Selasa, 1 Januari 2013

MANDAT 60 BULAN CUMA JADI 20.276 BULAN SAHAJA.

TIADA GAMBAR.

Jika anda hendak tahu apa perkembangan yang berlaku di Dataran Merdeka pada waktu ini sila layari blog Cucu Tok Selampit dan The Flying Kick. 
Hamba malas nak melayan ritual-ritual satanisma puak dap pkr pas yang terlalu primitif dan terkebelakang. 
Memandang pusingan baru bumi mengelilingi matahari bermula sekali lagi, jadi eloklah kita membicarakan perkara-perkara yang mampu membawa kita ke hadapan melangkaui batas sempadan masa dan angkasa barulah boleh kita menjadi PERKASA. 

Tidak dinafikan dalam 2013 kemungkinan besar PRU 13 diadakan memandangkan mandat PRU 12 akan berakhir pada bulan Mac 2013. 
Apakah garis panduan yang perlu kita pertimbangkan sebelum memilih mana-mana pihak untuk memegang mandat selama lima tahun mentadbir negara?
Sudah tentu kita memerlukan satu garispanduan bebas yang tidak terikat dengan mana-mana dogma dan propaganda mana-mana pihak yang bersifat politik dan kepartian semata-mata.
Kita lupakan sebentar semua slogan-slogan daripada semua pihak.
Sekarang kita ambil pendekatan yang bebas pengaruh.
Kita gunakan MATEMATIK MUDAH.
Jom kita mengira.
Tapi pengiraan ini , of course lah akan mengabaikan beberapa faktor bagi memudahkan pengiraan.
So, ianya bukan muktamad sekadar memberikan satu gambaran alternatif untuk mencetuskan satu kesedaran yang seringkali kita alpa dan abaikan.
Beberapa andaian generalisasi digunakan. 
But we need something to start off with from a viewpoint. 

Baiklah kita mulakan dengan tempoh masa lima tahun.
5 tahun bersamaan dengan 60 bulan.
Tempoh masa ini sama dengan tempoh pembayaran balik pinjaman kereta. 

60 bulan bersamaan lebih kurang 240 minggu
240 minggu bersamaan dengan 1,825 hari.
1,825 hari bersamaan dengan 43,800 jam.

Kurang lebih mandat lima tahun bersamaan dengan 43,800 jam. 
Itulah jangkahayat bagi mana-mana pihak yang dapat mandat dalam PRU 13 nanti. 
Dan itulah juga jangkahayat bagi mandat PRU 12. 

Bolehkah kita mengira jam bekerja pula bagi bakal ADUN dan AHLI PARLIMEN dalam jangkahayat mereka memegang mandat rakyat selama 43,800 jam?

Mengambilkira dalam satu hari, manusia hanya mampu bekerja 8 jam sahaja, tidur 8 jam dan 8 jam untuk aktiviti-aktiviti lain, kita memperoleh pengiraan di bawah ini. 
Dalam pengiraan ini kita mengabaikan cuti umum dan cuti minggu.

JAM BEKERJA.
8 jam sehari x 1,825 hari =  14,600 jam bekerja. 
seterusnya, 
14,600 jam bekerja / 24 jam = 608.3 hari.
seterusnya, 
608.3 hari/30 hari = 20.77 bulan
seterusnya 
20.77 bulan/12 bulan = 1.68 tahun. 

Kesimpulannya: bagi mandat lima tahun , semua ADUN & AHLI PARLIMEN berkhidmat hanya selama 1.68 tahun sahaja yakni kurang lebih satu perlima dari lima tahun. Tak sampai pun dua tahun ! 

Berdasarkan kepada MATEMATIK, mandat lima tahun hanya dimanafaatkan selama 1.68 tahun sahaja manakala bakinya 3.32 tahun kira rakyat beri free je la kepada ADUN & AHLI PARLIMEN jika ADUN & AHLI PARLIMEN hanya bekerja 8 jam sehari sahaja selama lima tahun punya mandat. 

Jadi berdasarkan kepada MATEMATIK tadi sekurang-kurangnya kita mempunyai gambaran kasarlah siapa yang hendak kita pilih kan?
Kalau kita pilih mereka yang kuat tidur macam dalam gambar ini ....


bermakna mereka telah 'mencuri' dan mengurangkan lagi jumlah 1.68 tahun tersebut. 
Maka mereka dikategorikan dalam MENIPU.
macam puak anti Lynas menipu mengenai MOGOK KENYANG mereka.

BN menawarkan kepada anda bakal ADUN & AHLI PARLIMEN :-
1. Bebas rasuah
2. Bebas bankrupsi 
3. Inklusif
4. Bertenaga dan berdaya saing.
5. Bukan kaki tidur atau kaki ponteng buat kerja !
6. Mampu bekerja lebih dari 8 jam sehari.

Kini anda mempunyai satu garispanduan yang bebas.
Dan anda sendiri tahu bagaimana hendak mempelbagaikannya agar anda dapat menafaatkan sepenuhnya perkhidmatan ADUN & AHLI PARLIMEN yang bakal di berkhidmat dalam batasan 1.68 tahun waima diberikan mandat selama lima tahun. 

1 ulasan:

  1. Salam perjuangan bro..

    Moron dapat di linkkan blog saya yg x seberapa ni..

    http://taipingcentral.blogspot.com/

    Untuk article Terbaru blog saya :

    http://taipingcentral.blogspot.com/2013/01/panas-sambut-new-year-cara-beromen.html?m=0

    Tq bro.. Semoga tail persaudaraan ukhuwah ter erat antara kita.. Anyway blog saudara, sempoooiiiiii..

    Tq..

    BalasPadam

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa