RIDHUAN TEE ABDULLAH dalam artikel terbarunya menyatakan hasrat dan impiannya ingin melihat kesatuan di antara PAS dan UMNO bagi memastikan umat Islam terus memegang tampuk pemerintahan negara ini. Sekali imbas bernas juga idea dan ilhamnya itu. Tapi PAS mengikat ahli dan penyokong nya dengan Bai'ah kesesatan. Mana mungkin kesesatan itu mampu bercamur dengan yang haq? Tidak mustahil UMNO mampu memenangi PRU 13 ni walaupun tidak ada kesatuan dan PAS masih memusuhi UMNO. Soal kuasa pemerintahan terletak kepada takluk kudrat dan iradat Allah Ta'ala.
Pada pendapat hamba hanya kesatuan hati-hati orang-orang Melayu Islam dan mereka yang menghormati Melayu Islam sahaja adalah kunci kepada kemenangan orang Islam. Kemenangan orang Islam di bumi ini bermakna kemenangan sejagat. Hanya Allah Ta'ala yang memegang hati-hati semua manusia mampu mengubah hati-hati menjadi satu. Tapi Allah Ta'ala mahu menguji sejauh mana kekentalan dan kesabaran orang Islam itu sendiri. Jika mahu menang, maka perkuatkan kesabaran dan sentiasa menyeru kepada persaudaraan.
Kita masih lagi belum di uji sejauh manakah kesanggupan kita untuk mempertahankan kuasa di tangan dan hak kita di bumi yang ditakdirkan menjadi milik kita buat masa ini. Kekuatan yang di cari bukanlah kepada jumah bilangan berapa undi yang diperolehi dalam peti undi tetapi berapa ramaikah jiwa-jiwa yang sanggup memberi undi kepada pihak musuh yang jelas nyata identiti mereka. Semakin kecil yang mengundi pihak musuh semakin besarlah marin kemenangan di pihak Melayu Islam.
Malah persoalan itu tidak terhenti setakat had batasan tersebut.Kita perlu melihat pula sejauhmana para pemimpin Melayu Islam sanggup bertahan dan bersabar dengan segala kemungkaran dan perlanggaran undang-undang negara dilakukan. Saf pemimpin dengan saf pengikut haruslah ada kesatuan dan kesamaan kerana tidak mungkin ada dua orang imam yang mengimami satu jemaah solat.
Para pemimpin Melayu Islam pula harus sedar bahawa mereka perlu mencari keberanian dalam mengambil tindakan tegas. Tanpa keberanian dan ketegasan tiada satu matlamat pun mampu dicapai. Berlembut ada cara dan ada masanya. Pihak pembangkang semakin melampaui batasan sehingga sanggup mengingkari perintah mahkamah. Rakyat ingin melihat dalang-dalang Busuk 3.0 dikenakan tindakan dengan seberapa segera.
Tindakan boleh di ambil ke atas para dalang Busuk 3.0 di atas kesalahan jenayah sengaja melanggar perintah mahkamah. AJK Pemandu Busuk 3.0 terang-terang melakukan kesalahan jenayah sengaja mengingkari perintah mahkamah.
Para pemimpin Melayu Islam perlu bertegas dengan Peguam Negara yang kelihatan lembik tak bermaya menguatkuasakan dan mendakwa para perusuh dan dalang Busuk 3.0. Jika perlu, tukarkan saja Peguam Negara kepada orang yang mempunyai keberanian tinggi dan semangat kental untuk menghadapi pembangkang.
Kepada orang Melayu Islam semuanya sekali jika tiada kesatuan hati-hati kalian semua betapa pun PAS dan UMNO bersatu dan bekerjasama; mana mungkin kemenangan berpihak kepada orang Melayu Islam. dan ingatlah janji Allah Ta'ala yang benar dalam surah Alam Nasyroh yakni di dalam dua kesulitan itu adanya kelapangan yang besar, maka tunaikanlah satu-satu pekerjaan itu satu persatu mengikut kadarnya. Kepada Allah Ta'ala jualah kita semua berharap.
TEPUK DADA TANYA IMAN WA CAKAP SAMA LU
DAP ANTI ISLAM & MELAYU
PKR KAKI PENIPU
PAS MATI KUTU DI BULI SEKUTU
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa