SHAH ALAM: Anda mungkin telah membaca artikel daripada mymassa sebuah blog pro BN yang mendedahkan penglibatan warga Singapura mengadakan kursus PACA (Polling Agent Counting Agents). Blog yang sama juga mendedahkan mengenai penglibatan beberapa diplomat asing dalam BERSIH 3.0. Selain itu anda mungkin telah membaca artikel pendedahan AIDC mengenai Kem Latihan gerila Anwar Ibrahim (bukan gerila angkat senjata) tapi gerila Perang Saraf bertempat di Komunitas Utan Kayu Jakarta Timur, Jakarta, Republik Indonesia. Kem itu dikendalikan oleh rakan-rakan Anwar Ibrahim dari bekas wartawan suratkhabar yang pernah diharamkan oleh kerajaan Indonesia. Ini mengingatkan kita kepada penangkapan bekas teman lelaki kepada Eli Wong di Batam. Sejak dua hari lepas ada yang menceritakan kepada hamba mengenai keanihan kereta-kereta nombor plat Singapura kelihatan semakin kerap kelihatan di sekitar Klang, Shah Alam dan Sepang. Ada juga yang bercerita mengenai kehadiran anak-anak tauke kedai Cina yang dulunya dikatakan telah berhijrah ke Singapura kini kembali kelihatan di rumah kedua ibubapa mereka.
Sekadar renungan buat semua, kita seringkali mendengar persepsi Pakatam mengenai PRU 13 di mana mereka mendakwa ianya akan menjadi suatu pilihanraya yang terkotor sekali dalam lipatan sejarah. Welaweh ! Puak Pakatam ini kalau bab menujum dan ramalan memang sehandal Dajal Almasikh (Dajal turut dikatakan mempunyai ciri mahir membuat andaian dan ramalan). Bila difikirkan kembali secara rasional ketidakwarasan dan ketidaksiuman persepsi Pakatam tersebut, ramalan sedemikian bertujuan menakut-nakutkan rakyat jelata. Persepsi itu juga merupakan suatu tekanan dan desakan saikologi kepada kepimpinan DS Najib. Bagi hamba sudah tentulah Pakatam akan berkata sedemikian kerana merekalh yang bakal mencetuskan segala huru-hara dan menjadi punca utama PRU 13 menjadi yang paling kotor (walaupun sebenarnya tidak sedemikian).
Fitnah adalah lebih merbahaya dari jenayah membunuh. Hukuman kepada fitnah tidak seberat jenayah membunuh menurut perundangan negara. Paling kuat pun kena saman malu jek. Membuat fitnah dan menyebarkan fitnah di Malaysia adalah semudah A. B dan C. Lalu bagaimana hendak mengatasinya? Secara jujur hamba katakan di sini hanya kesabaran yang amat tinggi serta mengambil sikap menyelidiki terlebih dahulu setiap pekhabaran adalah cara terbaik mengatasinya. Tapi berapa ramaikah di antara kita yang mampu melakukannya jika tiada yang mahu menentang fitnah-fitnah yang bertebaran dengan bersungguh-sungguh?
Adakalanya sikap berdiam diri terhadap fitnah itu lebih banyak mendatangkan kemudaratan daripada kemanafaatan. Pakatam sentiasa memarakkan api kemarahan rakyat jelata dan perkara ini sedang diredakan oleh kepimpinan DS Najib.Marilah kita bersama-sama kepimpinan DS Najib untuk menentang kejahatan fitnah Pakatam dan meredakan gelojak kemarahan yang dipaksakan ke atas rakyat jelata.
PUAK MANA YANG MERANCANG NAK KOTORKA IA ???
BalasPadamPAKATAM yang merancang hendak mengotorkan PRU bro !
Padam