Isnin, 7 Mei 2012

PAKATAN RAKYAT TIPU .. TIPU .. TIPU & TERUS MENIPU.


PASCA BUSUK 3.0. CheguBard semasa menyerahkan memorandum Hendak Mendakwa Anggota Polis yang bertugas menjaga keamanan berkata " Kami mahu pihak Polis dan orang awam hubungannya terjaga" tapi di seluruh media sosial anjing-anjing Ambiga berkata ' Polis bertindak ganas !" " Marina Mahathir dalang utama kepada Ambiga" Demikian anjing-anjing Ambiga menipu, menipu, menipu dan terus menipu. Siapa yang merusuh dan siapakah yang polis ambil tindakan? RAKYAT AWAM atau PENGANUT PAKATAN RAKYAT? Ada perbezaan jauh di antara RAKYAT AWAM dengan PENGANUT PAKATAN RAKYAT. 

RAKYAT AWAM tidak semestinya PENGANUT PAKATAN RAKYAT. Siapakah yang turun pada BUSUK 3.0 yang merempuh halangan polis dan enggan menerima usul di buat di stadium? RAKYAT AWAM atau PENGANUT PAKATAN RAKYAT dan AMBIGA?

CheguBard merusuh dan mengganas bersama-sama penganut Pakatan Rakyat pada BUSUK 3.0. Yang menjerit, yang melalak dan melakukan provokasi semuanya penganut Pakatan Rakyat. Rakyat Awam di mana? Rakyat Awam / Orang Awam / Rakyat Kebanyakan tidak terlibat langsung dalam BUSUK 3.0. 

Polis mengambil tindakan ke atas Rakyat Awam/ Orang Awam/ Rakyat Kebanyakan atau ke atas perusuh yag terdiri daripada penganut Pakatan Rakyat? Si penjenayah mahu mendakwa polis kerana polis ambil tindakan ke atas rakan jenayahnya? Mana logiknya?

Begitu juga apabila penjenyah BUSUK 3.0 mula memfitnah Marina Mahathir sebagai 'Boss Besar' kepada Ambiga. Sebelum ini kemain anjing-anjing Ambiga menggunakan nama Marina Mahahtir untuk menaikkan moral kebusukan Busuk sebelum ini. Apabilla pada kali ni semua aksi ganas dan rusuhan penganut Pakatan Rakyat berjaya di rakam dan di video kan, mula lah anjing-anjing Ambiga kepanasan dan mula mahu mengkambinghitamkan Marina Mahathir. Betul lah kata Tun Dr Mahathir, pepuak itu memang suka tikam belakang.

Kini umat Islam di Malaysia bakal menghadapi keuskaran untuk menunaikan haji dan umrah gara-gara sekelompok manusia pedajjal PAS diketuai oleh Nik Abduh yang sengaja mencari pasal berdemo BUSUK 3.0 di Arab Saudi. Pendajjal tahu kerajaan Arab Saudi tidak membenarkan samasekali apajua bentuk demonstrasi. Mana-mana pihak yang melakukan demonstrasi sekecil manapun akan dikenakan sekatan selama tiga tahun tidak boleh memijak tanah suci Mekah sebagai hukuman. Seluruh umat Islam Malaysia terhukum kerana kebodohan PAS dan Nik Abduh. Kebodohan yang mengikuti kejahilan Ambiga. Kejahilan Ambiga yang dihasut oleh DAP. Hasutan DAP yang didalangi oleh PAP.

PAS DAP PKR tidak pernah memikirkan kebajikan rakyat jelata. Masaalah kritikal simpanan bekalan air bersih yang semakin menyusut di Selangor kerana kedegilan Pakatan Rakyat enggan meneruskan Projek Langat 2 bakal mengundang kecelakaan besar dan kesusahan kepada rakyat Selangor pada 2014. Unutk Maklumat dan pendedahan seterusnya anda smeua di jemput menghadiri ceramah penernagan oleh Barisan Nasional Selangor seperti poster di bawah ini. Datang jangan tak datang.


TEPUK DADA TANYA IMAN WA CAKAP SAMA LU
DAP ANTI ISLAM & MELAYU
PKR KAKI PENIPU
PAS MATI KUTU DI BULI SEKUTU

PR KURANG KEYAKINAN UNTUK MENANG PRU - TUN DR MAHATHIR.


Pembangkang dilihat seolah2 berkeyakinan untuk menawan Putrajaya. Ini dilihat menerusi ceramah2 politik mereka yang seperti biasa menjanjikan pelbagai penipuan terhadap rakyat.

Namun hakikatnya, Pembangkang jelas tidak mempunyai keyakinan untuk menang dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) menyebabkan mereka melemparkan pelbagai tuduhan untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa kerajaan sedia ada zalim dan perlu digulingkan.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, pembangkang sudah banyak kali berdepan dengan kekalahan malah sejak negara ini merdeka, mereka tidak pernah menang di peringkat pusat.

"Sebab itu mereka mahu bersedia, kalau kalah kali ini (PRU13), mereka akan cetuskan huru-hara, buat demonstrasi dan desakan yang kononnya kerajaan menipu untuk menang.

"Ini memang pendekatan pembangkang yang bertujuan menjatuhkan kerajaan melalui demontrasi, bahkan Nik Aziz (Mursyidul Am Pas, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat) sendiri turut mengatakan bahawa demontrasi ini halal," katanya pada sidang media selepas menghadiri program Wacana Tokoh Negarawan bersama penjawat awam, hari ini.

Dalam ucapannya, Mahathir berkata, pembangkang melihat bahawa mereka tidak mungkin memenangi pilihan raya atau membentuk kerajaan menerusi sistem demokrasi.

