Rabu, 3 Oktober 2012
MELAYU SAMAN MELAYU DAN CINA UNDI DAP.
Mereka Yang Tiada Sifat Gentlemen Dalam Berpolitik.
Bila Melihat Mereka Di Dalam Gambar Itu Teringatkan Cerita Pilem Tan Sri P.Ramlee
Bila Melihat Mereka Di Dalam Gambar Itu Teringatkan Cerita Pilem Tan Sri P.Ramlee
"6 JAHANAM"
YBK punya saman sudah menanglah ke atas Pakatam Selangor. Itu mahkamah sudah kasitau itu tanah kasi ambil semula sama YBK lah. Lain punya saman punya cerita itu NFCorp juga atas itu Zuraida Singapora mari punya jadi tokan Ampang jugalah sama Rafizi.
Itu tahanan ISA mahkamah sudah kasi perintah sama bekas IGP Norian Mai, KDN dan Malaysia punya gomen kasi bayar gantirugi RM15,000 setiap hari penahanan. Betul-betul bikin rugi sama duit rakyat itu tahanan punya ISA.
Lain-lain punya hal, itu Masitah Ibrahim sudah kena lah sama Hj Hadi saman punya cerita. Mahkamah sudah perintah kasi fail pembelaan. Hamlau punya cerita.
Itu Azalinda Pengerang mahu saman sama Aliman punya anak nama Mazlan mahu itu orang minta maaf bikin fitnah sana sini pasal RAPID.
Segala butiran lanjut mengenainya perkara-perkara di atas anda semua boleh melayari portal KLPOS., PERAK TODAY, UTARA NEWS dan rangkaian angkatan bloger yang tersisip pautan mereka di bar sisi tepi blog ini. Siap dengan video sekali.
Moral Of Da Stori ialah pakatam membudayakan suatu budaya politik penoh tragedi, trajis dan konflik. Budaya politik seperti ini takkan mampu melonjakkan bangsa ini dan negara ini maju ke hadapan untuk bersaing.
Kita perlu menghentikan budaya tak gentlemen ini di dalam politik. Apabila di dalam politik tidak ada budaya gentlemen maka nilai-nilai dan amalan-amalan negatif akan mula p ukumenjadi amalan kebiasaan. Ini cukup tidak sihat bagi perkembangan kestabilan politik di negara ini.
Bila pelabur luar melihat tiada budaya gentlemen di kalangan ahli politik di negara ini mereka akan tawar hati untuk melabur. Impak lebih teruk lagi ialah bila ahli-ahli politik akan lebih sibuk berpolitik dari bekerja untuk rakyat.
Langkah pertama kita ialah perlu memberikan pengajaran terhebat di alaf ini kepada pemimpin-pemimpin yang tidak mengamalkan Budaya Gentleman dalam politik. Tapi harus perkiraan itu kena pada tempat dan masanya. Jika tersalah perkiraan kita akan menanggung kerugian yang tak terkira.