KUALA LUMPUR: Kerajaan sewajarnya mendedahkan fakta penting mengenai isu Scorpene. Fakta yang dimaksudkan ialah mengenai tiadanya perbicaraan di Perancis mengenai aduan SUARAM. Yang ada hanya aduan yang belum pernah kita tahu nombor failnya dan dimanakah didaftarkan (nama mahkamah dan nombor aduan rasmi). Kita juga tidak tahu samada penyiasatan telah berlangsung atau tidak. Yang kita tahu hanyalah dua orang peguam Perancis yang di lantik oleh SUARAM mengatakan begitu. Kita juga tidak tahu apakah jenis dan bentuk 159 dokumen yang dikatakan di rampas dari DCNS. Nama dokumen pun kita tak tahu. Silang rujuk membuktikan bahawa dokumen yang disebutkan oleh dua orang peguam SUARAM merujuk kepada dokumen yang sudah lama diperolehi sebelum aduan SUARAM difailkan (itupun kalau telah difailkan). Dokumen yang dimaksudkan ialah dokumen bagi penyiasatan dalam pembelian dan kontrak di antara DCNS dengan Pakistan.
Seterusnya, kerajaan patut juga mendedahkan bahawa kes pembunuhan Altantuya sudah lama selesai dan pelakunya pun sudah disabitkan kesalahan dan dijatuhkan hukuman. Selain itu, pembebasan Razak Baginda turut wajar didedahkan oleh kerajaan yang diputuskan oleh mahkamah atas bukti-bukti dan keterangan-keterangan yang kukuh dan yang telah di uji kebenarannya oleh para peguambela.
Sebenarnya apa yang hamba nak sampaikan ialah isu Scorpene ni oleh SUARAM sebenarnya satu isu yang hanya berlegar dalam ruang persepsi ciptaan PAKATAM sahaja. Mana ada rasuah dan penyelewengan pun. Pemimpin kita nie bukan kemarok sangat rasuah. Atau melakukan penyelewengan kuasa. Kes PKFZ tidak boleh dijadikan sandaran generalisasi kecenderungan rasuah dan penyelewengan kuasa bagi Scorpene. Pelakunya tidak sama dan Kementerian yang terbabit pun tidak sama. Lain belalang lain padang. Takkan sebab kes PKFZ maka kita nak simpulkan bahawa sejak dulu sampai sekarang semua kontrak kerajaan membabitkan rasuah dan penyelewengan kuasa. Huh tak terjangkau dek akal !
PAKATAM dan SUARAM hanya bermain persepsi sahaja. Mana ada fakta pun nak mengaitkan kes pembunuhan Altantuya dengan kes Scorpene secara terang dan jelas atau secara samar-samar. Berdasarkan keterangan saksi pun Altantuya datang ke Malaysia atas sebab-sebab peribadinya sendiri. Masuk akal ke kerajaan Malaysia atau mana-mana individu hendak membayar komisyen kepada seorang warga asing yang hanya terlibat sebagai jurubahasa? Sendiri mahu fikirlah !
Dalam episod-episod seterusnya kita bakal saksikan bagaimana SUARAM dan PAKATAM akan menggunakan persepsi yang jauh lebih jahat dari apa yang ada sekarang. Tugas kita mudah sahaja, kita bertanya soalan ini kepada mereka ' Berikan kontrak komisyen yang di terima oleh Altantuya' dan " Apa nombor siri pendaftaran aduan SUARAM ?'
Salam... Bro mohon untuk masukkan blog ini ke dalam bloglist Bro... http://www.cywarputrajaya.com
BalasPadamIni blog baru aku, blog lama akan ditutup berikutan masalah kerenah birokrasi dengan Google... Mohon untuk remove blog http://exception2008.blogspot.com/ dari bloglist (jika ada)