"Saya percaya pembangkang kurang yakin untuk menang dalam pilihan raya. Mereka sudah cuba 55 tahun tetapi rakyat tetap pilih kerajaan yang prihatin terhadap kebajikan, tidak pilih parti lawan.

"Ada juga negeri yang pilih mereka tetapi tidak di peringkat pusat. Mereka tidak pernah menang, sebab itu mereka sekarang ini cuba menggambarkan kerajaan ini zalim dan harus digulingkan (oleh rakyat)," katanya.

Menurutnya, usaha dan dakwaan memburuk-burukkan imej polis merupakan satu lagi helah pembangkang untuk menggulingkan kerajaan.

"Ada usaha yang sedang dibuat untuk memburuk-burukkan polis, dan menunjukkan ia sebagai satu lagi bukti kezaliman kerajaan, agar rakyat memberontak bagi menjatuhkan kerajaan.

"Betulkah kerajaan ini zalim sedangkan banyak nikmat yang sudah dikecapi rakyat selama ini. Namun mereka tetap menyatakan kerajaan zalim untuk menghalalkan tindakan yang mereka lakukan," katanya.

TEPUK DADA TANYA IMAN WA CAKAP SAMA LU
DAP ANTI ISLAM & MELAYU
PKR KAKI PENIPU
PAS MATI KUTU DI BULI SEKUTU


YANG PERLU BERSATU HATI IALAH MELAYU ISLAM.

RIDHUAN TEE ABDULLAH dalam artikel terbarunya menyatakan hasrat dan impiannya ingin melihat kesatuan di antara PAS dan UMNO bagi memastikan umat Islam terus memegang tampuk pemerintahan negara ini. Sekali imbas bernas juga idea dan ilhamnya itu. Tapi PAS mengikat ahli dan penyokong nya dengan Bai'ah kesesatan. Mana mungkin kesesatan itu mampu bercamur dengan yang haq?  Tidak mustahil UMNO mampu memenangi PRU 13 ni walaupun tidak ada kesatuan dan PAS masih memusuhi UMNO. Soal kuasa pemerintahan terletak kepada takluk kudrat dan iradat Allah Ta'ala. 

Pada pendapat hamba hanya kesatuan hati-hati orang-orang Melayu Islam dan mereka yang menghormati Melayu Islam sahaja adalah kunci kepada kemenangan orang Islam. Kemenangan orang Islam di bumi ini bermakna kemenangan sejagat. Hanya Allah Ta'ala yang memegang hati-hati semua manusia mampu mengubah hati-hati menjadi satu. Tapi Allah Ta'ala mahu menguji sejauh mana kekentalan dan kesabaran orang Islam itu sendiri. Jika mahu menang, maka perkuatkan kesabaran dan sentiasa menyeru kepada persaudaraan.

Kita masih lagi belum di uji sejauh manakah kesanggupan kita untuk mempertahankan kuasa di tangan dan hak kita di bumi yang ditakdirkan menjadi milik kita buat masa ini. Kekuatan yang di cari bukanlah kepada jumah bilangan berapa undi yang diperolehi dalam peti undi tetapi berapa ramaikah jiwa-jiwa yang sanggup memberi undi kepada pihak musuh yang jelas nyata identiti mereka. Semakin kecil yang mengundi pihak musuh semakin besarlah marin kemenangan di pihak Melayu Islam.

Malah persoalan itu tidak terhenti setakat had batasan tersebut.Kita perlu melihat pula sejauhmana para pemimpin Melayu Islam sanggup bertahan dan bersabar dengan segala kemungkaran dan perlanggaran undang-undang negara dilakukan. Saf pemimpin dengan saf pengikut haruslah ada kesatuan dan kesamaan kerana tidak mungkin ada dua orang imam yang mengimami satu jemaah solat.

Para pemimpin Melayu Islam pula harus sedar bahawa mereka perlu mencari keberanian dalam mengambil tindakan tegas. Tanpa keberanian dan ketegasan tiada satu matlamat pun mampu dicapai. Berlembut ada cara dan ada masanya. Pihak pembangkang semakin melampaui batasan sehingga sanggup mengingkari perintah mahkamah. Rakyat ingin melihat dalang-dalang Busuk 3.0 dikenakan tindakan dengan seberapa segera. 

Tindakan boleh di ambil ke atas para dalang Busuk 3.0 di atas kesalahan jenayah sengaja melanggar perintah mahkamah. AJK Pemandu Busuk 3.0 terang-terang melakukan kesalahan jenayah sengaja mengingkari perintah mahkamah. 

Para pemimpin Melayu Islam perlu bertegas dengan Peguam Negara yang kelihatan lembik tak bermaya menguatkuasakan dan mendakwa para perusuh dan dalang Busuk 3.0. Jika perlu, tukarkan saja Peguam Negara kepada orang yang mempunyai keberanian tinggi dan semangat kental untuk menghadapi pembangkang.

Kepada orang Melayu Islam semuanya sekali jika tiada kesatuan hati-hati kalian semua betapa pun PAS dan UMNO bersatu dan bekerjasama; mana mungkin kemenangan berpihak kepada orang Melayu Islam. dan ingatlah janji Allah Ta'ala yang benar dalam surah Alam Nasyroh yakni di dalam dua kesulitan itu adanya kelapangan yang besar, maka tunaikanlah satu-satu pekerjaan itu satu persatu mengikut kadarnya. Kepada Allah Ta'ala jualah kita semua berharap.

TEPUK DADA TANYA IMAN WA CAKAP SAMA LU
DAP ANTI ISLAM & MELAYU
PKR KAKI PENIPU
PAS MATI KUTU DI BULI SEKUTU