TAHUKAH ANDA bahawa jumlah keahlian BADAN PEGUAM MALAYSIA berjumlah hampir 15 ribu orang ahli? Dari jumlah itu hampir 64% adalah orang MELAYU ISLAM. Kebanyakannya graduan dari Universiti Malaya, Universiti Islam Antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia dan UiTM.
TAHUKAH ANDA bahawa tatacara, etika dan profesionalisma para peguam di Malaysia ditentukan oleh satu Kod Etika Profesional Amalan Guaman (KEPAG)? Di antara lain, Kod tersebut menyebutkan garispanduan dan etika profesional yang wajib dipatuhi oleh setiap pengamal undang-undang.
TAHUKAH ANDA bahawa Pasukan Pemantau kempen Kebangkitan Pakatam Ahzab Rakyat KL112 yang ditubuhkan oleh Majlis Peguam adalah bersalahan dengan Akta Profesion Guaman 1974. Ianya juga menyalahi Kod Etika Profesional Amalan Guaman. Anda boleh membuat aduan rasmi kepada Badan Displin mengenainya.
TAHUKAH ANDA bahwa Majlis Peguam tidak mempunyai sebarang kuasa mandat untuk menubuhkan sebarang Pasukan Pemantau di bawah Akta Profesion Guaman 1974?
TAHUKAH ANDA bahawa Majlis Peguam dikuasai oleh segelintir puak yang mencemar namabaik Majlis Peguam?
TAHUKAH ANDA bahawa segelintir puak tersebut sentiasa melanggar Kod Etika dan bertindak di luar batasan kuasa yang diberikan di bawah Akta Profesion Guaman 1974? Malangnya, perbuatan onar mereka tidak pernah diadukan secara rasmi kepada Badan / Jawatankuasa Displin Badan Peguam Malaysia?
TAHUKAH ANDA bahawa MAJLIS PEGUAM diwajibkan di bawah Akta Profesion Guaman 1974 dan Kod Etika agar sentiasa BERSIH dan BEBAS dari sebarang unsur politik?
Selaku warganegara Malaysia, anda berhak untuk menyatakan bantahan rasmi anda kepada Badan Peguam Malaysia agar Majlis Peguam Malaysia di-BERSIH-kan dari puak-puak yang mencemari namabaik dan kebebasan Majlis Peguam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa