Khamis, 28 Jun 2012

SEBARKAN NILAI MURNI AGAR NEGARA TIDAK KACAU - RAIS YATIM.

Puak PKR sentiasa Mengocak Kemarahan Rakyat Kepada UMNO/BN Melalui Propaganda-propaganda Seperti Ini. Ini Adalah Contoh Nilai Yang Tidak Murni Yang Mampu Mengacau-bilaukan Negara.

HARI INI kita cerita mengenai perkaitan di antara Nilai Murni dengan Kestabilan Negara. dalam satu catatan di dinding mukabuku, Rais Yatim menyebut secara ringkas peri pentingnya Nilai Murni dalam Transformasi Negara. Tanpa Nilai Murni negara akan menjadi kacau. Perkara yang sama pernah disebutkan oleh DS Najib dalam meperkenalkan Wassatiyyah yakni bersikap sederhana. Tidak terlalu ekstrim dan terlalu lembik. Professor DiRaja Ungku Aziz pernah memberikan panduan katanya : Kerja Kuat, Cakap Kuat itu bagus , Kerja Malas, Cakap Kuat itu Bodoh' Baginda Rasullullah s.a.w. pun diturunkan sebagai contoh teladan akhlak mulia. 

Apakah Nilai Murni ? Nilai Murni ialah segala perbuatan dan percakapan yang membawa manafaat kepada orang lain. 

Apakah contohnya ? Contohnya ialah :-
  1. Tidak menyokong dan mengamalkan LGBTX
  2. Tidak menghina para Sultan Melayu 
  3. Tidak menghina agama Islam 
  4. Tidak menghina Thaipusam 
  5. Mematuhi Perundangan Negara
  6. Tidak berdemo di jalanan dengan melakukan provokasi melampau
  7. Tidak mengacu dan mengadu-domba sesama rakyat Malaysia. 
  8. Tidak memanipulasikan mandat Rakyat untuk merompak Rakyat.
  9. Tidak memungkiri setiap janji yang di buat.
Nilai Murni mampu di pupuk melalui pendidikan samada di sekolah , IPTA/IPTS dan di media sosial. Selain itu penguatkuasaan perundangan negara perlulah efektif. Ini tidak bermakna penguatkuasaan melalui kekuatan fizikal dan kekerasan tetapi penguatkuasaan yang efektif melalui proses mahkamah. 

Bagi maksud itu kita perlu mempunyai Jabatan Peguam Negara yang berani dan disegani pihak lawan dan kawan. PDRM sudah melalui proses Transformasi yang jitu. Hanya tingga Jabatan Peguam Negara sahaja yang belum melalui proses Transformasi menyeluruh. 

Kelemahan di segi penguatkuasaan perundangan melalui proses mahkamah akan mengakibatkan rakyat tidak menghormati perundangan. Ini membawa kepada kecelakaan kepada negara. Perundangan negara bila tidak dihormati dan di pandang enteng oleh rakyat maka akan berlaku kejahatan berleluasa. 

Hishamuddin Hussein pernah menyebutkan bahawa pihak Polis sudah melaksanakan tugasan mereka dengan baik dalam setiap siasatan dan terpulang kepada Peguam Negara untuk memutuskan samada untuk melakukan pendakwaan. 

Kita berharap agar Pejabat peguam Negara lebih peka kepada denyut nadi rakyat yang mahukan Ambiga dan penganjur BERSIH di dakwa di mahkamah. Termasuklah semua pemimpin dan orang perseorangan yang seringkali menghina dan mencabar kedaulatan dan keluhuran perundangan negara. Tanpa pendakwaan yang efektif dan nampak lemah di mata rakyat dibimbangkan rakyat yang menyokong kerajaan BN akan menyampah dan enggan mengundi BN lagi. 

Sebuah kerajaan akan menjadi sebuah kerajaan yang disukai ramai apabila di lihat mampu mnedakwa dan bertindak tegas dalam ruang litup penguatkuasaan perundangan negara. Sesuatu yang amat perlu difikirkan dengan amat serius oleh Jabatan Peguam Negara.

2 ulasan:

  1. Bagi aku tak ada "perfect goverment" di dunia skarang ni..kalau goverment skarang total korup..aku rasa dh lingkup mcm Greece atau Libya.
    Jika dilihat 54 tahun perjalanan hidup UMNO mengetuai BN sehingga kini..byk kemajuan dikecapi utk bangsa dn negara..majoriti rakyat akui dan lihat sndiri kemajuan ini.

    Tapi rakyat juga melihat sejauh mana perjalanan pemerintahan pembangkang selama 4 tahun menguruskan 4 negeri.
    Lebih kpd mencari dn mencipta kesilapan kerajaan BN sehingga terlupa membuat kebaikan untuk negeri mereka masing2. Banyak janji ditabur pada PRU-12 sehingga kini masih byk tidak tertunai.

    BalasPadam

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa