Khamis, 29 November 2012

KERANA PAS MENIPU SELAMA 12 PRU, RAMAI YANG MURTAD KERANA KELIRU.




Oleh kerana pas begitu selesa dengan janji sorga pok nik dan menggangap murtad adalah ISU KECIL, kita dedahkan IMPAK , KESAN & NATIJAH kenyataan-kenyataan dan doa-doa kebinasaan serta TAKFIR (MEMURTADKAN ORANG ISLAM)  yang dilakukan oleh pemimpin PAS. KLIK DI SINI .


HARI KETIGA MELAYU ISLAM BERSATU BERHIMPUN, PEMIMPIN PAS HILANG TEOR DENGAN KARPAL SINGH.

RAJA GOBLOK PAS

Betul lah apa TPM TS Mahyuddin Yassin Timbalan Presiden UMNO kata dalam ucapan perasmian persidangan perwakilan Wanita, Pemuda & Puteri UMNO. Sisi dan wajah huduh perjuangan PAS menipu orang Melayu Islam selama 12 PRU terbukti jelas. PAS ini cakap je berdegar-degar cam langit nak runtuh tapi satu jasa pun takdak kepada kemajuan ikhtisas Islam di Malaysia. Selama 12 PRU PAS cuma menipu dan menipu dan terus menipu dan tak nampak nak berhenti dari menipu.

HAKIKAT SEBENAR PENIPUAN POLITIK PAS SELAMA 12 PRU 
Selepas PRU12, PAS nampak gah dan eksyen disebabkan oleh hayunan undi protes kesan dari kelemahan pentadbiran Pak Lah sejak 2004. Hari ini KPUM hanya mampu balun Pakatam Ahzab Sasaulisma dalam ucapan saja. Dari segi tindakan, KPUM masih fobia dan belum begitu bersedia menghantar bala tentera Pemuda gagah berani untuk berhadapan dengan kekuatan jentera PAS waima seluruh akar umbi PEMUDA UMNO sudah siap siaga dan bersedia bertempur. KPUM masih berkira-kira dan bercongak samada ianya memberikan laba politik kepada kerjaya politiknya yang sudah hambar dan tawar atau mampu melonjakkannya kembali ke persada kuasa seperti sebelumnya. Bak kata Tun Dr Mahathir lah beliau tak nampak KPUM adalah agresif dan sentiasa duduk dalam Zon Selamat. 

Pada hari pertama Melayu Islam Bersatu Bersidang, puak Budu cap R bikin kacau dan heboh.
Pada hari kedua Melayu Islam Bersatu bersidang, Pok Nik masuk sepital wad ICU kerana strok dan timbul kisah mengenai Arahan MPKB ke atas seorang pengusaha dandanan rambut. Beketurunan Cina. Akhirnya terpaksa memindahkan premis perniagaannya ke Johor. 
SETELAH DI DESAK DAN TERDESAK KERANA DI HENTAM OLEH DHPP & DAP, PEMIMPIN PAS YANG MELACURAN SEMUANYA SANGGUP JILAT KAHAK MEREKA SENDIRI DALAM ISU INI.
Sepanjang tempoh selepas PRU 12, PEMIMPIN PAS PUSAT terlalu banyak sangat BERKORBAN. Bukan berkorban untuk pertahankan AKIDAH & ISLAM tapi BERKORBAN prinsip menggadaikan MARUAH AGAMA ISLAM kerana menunjukkan kasih sayang yang tak berbalas kepada kafir Harbi DAP dan PKR Sasaulisma.

Selama inilah juga puak pas menimbulkan banyak keraguan dan syak wasangka di kalangan uamt Melayu Islam sehingga kefahaman ISLAM menjadi celaru dan keliru akibat gara-gara pas berpolitik dan mempersendakan ISLAM dalam ceramah-ceramah politik mereka.

Kepada puak-puak pas , cukup-cukuplah menipu dan berbohong mengenai dasar perjuangan politik kamu tu. Semakin lama semakin menyemakkan dan mengelirukan kefahaman umum mengenai AGAMA ISLAM.

TAHNIAH KPUM , BERI IKAN LEBIH BAIK DARI MEMANCING

 

Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia memang sebuah pertubuhan yang amat bertuah kerana mempunyai seorang Ketua yang mempunyai Tuah Badan. Dek kerana itu lah di atas keprihatinannya, beliau memikirkan sudah tibalah masanya menumpahkan dan mencalitkan Tuah Badan nya kepada pemilik-pemilik motorsikal yang belum mempunyai Lesen Memandu atas sebab kesempitan hidup kerana kurangnya Tuah Badan.

Idea-idea kebajikan KPUM (Ketua Pemuda UMNO Malaysia) adalah idea-idea yang amat bernas dan mempunyai impak yang cukup kuat seperti komet jatuh ke bumi. Mampu melonjakkan kehidupan orang muda menjadi lebih baik dan terbaik bila mampu memliki lesen motorsikal dan membeli motorsikal pada harga diskaun. Selepas ini pekerja-pekerja kilang boleh berterimakasih kepada KPUM di atas idea bernasnya. 

Kita semua amat yakin dan begitu konfiden dengan perlaksanaan dan kebernasan idea KPUM tersebut. Kita akan melihat kemajuan ekonomi, politik, sosial dan pendidikan yang drastik melonjak naik bilamana anak-anak muda berjaya di bantu memiliki lesen dan membeli motorsikal pada harga diskaun melalui usul BL1M (Bantuan Lesen 1 Malaysia).

BL1M akan membantu pengedar dan agen motorsikal pelbagai jenama di Malaysia menambahkan jualan mereka. Manakala JPJ mampu membuat kutipan pembayaran lesen tertinggi serta Sekolah Memandu pula mampu meningkatkan bilangan pelajar. Pengendali-pengendali setesen minyak turut mendapat labanya nanti bila bilangan motorsikal makin bertanbah di jalanraya. Turut merasa labanya nanti adalah kedai-kedai aksesori dan 'repair' motorsikal. Kedai alat ganti motorsikal turut merasai BL1M. Kedai menjual tayar dan tiub juga turut mendapat laba. Pembekal kepada JPJ pun turut mendapat laba. Malah syarikat pemegang AES pun turut mendapat laba nya nanti.

Tak terkecuali pihak mahkamah majistret dan Jabatan Trafik PDRM serta pihak hospital turut merasai laba BL1M. Sudah tentulah dengan memudahkan lagi cara mendapat lesen motorsikal maka jam latihan akan dikurangkan. Tapi tak mengapa , yang penting ialah memastikan anak-anak muda terutamanya Melayu mampu memiliki lesen dan sebuah motorsikal. Lupakan mengenai pemilikan kereta sekecil Kancil atau MYVI.

Hebat memang Hebat gagasan KPUM untuk anak-anak muda di antara DUA MASA DEPAN !