JOHOR 23HB SEPT: Orang Melayu memang terkenal dengan amalan berpantang. Amalan ini sebenarnya menyamai dengan bidang perubatan moderen. Yakni menahan diri dari melakukan sesuatu atau tidak memakan sesuatu.
Berucap kepada perwakilan Umno Johor, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden Umno mahu setiap anggota Umno menggembleng tenaga dan kekuatan bagi memastikan Barisan Nasional (BN) menang pada dalam pilihan raya umum ke-13 nanti.
"Kita tidak boleh menggadai masa depan, masa depan kita terlalu besar nilainya...Di sinilah (Johor) lahirnya Umno, banyaknya jasa kepada negara. Pantang kita serah negara ini kepada mereka (pembangkang).
"Sebahagian besar rakyat Malaysia inginkan masa depan yang baik, masa depan yang bukan sarat dengan ketidakpastian, bukan masa depan yang terlalu banyak risiko, tetapi masa depan yang penuh dengan keyakinan dan di bawah pimpinan BN, hari esok adalah sarat dengan keyakinan lebih baik daripada hari ini," Lapuran seterusnya baca di KLPOS.
Semoga dengan Pantang ini diharapkan segala hulubalang dan panglima perang dalam UMNO dan BARISAN NASIONAL dapat mematuhinya. Jika pantang di langgar buruklah akibatnya. dalam hal UMNO/BN jika pantang ini di langgar UMNO akan kehilangan kuasa. Kehilangan Kuasa bermakna tiada penjanaan duit.
Hamba tak rela segala harta kekayaan da hasil mahsul negara ini di bolot hanya oleh puak Pakatam jika Pantang tersebut di langgar. Hamba lebih rela segala hasil mahsul negara ini di bolot oleh Barisan Nasional sahaja dan dimonopoli oleh UMNO. Dari pemimpin dan ahli UMNO dan BARISAN NASIONAL terpaksa bergantung kepada hasil rasuah lebih baik mereka monopoli hasil mahsul negara.Paling tidak rakyat tak perlu berpantang maut sebelum ajal untuk mendapat kontrak-kontrak lebihan. Akan berkuranganlah amalan rasuah di dalam negara dan Indeks Persepsi Rasuah akan menjadi lebih baik walaupun masih ada amalan rasuah di peringkat akar umbi yang sentiasa menentang UMNO/BN.
Realitinya hanya DS Najib dan beberapa orang pemimpin UMNO yang menyedari perlunya bertransformasi untuk survival kerjaya politik mereka. Sebahagian besar pemimpin UMNO dan BARISAN NASIONAL masih berkhayal dan mengimpikan kejayaan besar tanpa usaha gigih dan berpantang.
Sindrom yang sama menjangkiti pemimpin Pakatam kini. Hamba berani mengatakan bahawa rakyat Malaysia sudah lama berpantang itu dan ini untuk mendapatkan jaminan masa depan esok yang lebih baik dari hari ini.
Majoriti pemimpin politik di Malaysia dari kedua belah pihak masih tak sedar diri dan bersifat angkuh dan sombong. Tidak ramai seperti DS Najib dan beberapa kerat pemimpin besar negara yang benar-benar jujur dan ikhlas memperjuangkan untung nasib rakyat. Kebanyakan pemimpin politik di Malaysia masih memikirkan perot masing-masing berbanding perot rakyat Malaysia walaupun statistik menunjukkan rakyat Malaysia paling ramai hidapi obesiti.
Tapi dalam amalan demokrasi di Malaysia tidak memungkinkan kita menolak seorang calon hamlau dari sebuah parti politik kerana angka menjadi ukuran kekuasaan. Hilang satu undi bermakna hilang kuasa.
Kita hanya boleh berharap selain UMNO/BN berpantang menyerahkan negara ini kepada Pakatam, pemimpin yang masih menjadi hamlau turut berpantang menjadi hamlau yang mensabotaj parti. Pakatam kalau nak menjadi hamlau tak mengapa kerana itu akan menguntungkan UMNO/BN.
Hamba cuma pantang kalau dikhianati oleh rakan-rakan seperjuangan yang hanya pentingkan diri mereka sendiri dan bersikap egoistik bila berada di puncak kejayaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa