Khamis, 28 Jun 2012

DAP RASIS WAJIB DIHARAMKAN KERANA MINTA SINGAPURA CAMPURTANGAN.


The Unspinners mendedahkan lagi perbuatan khianat DAP Rasis. Sebelum ini The Unspinners dan ramai lagi bloger mendedahkan penglibatan secara langsung pegawai-pegawai diplomat Singapura di dalam BERSIH 3.0, pada kali ini didedahkan pula mengenai rayuan ahli DAP Rasis meminta PM Singapura campurtangan dalam urusan Malaysia. Mangsa kali ini ialah Tan Keng Liang yang merupakan seorang pemimpin parti komponen di dalam Barisan Nasional. 

The Unspinners mendedahkan:-
Satu lagi bukti DAP dan penyokong mereka berkiblatkan Singapura. Sekarang semakin masuk akal bukan?!! DAP lahir dari benih haram PAP yang memerintah Singapura secara autoritarian.
Kami ada maklumat mengatakan CM Penang ke Singapura sekurang-kurangnya sebulan sekali bagi melapor perkembangan projek menjajah Malaysia kepada LKY.
Ada juga maklumat bahawa setiap cawangan DAP mendapat USD/SGD 5000 sebulan bagi menjalankan gerak kerja daftar dan pindah pengundi peringkat akar umbi. Kami pernah mendengar satu cawangan DAP di Perak yang menawarkan sebuah kereta sekiranya berjaya mendaftarkan 2000 orang sebagai pengundi DAP.
BERSIH mendapat dokongan dan sokongan republik tersebut. Sebabnya mudah. Lebih baik menguruskan jiran yang duduk di bawah kelangkang daripada jiran yang setaraf dan memberikan persaingan. Tipikal Ultra Kiasu.
Sekarang apabila kita dedah niat dan perancangan tersembunyi republik tersebut membantu fuckatan untuk menumbangkan BN, ada pula penyokong DAP yang merayu bantuan PM Singapura.
Orang Melayu masih buta hati lagikah?!!
DAP menjadi ancaman keselamatan buat negara. Jabatan Peguam Negara perlu bertindak segera dan melakukan pendakwaan atau mengsyorkan agar DAP diharamkan. Pendakwaan perlu di buat segera. Jika dibiarkan bermakna seolah-olah perbuatan khianat DAP tersebut direstui. 

DAP wajib diharamkan ! 

SEBARKAN NILAI MURNI AGAR NEGARA TIDAK KACAU - RAIS YATIM.

Puak PKR sentiasa Mengocak Kemarahan Rakyat Kepada UMNO/BN Melalui Propaganda-propaganda Seperti Ini. Ini Adalah Contoh Nilai Yang Tidak Murni Yang Mampu Mengacau-bilaukan Negara.

HARI INI kita cerita mengenai perkaitan di antara Nilai Murni dengan Kestabilan Negara. dalam satu catatan di dinding mukabuku, Rais Yatim menyebut secara ringkas peri pentingnya Nilai Murni dalam Transformasi Negara. Tanpa Nilai Murni negara akan menjadi kacau. Perkara yang sama pernah disebutkan oleh DS Najib dalam meperkenalkan Wassatiyyah yakni bersikap sederhana. Tidak terlalu ekstrim dan terlalu lembik. Professor DiRaja Ungku Aziz pernah memberikan panduan katanya : Kerja Kuat, Cakap Kuat itu bagus , Kerja Malas, Cakap Kuat itu Bodoh' Baginda Rasullullah s.a.w. pun diturunkan sebagai contoh teladan akhlak mulia. 

Apakah Nilai Murni ? Nilai Murni ialah segala perbuatan dan percakapan yang membawa manafaat kepada orang lain. 

Apakah contohnya ? Contohnya ialah :-
  1. Tidak menyokong dan mengamalkan LGBTX
  2. Tidak menghina para Sultan Melayu 
  3. Tidak menghina agama Islam 
  4. Tidak menghina Thaipusam 
  5. Mematuhi Perundangan Negara
  6. Tidak berdemo di jalanan dengan melakukan provokasi melampau
  7. Tidak mengacu dan mengadu-domba sesama rakyat Malaysia. 
  8. Tidak memanipulasikan mandat Rakyat untuk merompak Rakyat.
  9. Tidak memungkiri setiap janji yang di buat.
Nilai Murni mampu di pupuk melalui pendidikan samada di sekolah , IPTA/IPTS dan di media sosial. Selain itu penguatkuasaan perundangan negara perlulah efektif. Ini tidak bermakna penguatkuasaan melalui kekuatan fizikal dan kekerasan tetapi penguatkuasaan yang efektif melalui proses mahkamah. 

Bagi maksud itu kita perlu mempunyai Jabatan Peguam Negara yang berani dan disegani pihak lawan dan kawan. PDRM sudah melalui proses Transformasi yang jitu. Hanya tingga Jabatan Peguam Negara sahaja yang belum melalui proses Transformasi menyeluruh. 

Kelemahan di segi penguatkuasaan perundangan melalui proses mahkamah akan mengakibatkan rakyat tidak menghormati perundangan. Ini membawa kepada kecelakaan kepada negara. Perundangan negara bila tidak dihormati dan di pandang enteng oleh rakyat maka akan berlaku kejahatan berleluasa. 

Hishamuddin Hussein pernah menyebutkan bahawa pihak Polis sudah melaksanakan tugasan mereka dengan baik dalam setiap siasatan dan terpulang kepada Peguam Negara untuk memutuskan samada untuk melakukan pendakwaan. 

Kita berharap agar Pejabat peguam Negara lebih peka kepada denyut nadi rakyat yang mahukan Ambiga dan penganjur BERSIH di dakwa di mahkamah. Termasuklah semua pemimpin dan orang perseorangan yang seringkali menghina dan mencabar kedaulatan dan keluhuran perundangan negara. Tanpa pendakwaan yang efektif dan nampak lemah di mata rakyat dibimbangkan rakyat yang menyokong kerajaan BN akan menyampah dan enggan mengundi BN lagi. 

Sebuah kerajaan akan menjadi sebuah kerajaan yang disukai ramai apabila di lihat mampu mnedakwa dan bertindak tegas dalam ruang litup penguatkuasaan perundangan negara. Sesuatu yang amat perlu difikirkan dengan amat serius oleh Jabatan Peguam Negara.