Isnin, 22 Oktober 2012

APA MASALAH UDA DENGAN KOMPLEKS NIAGA UTAMA BANGSAR UTAMA ?


LATARBELAKANG ISU.

Kompleks Niaga Utama, Bangsar Utama di bawah pengurusan dan seliaan UDA sejak 1988. Pada 26hb ogos 2012 dikatakan Raja Nong Chik hadir di situ dan memberikan jaminan kepada 50 orang peniaga -peniaga kecil Melayu (ahli UMNO?) bahawa kompleks berkenaan tidak akan dirobohkan. Menurut Jawatankuasa Bertindak Peniaga-peniaga Kecil KNU (komplek Utama Niaga) mereka akan di usir keluar menjelang Mac kerana tapak tersebut dikatakan bakal dinaikkan bangunan apatmen mewah.


Pengerusi Jawatankuasa Fauzan Mohd Nor Al-Jamil mendakwa tiada perbincangan terus dan rundingan di buat di antara UDA dengan mereka mengenai untung nasib mereka. Presiden Suara Anak Muda 1Malaysia Armanda Azha mempelawa Dato' Sri Ismail Sabri Menteri KPDNKK untuk menyelesaikan kemelut tersebut memandangkan kejayaan Dato Sri Ismail Sabri menyelesaikan isu yang sama tidak berapa lama dulu. Menurut sumber Dato Ismail Sabri bersetuju untuk melawat dan mendengar rintihan para peniaga tersebut. 

ULASAN:-
  • Puak cacaimarba pakatam telah mula manipulasikan isu ini dengan menyalahkan UMNO dan melakukan propaganda jahat terhadap UDA dan Raja Nong Chik. 

  • Menyedari hal ini maka PERKASA dan SUARA ANAK MUDA 1MALAYSIA mengambil tindakan untuk menyelesaikan kemelut yang ada.

  • Hamba sendiri pun kurang maklumat mengenai ketidakpuashati 50 orang peniaga tersebut dan apakah pelan pembangunan sebenar UDA berkenaan.

  • Hamba juga kurang pasti dengan kebenaran kabar angin yang disebarkan oleh cacimarba pakatam mengenai isu ini. 

  • Yng pastinya ialah timbul rasa tidak puashati di kalangan 50 orang peniaga KNU terhadap UDA dan Raja Nong Chik. Apa sebab, kenapa dan apa bendanya kita tunggu ajaleh Dato Sri Ismail Sabri, PERKASA, Jawatankuasa Bertindak Peniaga KNU dan UDA serta Raja Nong Chik setelkan masalah ini baikbaik.

  • Jika cacaimarba pakatam tuduh UMNO tipu Melayu dan tidak perjuangkan untung nasib Melayu ada satu soalan kepada mereka, selama ini siapa yang melaungkan KETUANAN RAKYAT menggantikan KETUANAN MELAYU dan menyerang semua institusi MELAYU serta mengutok dan mencela MELAYU secara indirect melalui kutokan dan celaan kepada UMNO?

  • Sendiri mahu fikir ok?

  • Kebiasaannya masalah seperti ini akan selesai dengan cara baik melalui usaha-uasha perbincangan oleh semua pihak yang diterajui UMNO. 

  • Nak harapkan pemimpin Pakatam dan cacaimarba mereka? Jangan Berharap lah boleh setel!

BINASALAH PAKATAM SELURUHNYA!


FAKTA POLITIK MALAYSIA- 8 TAHUN KE 2020 & UMNO 100 TAHUN




(8 tahun ke 2020)
(Angka berwarna biru di dalam kurungan merujuk kepada usia kemerdekaan negara sejak 1957)

2012 --2013--2014--2015--2016--2017--2018--2019--2020
(56)      (57)    (58)   (59)    (60)     (61)    (62)    (63)    (64)

2021 --2022--2023--2024--2025--2026--2027--2028--2029
(65)      (66)    (67)   (68)    (69)     (70)    (71)    (72)    (73)


2030 --2031--2032--2033--2034--2035--2036--2037--2038
(74)      (75)    (76)   (77)    (78)     (79)    (80)    (81)    (82)

2039 --2040--2041--2042--2043--2044--2045--2046--2047
(83)      (84)    (85)   (86)    (87)     (88)    (89)    (90)    (91)

2048 --2049--2050--2051--2052--2053--2054--2055--2056
(92)      (93)    (94)   (95)    (96)     (97)    (98)    (99)   (100)

2057 (1957- 2057) 
(101)

2063
(Ulangtahun MALAYSIA ke 100 - (1963-2063)
(Ulangtahun kemerdekaan ke 107 - (1957- 2063)

MALAYSIA 100 TAHUN ( 1963-2063)
Pada tahun 2063 MALAYSIA akan menyambut ulangtahun ke 100 penubuhannya bersamaan dengan sambutan ulangtahun ke 107 kemerdekaan negara sejak 1957. 

Apakah Pelan Jangkahayat MALAYSIA 100 Tahun ?

Jika kita mengira seratus tahun dari sekarang bermakna pada 2112 genaplah tempoh seratus tahun tersebut (2012 -2112). 

Pada 2112 genaplah 149 tahun usia penubuhan Malaysia dan 155 tahun kemerdekaan negara.

Apakah pelan pembangunan ekonomi, sosial, pendidikan, politik dan agama untuk mensejahterakan negara dan memakmurkan rakyat dalam tempoh seratus tahun itu?

Pada 1991, Tun Dr Mahahtir (BARISAN NASIONAL) telah memperkenalkan WAWASAN 2020 dengan 9 Cabaran Utama untuk dicapai bagi menjadi sebuah negara maju mengikut acuan sendiri. Tarikh keramat 2020 hanya tinggal lapan tahun sahaja lagi.

Dalam WAWASAN 2020 ini TDM menggariskan sembilan cabaran utama untuk rakyat Malaysia hadapi bagi mencapai hasrat menjadi sebuah masyarakat yang berdikari, bebas, dinamik, progresif dan pragmatik.

Bila kita menelitinya ternyata polisi MODAL INSAN dan 1 MALAYSIA merupakan sebahagian kesinambungan kepada WAWASAN 2020 yang termasuk dalam sembilan Cabaran Utama.

Malah polis-polisi GTP (PELAN TRANSFORMASI KERAJAAN) nampaknya seperti salah satu kesinambungan di dalam WAWASAN 2020. Begitu jugalah dengan pakej Ekonomi dalam MODEL EKONOMI BARU yang memperkenalkan Dasar Polisi Fiskal berimbang di antara polisi Afirmatif dengan polisi Meritokrasi mengikut acuan kita sendiri. 

Apa sembilan Cabaran Utama tersebut?

Pakatam hanya beretorik mengenai BUKU JINGGAY mereka yang mengejar mimpi dan ilusi utopia sosialisma yang tak kesampaian. 

Molek benarlah jika kita tak mengundi Pakatam kerana PAKATAM TIDAK MEMPUNYAI SEBARANG AGENDA PEMBANGUNAN YANG JELAS BAGI RAKYAT MALAYSIA UNTUK 100 TAHUN KE HADAPAN (2012-2112) 

BINASALAH PAKATAM SELURUHNYA!