Isnin, 22 Oktober 2012

APA MASALAH UDA DENGAN KOMPLEKS NIAGA UTAMA BANGSAR UTAMA ?


LATARBELAKANG ISU.

Kompleks Niaga Utama, Bangsar Utama di bawah pengurusan dan seliaan UDA sejak 1988. Pada 26hb ogos 2012 dikatakan Raja Nong Chik hadir di situ dan memberikan jaminan kepada 50 orang peniaga -peniaga kecil Melayu (ahli UMNO?) bahawa kompleks berkenaan tidak akan dirobohkan. Menurut Jawatankuasa Bertindak Peniaga-peniaga Kecil KNU (komplek Utama Niaga) mereka akan di usir keluar menjelang Mac kerana tapak tersebut dikatakan bakal dinaikkan bangunan apatmen mewah.


Pengerusi Jawatankuasa Fauzan Mohd Nor Al-Jamil mendakwa tiada perbincangan terus dan rundingan di buat di antara UDA dengan mereka mengenai untung nasib mereka. Presiden Suara Anak Muda 1Malaysia Armanda Azha mempelawa Dato' Sri Ismail Sabri Menteri KPDNKK untuk menyelesaikan kemelut tersebut memandangkan kejayaan Dato Sri Ismail Sabri menyelesaikan isu yang sama tidak berapa lama dulu. Menurut sumber Dato Ismail Sabri bersetuju untuk melawat dan mendengar rintihan para peniaga tersebut. 

ULASAN:-
  • Puak cacaimarba pakatam telah mula manipulasikan isu ini dengan menyalahkan UMNO dan melakukan propaganda jahat terhadap UDA dan Raja Nong Chik. 

  • Menyedari hal ini maka PERKASA dan SUARA ANAK MUDA 1MALAYSIA mengambil tindakan untuk menyelesaikan kemelut yang ada.

  • Hamba sendiri pun kurang maklumat mengenai ketidakpuashati 50 orang peniaga tersebut dan apakah pelan pembangunan sebenar UDA berkenaan.

  • Hamba juga kurang pasti dengan kebenaran kabar angin yang disebarkan oleh cacimarba pakatam mengenai isu ini. 

  • Yng pastinya ialah timbul rasa tidak puashati di kalangan 50 orang peniaga KNU terhadap UDA dan Raja Nong Chik. Apa sebab, kenapa dan apa bendanya kita tunggu ajaleh Dato Sri Ismail Sabri, PERKASA, Jawatankuasa Bertindak Peniaga KNU dan UDA serta Raja Nong Chik setelkan masalah ini baikbaik.

  • Jika cacaimarba pakatam tuduh UMNO tipu Melayu dan tidak perjuangkan untung nasib Melayu ada satu soalan kepada mereka, selama ini siapa yang melaungkan KETUANAN RAKYAT menggantikan KETUANAN MELAYU dan menyerang semua institusi MELAYU serta mengutok dan mencela MELAYU secara indirect melalui kutokan dan celaan kepada UMNO?

  • Sendiri mahu fikir ok?

  • Kebiasaannya masalah seperti ini akan selesai dengan cara baik melalui usaha-uasha perbincangan oleh semua pihak yang diterajui UMNO. 

  • Nak harapkan pemimpin Pakatam dan cacaimarba mereka? Jangan Berharap lah boleh setel!

BINASALAH PAKATAM SELURUHNYA!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa