Ahad, 24 Februari 2013

LAHAD DATU & TAUSUG CERITA DI SEBALIK CERITA @barisanasional

 
Tausug - Orang Sulu / suku kaum BUGIS.


Keris Panjang / Sundang - Senjata Tradisi Tausug

Apa beza TAUSUG dengan MELAYU?

TAUSUG kalau ikut definisi Perlembagaan Malaysia adalah RUMPUN MELAYU.

Dari mana asal datang TAUSUG?

TAUSUG berasal dari TANAH UGI / TANAH BUGIS SULAWESI.

Mengembara ke seluruh pelusuk Nusantara.

Mendiami Mindanao, Kepulauan Sulu dan sebahagian besar Sabah Utara dan Timur.

Siapa ketua TAUSUG?

SULTAN, DATU dan SYARIF.

Ada berapa Kesultanan Tausug?

1. Kesultanan KIRAM yang di rejek sendiri oleh majoriti Tausug. Warganegara Filipina dan tunduk kepada Filipina. Menyokong MNLF di bawah Nur Misuari yang tidak menyertai Perjanjian Damai tempohari.

2. Kesultanan Sulu Darul Islam yang di terima oleh majoriti Datu dan Syarif tradisi Tausug di kepulauan Sulu , Palawan dan Mindanao yang enggan menerima penguasaan Filipina - MILF.

2. Kesultanan Sulu Borneo Utara yang menjadi pribumi dan warganegara Malaysia di Sabah.

Geng mana yang datang ke Lahad Datu?

Itu geng KIRAM.

Kenapa geng KIRAM datang?

REUTERS melapurkan geng KIRAM berani datang sebab undangan ORANGKUAT PAKATAN RAKYAT hendak berbincang mengenai kuasa autonomi mereka di Sabah kononnya.

Adakah tindakan geng KIRAM bertindak atas kepentingan TAUSUG atau atas kepentingan geng mereka sahaja?

Geng KIRAM bertindak di atas kepentingan mereka sahaja dan tidak mewakili kepentingan TAUSUG yang bernaung di bawah Kesultanan Sulu Darul Islam.

Perlukah kita risau dan bimbang dengan kehadiran geng KIRAM?

Tak perlu risaulah.

Sebabnya :-

1. Kerajaan Filipina pun tak setuju dengan tindakan geng KIRAM.

2. Tausug pun tak setuju dengan tindakan geng KIRAM.

3. Pasukan Keselamatan kta pun mampu mengawal keadaan.

4. Tausug dan Melayu adalah saudara seagama walaupun berlainan kewarganegaraan.

5. Ini semua geng KIRAM nak menangguk di air keroh sahaja. Nak mengambil kesempatan ke atas keadaan geografis dan politik.

Adakah ianya suatu pencerobohan wilayah kedaulatan Malaysia?

Ya, kerana geng KIRAM bukanlah pihak-pihak yang memegang hakmilik dan pewaris takhta Kesultanan Sulu yang sebenarnya.

Geng KIRAM TIDAK DIIKTRAF OLEH DATU & SYARIF TRADISI TAUSUG DI KEPULAUAN SULU PALAWAN DAN MINDANAO SENDIRI. MALAH DI SABAH, DAN AKHIR SEKALI ....



NAH AMIK KO ! PM KITA DS NAJIB ADALAH KETURUNAN SULTAN GOWA KE 19. TANAH ASAL TAUSUG IALAH SULAWESI TANAH UGI BAGI SEMUA SUKU KAUM BUGIS.

SEJARAH SEMUA BUGIS TERMASUK TAUSUG BERMULA DI LUWU' DI BAWAH PENGUASAAN GOWA.

MANA BOLEH GENG KIRAM LANGGAR IKUT SESUKAHATI MEREKA.

" SI LANGGA KILAN INGGE' "

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa