Ahad, 23 September 2012

PETUA NAK MENANG PRU 13 : KENA BERPANTANG BELAKA.

altJOHOR 23HB SEPT: Orang Melayu memang terkenal dengan amalan berpantang. Amalan ini sebenarnya menyamai dengan bidang perubatan moderen. Yakni menahan diri dari melakukan sesuatu atau tidak memakan sesuatu. 

Berucap kepada perwakilan Umno Johor, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden Umno mahu setiap anggota Umno menggembleng tenaga dan kekuatan bagi memastikan Barisan Nasional (BN) menang pada dalam pilihan raya umum ke-13 nanti.

"Kita tidak boleh menggadai masa depan, masa depan kita terlalu besar nilainya...Di sinilah (Johor) lahirnya Umno, banyaknya jasa kepada negara. Pantang kita serah negara ini kepada mereka (pembangkang).

"Sebahagian besar rakyat Malaysia inginkan masa depan yang baik, masa depan yang bukan sarat dengan ketidakpastian, bukan masa depan yang terlalu banyak risiko, tetapi masa depan yang penuh dengan keyakinan dan di bawah pimpinan BN, hari esok adalah sarat dengan keyakinan lebih baik daripada hari ini," Lapuran seterusnya baca di KLPOS.

Semoga dengan Pantang ini diharapkan segala hulubalang dan panglima perang dalam UMNO dan BARISAN NASIONAL dapat mematuhinya. Jika pantang di langgar buruklah akibatnya. dalam hal UMNO/BN jika pantang ini di langgar UMNO akan kehilangan kuasa. Kehilangan Kuasa bermakna tiada penjanaan duit. 

Hamba tak rela segala harta kekayaan da hasil mahsul negara ini di bolot hanya oleh puak Pakatam jika Pantang tersebut di langgar. Hamba lebih rela segala hasil mahsul negara ini di bolot oleh Barisan Nasional sahaja dan dimonopoli oleh UMNO. Dari pemimpin dan ahli UMNO dan BARISAN NASIONAL terpaksa bergantung kepada hasil rasuah lebih baik mereka monopoli hasil mahsul negara.Paling tidak rakyat tak perlu berpantang maut sebelum ajal untuk mendapat kontrak-kontrak lebihan. Akan berkuranganlah amalan rasuah di dalam negara dan Indeks Persepsi Rasuah akan menjadi lebih baik walaupun masih ada amalan rasuah di peringkat akar umbi yang sentiasa menentang UMNO/BN.

Realitinya hanya DS Najib dan beberapa orang pemimpin UMNO yang menyedari perlunya bertransformasi untuk survival kerjaya politik mereka. Sebahagian besar pemimpin UMNO dan BARISAN NASIONAL masih berkhayal dan mengimpikan kejayaan besar tanpa usaha gigih dan berpantang.

Sindrom yang sama menjangkiti pemimpin Pakatam kini. Hamba berani mengatakan bahawa rakyat Malaysia sudah lama berpantang itu dan ini untuk mendapatkan jaminan masa depan esok yang lebih baik dari hari ini. 

Majoriti pemimpin politik di Malaysia dari kedua belah pihak masih tak sedar diri dan bersifat angkuh dan sombong. Tidak ramai seperti DS Najib dan beberapa kerat pemimpin besar negara yang benar-benar jujur dan ikhlas memperjuangkan untung nasib rakyat. Kebanyakan pemimpin politik di Malaysia masih memikirkan perot masing-masing berbanding perot rakyat Malaysia walaupun statistik menunjukkan rakyat Malaysia paling ramai hidapi obesiti. 

Tapi dalam amalan demokrasi di Malaysia tidak memungkinkan kita menolak seorang calon hamlau dari sebuah parti politik kerana angka menjadi ukuran kekuasaan. Hilang satu undi bermakna hilang kuasa. 

Kita hanya boleh berharap selain UMNO/BN berpantang menyerahkan negara ini kepada Pakatam, pemimpin yang masih menjadi hamlau turut berpantang menjadi hamlau yang mensabotaj parti. Pakatam kalau nak menjadi hamlau tak mengapa kerana itu akan menguntungkan UMNO/BN.

Hamba cuma pantang kalau dikhianati oleh rakan-rakan seperjuangan yang hanya pentingkan diri mereka sendiri dan bersikap egoistik bila berada di puncak kejayaan. 

VIDEO CALUN PRO-M (?) BERCAKAP DENGAN TEMBOK UPSI.





Nak tahu lebih lanjut perlakuan badut pelakon Karoot Komedia XXX Pro-M sila baca di sini 

Benarlah apa yang selama ini bloger BN dan UMNO dok rungutkan mengenai Pro-M ini dan penglibatan Pakatam dalam kampus menyebabkan mahasiswa/i yang terpengaruh turut menjadi seperti BADUT.

KESILAPAN KEDUA TERBESAR DAP SELEPAS PIJAK GAMBAR.


Ngeh Memang Sengaja dan Sengal  Menghantar Tweet Yang Menyokong IOM dan Memperlekehkan Sentimen Umat Islam Negara Ini.

DAP adalah sebuah parti politik SOSIALIS DEMOKRAT. 100% mendukung aspirasi politik Gagasan Nanyang Raya 1918-1945. Asalnya sebuah cawangan PAP. Selepas Singapura keluar Malaysia pada 1965, kesemua cawangan PAP di tukar menjadi DAP. Sampai kiamat DAP tetap membawa aspirasi MALAYSIAN MALAYSIA.  Satu aspirasi ultra-rasis yang lahir kerana pertentangn hak kewarganegaraan di antara imigran dengan pribumi asal. 

Semasa belajar sejarah di sekolah, guru Sejarah tidak begitu menceritakan sangat mengenai perpisahan Singapura dari Malaysia. Kecuali disebutkan sebab musabab perpisahan adalah kerana konsep Malaysian Malaysia. Kalau kita mneyelidiki sebab musababnya tentu kita mampu merungkai perosalan sebenar perpisahan Singapura dari Malaysia. Dan kenapa LKY melaksanakan polisi tidak menkategorikan rakyat Singapura keturunan Melayu sebagai Melayu sebaliknya mencatitkan suku kaum seperti Jawa, Bugis, Bawean dan sebagainya di dalam kad pengenalan. 

Perjuangan DAP ini adalah contoh klasik konflik di antara golongan cauvinis aristokrat imigran dengan golongan penduduk pribumi. Mereka enggan dan degil untuk berasimilasi dalam budaya pribumi dan mengiktiraf hak asal pribumi. Kesombongan 100% acuan sejarah di benua Amerika di antara imigran Eropah dengan kaum pribumi asal di situ. Ini merupakan kesilapan pertama terbesar DAP yakni bersaing dengan pribumi dalam merebut kuasa politik untuk menjadi dominan.

Di bawah kesilapan pertama ini DAP mengambil peranan memperjuangkan hanya hak-hak etnik minoriti dengan melupuskan hak pribumi. DAP mengambil jalan konfrontasi terbuka dengan parti politik berasaskan pribumi seperti UMNO. Mempersetankan UMNO dan memburukkan imej UMNO. DAP sentiasa membangkitkan sentimen perkauman dan menghangatkan permusuhan di antara agama. DAP enggan menerima dan menghormati sebarang bentuk dan corak budaya Melayu Islam. Terutama agama Islam.

Berkonflik tanpa kesudahan merupakan kaedah utama digunapakai oleh DAP dalam kesilapan besar pertamanya. DAP turut mencabar dan terus mencabar kedudukan dan taraf kehidupan orang Melayu tanpa berusaha mengukuhkan persefahaman dan kerjasama di antara kaum. DAP hanya memikirkan bagaimana hendak mencetuskan pelbagai konflik untuk dijadikan justifikasi dan alasan menghapuskan hak pribumi dan semua institusi berkaitan pribumi.

DAP turut memperalatkan Melayu dan bekas pemimpin Melayu untuk mencapai matlamat politik mereka.

Kesilapan kedua terbsesar DAP ialah sentiasa menghina agama Islam dan memperlekehkan semua usaha bantahan mempertahankan akidah dan Rasullullah s.a.w. DAP gagal memahami sensitiviti umat Islam di negara ini.