Isnin, 23 Julai 2012

EDISI SAHUR: MELAYU WAJIB ABAIKAN NIK AZIZ & PAS.



TIDAK MEMERANJATKAN bila Prof Nasoha, Prof Madya Mohd Noor Deris dan Tok Guru Pak Lah Pondok Genting menegur keras gaya hidup Nik Aziz. Ketiga-tiga ilmuwan Islam tersebut senada dan sepakat dalam menyimpulkan Nik Aziz menjalani gaya hidup yang jauh berbeza dengan gaya hidup Rasullullah s.a.w. Malah Nik Aziz lebih cenderung menyeru umat Melayu-Islam ke arah gaya hidup Iblis, Syaitan dan Dajjal Al Masikh. 

Menurut Prof. Nasoha, Nik Aziz menyeru manusia kepada PAS dan bukan menyeru manusia kepada ALLAH TA'ALA sepertimana yang dilakukan oleh junjungan mulia dan besar baginda Rasullullah s.a.w. Nik Aziz mengamalkan gaya hidup politik yang lebih cenderung dan mirip kepada gaya hidup iblis, setan dan dajjal al masikh. 

Jelas Nik Aziz menolak saranan perpaduan dan lebih cenderung menyeru Melayu berpecah-belah berhujahkan kepada pendapat peribadinya sendiri.Mendakwa bahawa PAS memperjuangkan Islam dan menyertai PAS adalah kewajiban semua Melayu-Islam adalah suatu dakwaan yang jauh tersasar daripada perjuangan Islam. 

Mengingati kembali seruan yang di buat oleh Nik Abduh anak kepada Nik Aziz di dalam Himpunan Hijau yang menyeru ahli dan pengikut PAS ke Putrajaya ! Mendakwa perjuangan PAS adalah perjuangan yang amat suci melebihi perjuangan Rasullullah. Malah mendakwa ianya seruan yang suci datang daripada Allah Ta'ala ! Na'uzubillahi-min-zalik.


Menurut Ahli Majlis Fatwa Masjidil-Haram, Sheikh Dr Sulaiman Saloomi berkata, bagi mereka yang arif dalam agama tetapi menolak perpaduan, pendirian tersebut jelas bukan disandarkan kepada ajaran Islam sebenar, sebaliknya hanya sekadar pendapat peribadi. Ini kerana, menurutnya, Islam tidak pernah menyuruh umatnya berpecah-belah, sebaliknya umatnya diperintahkan supaya bersatu-padu seperti yang dinyatakan menerusi al-Quran dan hadis.


Inilah bahayanya fahaman dan seruan yang di bawa oleh Nik Aziz anak beranak. Fahaman ini pula meresap di dalam PAS KELANTAN. Kemudian ianya disebar-luaskan ke pelusuk ceruk rantau negara ini. Perkara ini sudah terlalu lama berlanjutan. Fahaman ini sudah terlalu lama berleluasa. 


Sudah tiba masanya seluruh umat Melayu-Islam dan orang Islam di negara ini mengabaikan sahaja PAS, Pok Nik, Nik Abduh dan seluruh kepimpinan PAS Kelantan dan Pusat serta menolak mereka di mana jua. Di samping itu turut menyedarkan mereka semua untuk kembali ke pangkal jalan dan berhenti dari perbuatan ingkar mereka. 
.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa