EKSIDENTEL HERO.
Eksidentel Hero di ambil dari ungkapan bahasa Ingeris 'Accidental Hero'. Makna mudahnya ialah seseorang yang menjadi Adiwira secara tak terduga dan tanpa di rancang. Masyarakat menjulangnya menjadi Adiwira bagi satu-satu keadaan terdesak dan mendesak. Bukan penyelamat keadaan atau masyarakat tapi Si Penyelamat yang menjadi mangsa keadaan.
Ramai rakyat Malaysia yang benci dan tak menyukai dap pkr pas menjadi Eksidentel Hero. Kepada mereka, pemimpin BN terhutang budi. Mereka muncul bukan di suruh sesiapa. Mereka melawan arus fitnah dap pkr pas tanpa menunggu arahan sesiapa.
Mereka bertindak mempertahankan agama, bangsa dan negara tanpa perlu nak tunggu keputusan mesyuarat sesiapa pun.
Alfatihah kepada perwira negara yang gugur dalam mempertahankan kedaulatan Malaysia dari serangan pengganas Kiram III~suku.
ANWAR IBRAHIM ALGOJO KE 13
Algojo bermaksud Si Pemenggal Kepala.
Anwar Ibrahim adalah Algojo ke 13 yang di hantar oleh kuasa asing untuk 'memenggal kepala' rakyat Malaysia.
Algojo-algojo sebelum ini semuanya tidak berjaya melaksanakan tugasan mereka.
Akhirnya Algojo ke 13 yang merupakan yang terakhir di hantar.
Hanya semasa Anwar Ibrahim menjadi Ketua Pembangkang di Parlimen Malaysia, berlakulah pencerobohan oleh pengganas Kiram III~suku di Lahad Datu.
Sebelum itu Anwar Ibrahim telah memperkenalkan 'Keganasan Jalanan' sebagai wadah. Apabila ianya menemui kegagalan pada siri akhir BERSIH 3.0, maka Anwar Ibrahim terpaksa memujuk orang luar untuk 'berperang' dengan negara.
Pengimpotan 'Arab Spring' yang diinginkan oleh Anwar Ibrahim akhirnya menjadi igauan ngeri buat Anwar Ibrahim sendiri.
Anwar Ibrahim Algojo ke 13.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa