Khamis, 29 November 2012

TAHNIAH KPUM , BERI IKAN LEBIH BAIK DARI MEMANCING

 

Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia memang sebuah pertubuhan yang amat bertuah kerana mempunyai seorang Ketua yang mempunyai Tuah Badan. Dek kerana itu lah di atas keprihatinannya, beliau memikirkan sudah tibalah masanya menumpahkan dan mencalitkan Tuah Badan nya kepada pemilik-pemilik motorsikal yang belum mempunyai Lesen Memandu atas sebab kesempitan hidup kerana kurangnya Tuah Badan.

Idea-idea kebajikan KPUM (Ketua Pemuda UMNO Malaysia) adalah idea-idea yang amat bernas dan mempunyai impak yang cukup kuat seperti komet jatuh ke bumi. Mampu melonjakkan kehidupan orang muda menjadi lebih baik dan terbaik bila mampu memliki lesen motorsikal dan membeli motorsikal pada harga diskaun. Selepas ini pekerja-pekerja kilang boleh berterimakasih kepada KPUM di atas idea bernasnya. 

Kita semua amat yakin dan begitu konfiden dengan perlaksanaan dan kebernasan idea KPUM tersebut. Kita akan melihat kemajuan ekonomi, politik, sosial dan pendidikan yang drastik melonjak naik bilamana anak-anak muda berjaya di bantu memiliki lesen dan membeli motorsikal pada harga diskaun melalui usul BL1M (Bantuan Lesen 1 Malaysia).

BL1M akan membantu pengedar dan agen motorsikal pelbagai jenama di Malaysia menambahkan jualan mereka. Manakala JPJ mampu membuat kutipan pembayaran lesen tertinggi serta Sekolah Memandu pula mampu meningkatkan bilangan pelajar. Pengendali-pengendali setesen minyak turut mendapat labanya nanti bila bilangan motorsikal makin bertanbah di jalanraya. Turut merasa labanya nanti adalah kedai-kedai aksesori dan 'repair' motorsikal. Kedai alat ganti motorsikal turut merasai BL1M. Kedai menjual tayar dan tiub juga turut mendapat laba. Pembekal kepada JPJ pun turut mendapat laba. Malah syarikat pemegang AES pun turut mendapat laba nya nanti.

Tak terkecuali pihak mahkamah majistret dan Jabatan Trafik PDRM serta pihak hospital turut merasai laba BL1M. Sudah tentulah dengan memudahkan lagi cara mendapat lesen motorsikal maka jam latihan akan dikurangkan. Tapi tak mengapa , yang penting ialah memastikan anak-anak muda terutamanya Melayu mampu memiliki lesen dan sebuah motorsikal. Lupakan mengenai pemilikan kereta sekecil Kancil atau MYVI.

Hebat memang Hebat gagasan KPUM untuk anak-anak muda di antara DUA MASA DEPAN !


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa