1MALAYSIA 1SUARA 1MATLAMAT
SAYANGI SELANGOR YAKINI BN
JADIKAN HARI ESUK LEBIH BAIK DARI HARI INI.
ALAM MAYA: Budaya dan sejarah Kesultanan Melayu jauh berbeza dengan sistem monarki England. Monarki England pernah ditewaskan oleh bala tentera ahli Parlimen England yang mencetuskan Magna Carta. Malah monarki England di cabar buat kali kedua oleh Oliver Cromwell dan Parlimen British dalam dua Perang Saudara Inggeris pada 1642-1648. Raja Charles 1 telah di hukum bunuh oleh Oliver Cromwell Disebabkan itulah munculnya terma Parliamentary Supremacy di dalam perundangan Perlembagaan British. Sehingga kini mana-mana Raja dan Ratu England tidak boleh memasuki ruang utama Dewan Rakyat Parlimen British. Selepas itu Oliver Cromwell menjadikan seluruh Britain sebagai sebuah Republik tulin selepas Raja England di hukum bunuh pada 1649-1658. Sepanjang tempoh itu seluruh England, Scotland dan Ireland berada dalam kancah peperangan. Republik yang ditubuhkan oleh Cromwell tidak mampu bertahan lama selepas kematian Cromwell apabila kumpulan Royalis berjaya merampas kembali Parlimen dan mengembalikan semula sistem beraja England. Akhirnya pada 1661 bersamaan ulangtahun ke 12 pembunuhan Raja Charles 1, mayat Oliver Cromwell telah di gali semula dan di hukum oleh Parlimen Britain sebagai pengkhianat. Mayatnya telah di gantung dengan rantai. Setelah itu kepala mayatnya di pancung. Badan mayatnya di buang ke dalam lubang manakala mayat kepalanya pula di sula pada sebatang kayu di hadapan bangunan Westminster sehingga 1685.
Di nusantara, tiga kesultanan Melayu Sumatera Timur yang kaya-raya dan tidak menindas rakyat menjadi fitnah puak komuns dan sosialis Indonesia pada 1948. Melalui laungan Ketuanan Rakyat, kesemua Sultan dan kerabat kesultanan Melayu Sumatera Timur telah di bunuh dan di bakar oleh puak komunis dan sosialis dalam satu malam. Adakah tindakan tidak berperikemanusiaan ini yang Pakatam mahu tiru melalui kem Utan Kayu Jakarta Timur?
Sesuatu yang menarik mengenai Oliver Cromwell ialah beliau ini seorang yang setaraf ustaz dan Tok Guru bagi agama Kristian. Beliau menggunakan Bible sebagai inspirasi melawan Raja England. Beliau sentiasa menggunakan ungkapan-ungkapan Bible di dalam ucapan-ucapannya semasa melawan Raja England. Beliau adalah seorang Puritan. Oliver Cromwell adalah seorang ahli agama Kristian dan seorang ahli politik. Anda sendiri boleh membuat perkaitan dengan Nizar Lambai dan Pas Pakatam dalam isu nombor plat.
Berbeza dengan monarki England, kesultanan Melayu tidak pernah berperang dengan Parlimen Malaysia sejak 1957. Krisis perlembagaan pada 1988 tidak membawa kepada Perang Saudara. Malah peralihan kuasa politik di antara Sultan Melayu dengan rakyat melalui Parlimen berlaku secara aman apabila kemerdekaan Malaysia di capai pada 1957. Rakyat dengan Raja Melayu bersatu menuntut kemerdekaan tanahair.
Kalau di England ada Magna Carta maka di sini kita mempunyai Wasiat 7 Raja-raja Melayu. Kita amat musykil dengan cara berpolitik Pakatam yang kelihatan mahu meniru semula dan membangkitkan sejarah hitam Parlimen Britain dengan monarki England semasa Oliver Cromwell berkuasa dan sejarah hitam di Sumatera Timur. Jika Kesultanan Melayu dihapuskan oleh Pakatam walau dengan apacara sekalipun natijahnya adalah kepada rakyat jelata juga akhirnya.
Kesultanan Melayu tidak melakukan sebarang kesalahan atau menzalimi rakyat jelata. Krisis perlantikan Menteri Besar Perak adalah kerana kedegilan puak Pakatam yang tidak mahu menghormati dan menerima keputusan ADUN pihak mereka melompat.
Adalah jelas dari cara Pakatam berpolitik mereka sememangnya mahukan sebuah Republik Tulin yang sama model dengan Republik Cronmwell tapi bersifat kecinaan cauvinis berdasarkan kepada prinsip Sosialis Religus. Jika kita terus membiarkan Pakatam menyebarluaskan fahaman revolusi ini maka akan berlakulah pertumpahan darah atau Perang Saudara Pertama di Malaysia. Kita telah melalui zaman darurat di mana rakyat jelata berperang dengan komunis. Kini rakyat jelata berhadapan pula dengan puak sosialis yang beriya mahu menjadikan Malaysia sebuah Republik, menghapuskan kesultanan Melayu, menghapuskan agama Islam, menghapuskan Hak Istimewa Melayu, menghalalkan perkahwinan sejenis, memaafkan rasuah-rasuah dan mengucar-ngacirkan keadaan aman damai selama ini. Apakah anda mahu kita terlibat dalam kancah Perang Saudara semata-mata mahu menubuhkan sebuah Republik yang bersifat anti Melayu dan anti Islam?
PAKATAM memang membahayakan rakyat Malaysia !