia bukan baru setahun jagung.
Sejak dari zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi dan ada polis.
Cuma masa tu taklah di panggil polis. 

Esok pasukan VAT 69 seramai 93 orang anggota akan diterbangkan khas dari Lahad Datu. Pemberian pingat postomuos akan diberikan kepada lapan anggota yang terkorban dalam insiden Lahad Datu. Balu mereka akan menerima anugerah pingat dan kenaikan pangkat. Berita penuh tengok ler BERNAMA.

Satu wawancara panjang dan lebar wartawan Sinar Harian AHMAD ISMADI ISMAIL dan jurufoto SAFWAN MANSOR bersama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin dalam memperkatakan cabaran PDRM pada masa kini sempena Hari Polis ke-206.

Antara lain cabaran yang dihadapi oleh JSJ ialah:-
  • Sikap sesetengah anggota masyarakat yang enggan ketengah menjadi saksi dan memberikan kerjasama. 
  • Piwaian ketat yang perlu dipatuhi untuk memenangkan kes pendakwaan. 
  • Meneruskan siasatan ke atas lapuran kehilangan kanak-kanak.
  • JSJ mempunyai 12,000 anggota, tambahan anggota akan dilakukan secara berperingkat, ada di antara mereka berkebolehan dalam bidang penyiasatan, terbaru PDRM mempunyai 300 orang  bagi membantu menambah baik mutu penyiasatan.
  • Menangani persepsi masyarakat
  • Segelintir masyarakat tidak ambil peduli jika ternampak atau terdengar insiden pergaduhan di kawasan kejiranan mereka.
  • Hakikatnya, kes pergaduhan boleh membawa maut dan mungkin dengan satu panggilan (talian kecemasan) boleh menyelamatkan satu nyawa.
  • Keterangan saksi amat penting dalam setiap kes yang disiasat sebelum ia boleh dibawa ke pendakwaan.
  • Masyarakat harus saling bekerjasama menjamin keamanan negara, meyakinkan pelabur asing bahawa negara kita selamat bagi menggalakkan pertumbuhan ekonomi negara.
  • Sikap kurang prihatin masyarakat yang enggan tampil menjadi saksi kejadian juga menimbulkan kesukaran terhadap penyiasatan.
  • Keengganan masyarakat tampil sebagai saksi kes dikatakan berpunca kerana proses pendakwaan mengambil masa yang lama sebelum hukuman dijatuhkan.
Dalam menuju status polis bertaraf dunia, PDRM memperkenalkan pelbagai inisiatif seperti terbaharu menubuhkan Unit Rondaan Bermotosikal PDRM (URB) dengan peruntukan RM20 juta bagi membeli 1,000 motosikal.

Bagi mencapai Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) mengurangkan jenayah, pelbagai usaha dilakukan PDRM antaranya menambah bilangan anggota di kawasan 'panas' serta penggunaan kamera litar tertutup di kawasan yang berisiko tinggi untuk mengurangkan jenayah seperti ragut, curi kenderaan dan samun.

Hari Polis disambut setiap tahun pada 24 Mac bagi mengenang jasa dan mengingati sejarah penubuhan pasukan keselamatan itu yang banyak menabur bakti kepada negara termasuk mempertahankan negara daripada ancaman komunis.

Sempena sambutan itu, Ramli berkata, PDRM turut mengadakan hari terbuka untuk orang ramai di Pulapol pada 24 Mac dari 8 pagi hingga 5 petang.

Katanya, ia akan diisi dengan pelbagai program antaranya persembahan polis berkuda, pertunjukan daripada unit K9 dan juga pameran oleh unit trafik dan lain-lain.

SEKIAN TERIMAKASIH.
KEPADA ANGGOTA PDRM .... AMBE TERHUTANG BUDI KE ATAS JASA PDRM. 

SALUTE !

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa