Ahad, 10 Mac 2013

ANWAR IBRAHIM, KIRAM III SUKU & 2 MILLION DOLLAR PENGGANAS

LAHAD DATU OPS DAULAT MASUK HARI KE LIMA.

Two Million dolar Pengganas Kiram III sudah terjepit. Dipercayai bergerak dalam kumpulan kecil bagi mengelak di kesan oleh anggota keselamatan.

Tapi dalam dunia serba canggih dan teknologi maklumat dengan bantuan google map segalanya mungkin. Oleh itu amat penting sekali segala bentuk radio gelombang dijemkan dalam radius tertentu.

Menurut KPN jumlah tahanan meningkat kepada 103 orang kerana 27 orang yang menaiki tiga buah bot di tahan dalam keadaan mencurigakan semasa mereka memasuki kawasan merah OP Daulat.

Kekuatan anggota sang Saka Biru akan ditambah lagi dan para anggota keselamatan semakin menghampiri tempat persembunyian para pengganas Kiram III suku.

Ambe baru sahaja menonton video yang telah di rakam oleh pengganas Kiram III suku yang menyiksa tahanan anggota polis. Mangsa telah di ikat pada kerusi. Jari jemarinya di kerat satu persatu dalam keadaan mangsa masih sedar. Setelah itu, seorang pengganas telah menghiris mengelar leher mangsa tanpa belas kasihan semasa mangsa masih hidup sehingga putus kepala dari badan ! Mangsa mengelupur kesakitan!

Nyatalah, perbuatan pengganas Kiram III suku adalah provokasi yang amat melampau. Dan kemungkinan besar disengajakan untuk membangkitkan kemarahan agar berlaku pertempuran sepertimana yang dikehendaki oleh para dalang.

Insiden Lahad Datu ini sebenarnya membawa banyak keuntungan kepada pihak musuh luar negara dan para dalang. Oleh itu Pejabat Peguam Negara di minta segera melakukan pendakwaan ke atas mereka yang terbabit.

Dalam keadaan krisis sebegini, ambe fikir molek lah di gantung segala hak-hak pesalah di bawah Perlembagaan.

Kita mendesak agar Kiram III suku diekstradisikan ke Malaysia bagi perbicaraan jenayah mengikut perundangan negara.

Darah-darah anggota keselamatan yang terkorban kini di tangan-tangan para dalang insiden Lahad Datu. Bila mereka sendiri sudah berani bertindak di luar batasan maka pembalasan ke atas mereka tidak boleh ditangguhkan lagi waima melalui jalan perundangan.

Tunjukkkan saja video tersebut kepada Peguam Negara dan para hakim agar mereka sedar. Molek juga dipertontonkan kepada ahli Parlimen Malaysia dan kesemua Ahli Dewan Undangan Negeri secara tertutup.

Molek juga dipertontonkan kepada MAJLIS PEGUAM dalam sesi tertutup.

Kita lihat reaksi mereka.
Adakah mereka gembira atau mereka merasai setiap detik  'kesakitan' yang dialami oleh mangsa!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa