Isnin, 23 Julai 2012

TUN DR MAHATHIR - PENGORBANAN UNTUK AGAMA, BANGSA & NEGARA DIUTAMAKAN.


jabatanpenerangan.

Intipatinya dalam klip video di atas ialah Pengorbanan Kepentingan Individu kepada Kepentingan Agama Bangsa & Negara. Inilah yang selalu Hamba berlaga angin dengan kepala-kepala grup lain. Hamba lebih menekankan kepada Pengorbanan Kepentingan Individu dan meletakkan keputusan secara musyawwarah dan bukan terletak kepada segelintir kepala-kepala yang pentingkan diri mereka dan poket mereka sahaja. 

Dalam keadaan sekarang perubahan yang dikehendaki ialah Keputusan dan Kata Pemutus itu Bukan Terletak kepada Beberapa Orang Kepala-kepala. Wajiblah tiada Pra-Keputusan. Kata Sepakat Hanya DiPerolehi Melalui Musyawwarah. Bukannya Memaksakan Keputusan Kepala-kepala ke atas lain. Itu adalah salah. 

Video klip ni telah diajukan kepada Hamba oleh beberapa rakan bloger lain. Bagi Hamba Berapa ramaikan di kalangan kepala-Kepala Grup Yang Ada Benar-benar Faham Bahasa Tun Dr Mahathir tersebut? 

Kerana pengalaman selama 4 tahun dengan kepala-kepala grup lain , Hamba mendapati Kepala-kepala Grup hendak orang lain bekerja untuk kepentingan mereka sahaja. Mereka hendak orang lain berkorbankan kepentingan diri tetapi Kepala-kepala Grup Enggan Melakukan Pengorbanan Yang Sama. 

Hamba dapati juga ada keputusan-keputusan yang tidak di bawa berbincang dan keputusan-keputusan tersebut dicemari oleh agenda-agenda peribadi kepala-kepala grup. 

Satu pertanyaan Terbuka Kepada Semua Kepala-kepala Grup .. Sampai Bila Korang Nak Reti Bahasa Tun Dr Mahahtir ?

PRU 13 TAHUN DEPAN LAAAA !!!!!!



Tokoh politik Tan Sri Abdul Aziz Tapa menjangkakan pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) akan diadakan pada tahun depan, bukannya dalam tempoh terdekat ini.

“Pilihan raya kali ini tidak sesuai diadakan dalam masa terdekat atau tahun ini sebaliknya ia lebih elok diadakan pada tahun depan,” katanya kepada Bernama di sini.

Abdul Aziz, 89, yang merupakan veteran Umno menjelaskan jangka masa tersebut dapat dimanfaatkan Umno dan Barisan Nasional (BN) untuk menyelesaikan masalah rakyat dan meningkatkan hubungan antara pemimpin parti itu dengan rakyat.

Beliau berkata wakil rakyat perlu lebih rajin “turun padang” bertemu rakyat dalam usaha mendekati dan menyelesaikan setiap permasalahan yang timbul.



Baginya gandingan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin kini mengembalikan semula sokongan rakyat terhadap BN.

Malah, penerima anugerah tokoh guru peringkat kebangsaan pada 1986 itu mengabdikan gandingan kedua-dua pemimpin tersebut di dalam sebuah pantun:
Encik Majid dengan encik Bidin,
Pergi ke Linggi naik rakit,
Gandingan Najib dengan Muhyiddin,
Macam perigi di bawah bukit.

Abdul Aziz berkata dasar serta bantuan yang dirancang kedua pemimpin tertinggi negara itu berjaya menyelesaikan pelbagai kemelut dihadapi rakyat terutama melibatkan kos sara hidup.

Sebagai contoh pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia dan Baucer Buku 1Malaysia banyak memberi manfaat kepada rakyat walaupun segenlintir pihak melihatnya sebagai pembaziran atau mempunyai agenda tertentu, katanya.

“Belanja itu dia (Perdana Menteri) beri ikut keperluan rakyat contohnya Kedai Rakyat 1Malaysia nak senangkan rakyat,” kata bekas Bendahari Badan Perhubungan Umno Melaka itu.

Beliau juga yakin BN akan memperoleh majoriti dua pertiga pada PRU-13 dengan syarat wakil rakyat yang ada harus mengikut jejak langkah Perdana Menteri dan timbalannya dengan sering bertemu rakyat dan menyelesaikan masalah yang dihadapi mereka.

sumber - Kamaluddin Idrus Blog. 

Sikit Tambah : Lagipun bilangan kerusi di Parlimen masih kekal dalam jumlah 222 dalam bilangan genap. Kemungkinan berlaku Parlimen Tergantung masih ada. Paling tidak diperlukan tambahan kerusi Parlimen menjadi ganjil. Namun itu memerlukan 2/3 majoriti Parlimen. Agak-agak boleh kowtim tak?


EDISI MANTOL: WADUUUHHHH PENGAKUAN FARID ISMETH "TAK MASUK AKAL SAYA PERNAH NIKAH DS ROSMAH"



SEBENARNYA memang banyak fitnah temberang yang sengaja di reka oleh Pakatam terhadap DS Rosmah. Dari cincin , beg tangan dan macam-macam lagi. Paling mengharukan bila bloger dan cagcai Pakatam menggelearkan DS Rosmah dengan gelaran Rosmah Puaka. Ada ke patut macam tu? Penat melayan fitnah temberang pepuak dan jejuak Lembu Kapla Hitam Dalam Roda Bergigi. Kita ni pun janganlah terlalu mudah mempercayai apa saja kata-kata orang lain. Kita selidiki dan uji dahulu kebenarannya. 

Moga-moga dengan klip video ini para cagcai Pakatam dan bloger Pakatam (yang beragama Islam) itu pandai-pandai bertaubat dan beristighfar banyak-banyak. Cukup-cukuplah buat fitnah temberang sana-sini,

EDISI SAHUR: MELAYU WAJIB ABAIKAN NIK AZIZ & PAS.



TIDAK MEMERANJATKAN bila Prof Nasoha, Prof Madya Mohd Noor Deris dan Tok Guru Pak Lah Pondok Genting menegur keras gaya hidup Nik Aziz. Ketiga-tiga ilmuwan Islam tersebut senada dan sepakat dalam menyimpulkan Nik Aziz menjalani gaya hidup yang jauh berbeza dengan gaya hidup Rasullullah s.a.w. Malah Nik Aziz lebih cenderung menyeru umat Melayu-Islam ke arah gaya hidup Iblis, Syaitan dan Dajjal Al Masikh. 

Menurut Prof. Nasoha, Nik Aziz menyeru manusia kepada PAS dan bukan menyeru manusia kepada ALLAH TA'ALA sepertimana yang dilakukan oleh junjungan mulia dan besar baginda Rasullullah s.a.w. Nik Aziz mengamalkan gaya hidup politik yang lebih cenderung dan mirip kepada gaya hidup iblis, setan dan dajjal al masikh. 

Jelas Nik Aziz menolak saranan perpaduan dan lebih cenderung menyeru Melayu berpecah-belah berhujahkan kepada pendapat peribadinya sendiri.Mendakwa bahawa PAS memperjuangkan Islam dan menyertai PAS adalah kewajiban semua Melayu-Islam adalah suatu dakwaan yang jauh tersasar daripada perjuangan Islam. 

Mengingati kembali seruan yang di buat oleh Nik Abduh anak kepada Nik Aziz di dalam Himpunan Hijau yang menyeru ahli dan pengikut PAS ke Putrajaya ! Mendakwa perjuangan PAS adalah perjuangan yang amat suci melebihi perjuangan Rasullullah. Malah mendakwa ianya seruan yang suci datang daripada Allah Ta'ala ! Na'uzubillahi-min-zalik.


Menurut Ahli Majlis Fatwa Masjidil-Haram, Sheikh Dr Sulaiman Saloomi berkata, bagi mereka yang arif dalam agama tetapi menolak perpaduan, pendirian tersebut jelas bukan disandarkan kepada ajaran Islam sebenar, sebaliknya hanya sekadar pendapat peribadi. Ini kerana, menurutnya, Islam tidak pernah menyuruh umatnya berpecah-belah, sebaliknya umatnya diperintahkan supaya bersatu-padu seperti yang dinyatakan menerusi al-Quran dan hadis.


Inilah bahayanya fahaman dan seruan yang di bawa oleh Nik Aziz anak beranak. Fahaman ini pula meresap di dalam PAS KELANTAN. Kemudian ianya disebar-luaskan ke pelusuk ceruk rantau negara ini. Perkara ini sudah terlalu lama berlanjutan. Fahaman ini sudah terlalu lama berleluasa. 


Sudah tiba masanya seluruh umat Melayu-Islam dan orang Islam di negara ini mengabaikan sahaja PAS, Pok Nik, Nik Abduh dan seluruh kepimpinan PAS Kelantan dan Pusat serta menolak mereka di mana jua. Di samping itu turut menyedarkan mereka semua untuk kembali ke pangkal jalan dan berhenti dari perbuatan ingkar mereka. 
.

KHALID G REBAH DI KAKI LEE KEE HIONG.


Pada 2011, satu pengaduan rasmi telah di buat kepada Menteri Besar Selangor dan berita mengenai keluhan penduduk di Zon 4, MPKj telah diterbitkan. Pengaduan mengenai Ahli Majlis MPKj Lee Kee Hiong yang juga merupakan ahli DAP berpengaruh di Selangor. Lee Kee Hiong ni juga melayan kakitangan MPKj macam anjing gelandangan. Belaiu juga yang buat kecoh semasa demonstrasi DONG ZHONG.


Berikut adalah salinan surat pengaduan yang telah di hantar kepada Khalid G selaku MB Selangor sejak 2011. Sehingga ke hari nie tidak diketahui samada ianya sudah di ambil tindakan atau tidak. 




Latheefa Khoya meletak jawatan sebagai ahli Majlis. Puncanya kerana disyakki melakukan perkara-perkara yang menjejaskan kepentingan ahli-ahli DAP. Tapi pemimpin DAP yang menjadi ahli majlis tidak pernah di sentuh dan diberikan teguran oleh EXCO yang bertanggungjawab kerana EXCO nya adalah ahli DAP yakni RONNIE LIU. 

Manakala Khalid G kelihatan semakin tertekan kerana berseorangan dan bersendirian dalam menghadapi semuanya itu. Akhirnya Khalid G menjadi Menteri Besar yang TAKDE KUASA POLITIK pun. Setakat boneka sahaja. 

Sebab itulah Khalid G semakin rebah di kaki-kaki pemimpin-pemimpin DAP walaupun pemimpin DAP tersebut adalah kecil berbanding beliau. Lihat sahaja gambar di bawah ini , di mana tiga bendera DAP mendominasikan SELANGORKU.


Jika Masih Tak Nampak Juga Objektif DAP , Hamba Fikir Eloklah Bertaubat Segera Sebelum DAP Menghapuskan Semua Kaum di Malaysia Ini Melalui PAS dan PKR.