Selasa, 12 Jun 2012

LEPAS SAMPAH, KRISIS AIR PASTU BANJIR, PAKATAM BUAT APA?

SAYANGI SELANGOR YAKINI BN.


PUCHONG. Dengan terbuktinya wujud Bukit Sampah di Puchong yang menjadi kawasan penempatan lipas, tikus dan nyamuk aedes, Pakatam boleh berbangga dengan limpahan air mentah tercemar yang setaraf dengan sisa buangan kilang toksik dan kandang-kandang mega khinzir. Bagi Pakatam kepentingan rakyat jelata tidak semustahak membeli 50 biji kompektor sampah bagi kegunaan kontraktor sampah yang lebih penting dari keperluan menjaga kepentingan rakyat jelata yang bakal menghadapi catuan air tidak lama lagi jika berlaku bencana alam secara tiba-tiba, Apasaja boleh berlaku pada waktu ini. 

Pakatam boleh menjanjikan Pendidikan Percuma tapi bila PTPTN dibekukan untuk memberi laluan kepada Pakatam melaksanakan janji Pendidikan Percuma tersebut, Pakatam terpaksa merayu semula supaya pembekuan PTPTN di tarik balik atas alasan BELUM BERSEDIA !

Pakatam mampu menunjukkan gambar tujuh empangan melimpah ruah dengan air mentah tapi tak mampu nak bertanggungjawab meneruskan projek LANGAT 2 . Sebaliknya memperjudikan nasib rakyat jelata dengan usul lawak penstrukturan semula konsesi air. 

Logiknya, Pakatam boleh meneruskan kelulusan Projek Langat 2 dan selepas itu boleh meneruskan rundingan mengenai penstrukturan smeula konsesi. Tapi kenapa tindakan itu tidak di ambil ? Sebaliknya Pakatam masih terus berdegil dan berkeras tanpa sebab yang wajar dan munasabah mahukan penstrukturan konsesi perkhidmatan air diselesaikan terlebih dahulu sebelum memberikan kerjasama meluluskan LANGAT 2 yang hampir siap. 

LANGAT 2 amat penting buat masa depan rakyat Selangor di mana LANGAT 2 mampu menaikkan Rizab Air Selangor ke paras yang tinggi bagi tempoh puluhan tahun di masa mendatang. Ianya juga mampu menjadi penyelamat kepada rakyat jelata jika berlaku bencana alam secara tiba-tiba. Kalau air di catu kehidupan pasti menjadi sulit dan sukar buat penghuni-penghuni flat kos rendah. Mereka tak berdosa apa-apa pun kepada Pakatam. Kenapa mereka pula bakal di hukum oleh Pakatam?

FAKTA ISU SCORPENE YANG WAJIB DIDEDAHKAN OLEH KERAJAAN.

KUALA LUMPUR: Kerajaan sewajarnya mendedahkan fakta penting mengenai isu Scorpene. Fakta yang dimaksudkan ialah mengenai tiadanya perbicaraan di  Perancis mengenai aduan SUARAM. Yang ada hanya aduan yang belum pernah kita tahu nombor failnya dan dimanakah didaftarkan (nama mahkamah dan nombor aduan rasmi). Kita juga tidak tahu samada penyiasatan telah berlangsung atau tidak. Yang kita tahu hanyalah dua orang peguam Perancis yang di lantik oleh SUARAM mengatakan begitu. Kita juga tidak tahu apakah jenis dan bentuk 159 dokumen yang dikatakan di rampas dari DCNS. Nama dokumen pun kita tak tahu. Silang rujuk membuktikan bahawa dokumen yang disebutkan oleh dua orang peguam SUARAM merujuk kepada dokumen yang sudah lama diperolehi sebelum aduan SUARAM difailkan (itupun kalau telah difailkan). Dokumen yang dimaksudkan ialah dokumen bagi penyiasatan dalam pembelian dan kontrak di antara DCNS dengan Pakistan.

Seterusnya, kerajaan patut juga mendedahkan bahawa kes pembunuhan Altantuya sudah lama selesai dan pelakunya pun sudah disabitkan kesalahan dan dijatuhkan hukuman. Selain itu, pembebasan Razak Baginda turut wajar didedahkan oleh kerajaan yang diputuskan oleh mahkamah atas bukti-bukti dan keterangan-keterangan yang kukuh dan yang telah di uji kebenarannya oleh para peguambela.

Sebenarnya apa yang hamba nak sampaikan ialah isu Scorpene ni oleh SUARAM sebenarnya satu isu yang hanya berlegar dalam ruang persepsi ciptaan PAKATAM sahaja. Mana ada rasuah dan penyelewengan pun. Pemimpin kita nie bukan kemarok sangat rasuah. Atau melakukan penyelewengan kuasa. Kes PKFZ tidak boleh dijadikan sandaran generalisasi kecenderungan rasuah dan penyelewengan kuasa bagi Scorpene. Pelakunya tidak sama dan Kementerian yang terbabit pun tidak sama. Lain belalang lain padang. Takkan sebab kes PKFZ maka kita nak simpulkan bahawa sejak dulu sampai sekarang semua kontrak kerajaan membabitkan rasuah dan penyelewengan kuasa. Huh tak terjangkau dek akal !

PAKATAM dan SUARAM hanya bermain persepsi sahaja. Mana ada fakta pun nak mengaitkan kes pembunuhan Altantuya dengan kes Scorpene secara terang dan jelas atau secara samar-samar. Berdasarkan keterangan saksi pun Altantuya datang ke Malaysia atas sebab-sebab peribadinya sendiri. Masuk akal ke kerajaan Malaysia atau mana-mana individu hendak membayar komisyen kepada seorang warga asing yang hanya terlibat sebagai jurubahasa? Sendiri mahu fikirlah !

Dalam episod-episod seterusnya kita bakal saksikan bagaimana SUARAM dan PAKATAM akan menggunakan persepsi yang jauh lebih jahat dari apa yang ada sekarang. Tugas kita mudah sahaja, kita bertanya soalan ini kepada mereka ' Berikan kontrak komisyen yang di terima oleh Altantuya' dan " Apa nombor siri pendaftaran aduan SUARAM ?' 

PENDEDAHAN BERANI ISU KRISIS AIR SELANGOR!

SHAH ALAM: SYABAS dari dulu menyedari bahawa penggunaan air semakin meningkat dengan drastik di Selangor, Putrajaya dan Lembah Kelang. Membekalkan air bersih bukan semudah meminda beberapa peruntukan di dalam konsesi perkhidmatan bekalan air atau menstrukturkan semula mana-mana perjanjian konsesi air. Masa terus berlalu. Masaalah masih tidak dapat diselesaikan. 

Kalau takat air tercemar macam ni melimpah ruah sampai membanjiri seluruh Selangor pun apa pun tak boleh nak tambah rizab air bersih yang semakin susut setiap minit

Krisis air Selangor ialah mengenai susutnya rizab air bersih yang begitu drastik menurun. Air bersih ialah air yang telah di rawat di loji rawatan air bersih. Tujuh empangan yang ada hanya menampung air mentah yang belum di rawat lagi. Waima empangan yang sedia ada melimpah ruah sehingga mampu membanjirkan kediaman rasmi MB Selangor pun, masalah rizab air bersih tak selesai juga. Masaalah air bersih ini bukan macam demonstrasi BERSIH yang kotor tu.

Bagi merawat air mentah untuk menjadi air bersih ini memerlukan loji rawatan air bersih seperti Langat 2. Krisis  rizab air berish Selangor berkait rapat dengan kapasiti loji rawatan air bersih yang sedia ada dan indeks pencemaran air mentah. Nak buat apa kalau tujuh empangan mampu melimpah ruah air mentah yang indeks pencemarannya hampir sama dengan air buangan sisa kilang kimia yang di seluruh Selangor termasuklah dari kandang-kandang mega khinzir?

Merawat air mentah yang sudah amat tercemar bukanlah semudah menapis serdak kopi dan serdak teh. Ianya memerlukan infrastruktur yang lengkap. Pembinaannya mengambil masa dalam dua ke tiga tahun. Air mentah yang di ambil dari Pahang mempunyai indeks pencemaran yang jauh lebih rendah dari air mentah yang di tampung oleh tujuh empangan di Selangor. 



Rajah bagi sebuah Loji Rawatan Air Bersih
Bukan mudah wooo nak rawat air mentah tercemar untuk menjadi air bersih
contohnya 3 gelen air mentah indeks pencemarannya tinggi hanya mampu di rawat menjadi air bersih yang hanya memenuhi sebotol air mineral  500ml sahaja dalam masa tujuh hari.
(Contoh Perbandingan sahaja sebab nak bagi cepat faham )

Ini bermakna untuk merawat air mentah dari Pahang adalah lebih cepat dan kosnya lebih murah berbanding merawat air mentah yang melimpah ruah di tujuh empangan yang di dakwa mampu membanjirkan semua rumah kediaman EXCO dan ADUN PAKATAM di Selangor termasuklah semua markas PAS yang tak pernah dibersihkan. Lebih cepat di rawat dan lebih murah kosnya makin cepat rizab air bersih mampu dinaikkan melebihi paras 20%. Jika ini berlaku maka takde lah sampai 126 kilang tak boleh di buka dan tak tertangguhlah mana-mana projek perumahan. Sudah tentulah prospek catuan air semakin rendah jika berlaku sebarang bencana alam yang tak terduga. Itupun otak pemimpin Pakatam pun tak mampu nak cerna ker?

Kapasiti loji rawatan air yang sedia ada di Selangor tak mampu nak rawat air mentah yang sama taraf dengan sisa buangan kilang toksik dan kandang-kandang mega khinzir dengan cepat dan memerlukan kos yang tinggi. PAKATAM mana nak beri duit untuk tampung kos tersebut. kalau kos buat papan iklan gergasi dan kos membazirkan duit beli 50 biji kompektor sampah itu Pakatam boleh beri ler. 

Diharapkan penerangan serba diringkaskan ini mampu dicernakan oleh anda semua. Takpa jangan bimbang. Pasal benda ini akan di terang berulangkali sampai lah anda faham betapa bahayanya anda di masa terdekat ini menghadapi prospek tinggi catuan air jika PAKATAM masih terus berlawak bengap pasal krisis air di Selangor ini. 

Apa susah pun, kasi lulu Langat 2 kemudian bincanglah pasal penstrukturan semula air. Yea tak ? Kenapa nak tangguhkan Langat 2 ? Takde sebab pun nak tangguh !