Selasa, 6 Mac 2012

KUDETA PENTADBIRAN EKSEKUTIF KEDAH SUATU PENGHINAAN KEPADA AMALAN DEMOKRASI DAN PERLEMBAGAAN NEGERI KEDAH.

Jawatankuasa Pemandu yang ditubuhkan oleh PAS Pusat atas alasan menyelesaikan konflik dalaman antara seorang ketua eksekutif negeri berjawatan Menteri Besar (perlantikan dan kuasa-kuasa yang ditetapkan mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah di atas perkenan Sultan Kedah) dengan dua orang EXCO Kedah sebenarnya suatu eksperimen pemecahan kuasa dan penumpukan kuasa sebuah parti politik untuk berkuasa penuh di sebuah negeri mengatasi dan menghina kuasa-kuasa Ketua Negeri dan kuasa-kuasa Dewan Undangan Negeri.

Ini bermakna DAP, PAS dan PKR mampu mentadbir sebuah negeri berdasarkan kepada polisi mereka sendiri tanpa merujuk dan bertanggungjawab kepada Dewan Undangan Negeri , menghormati Undang-undang Tubuh Negeri dan mengkesampingkan peranan institusi Raja-raja.  

Belum pernah ada dalam sejarah Malaysia di mana kemelut Menteri Besar dengan EXCOnya menjadi penyebab kudeta kepimpinan Pusat sebuah parti politik tapi PAS melakukannya tanpa merujuk kepada Dewan Undangan Negeri Kedah, Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah dan berunding dengan Sultan Kedah. PAS macam biasa ikut kepala mereka sahaja.

Nampaknya PAS memulakan sesuatu yang amat bertentangan dengan asas kenegaraan ini tanpa ramai menyedarinya implikasi dari segi kerangka perundangan dan asas Perlembagaan Malaysia. Hanya di dalam amalan sebuah negara Republik sahaja di mana kepimpinan Pusat sebuah Parti berkuasa penuh sepertimana yang dilakukan oleh PAS dalam kudeta di Kedah.

Apa yang Hamba nampak ialah kemelut MB Kedah dengan dua orang EXCO nya hanyalah sebagai pencetus kepada amalan idealisma Republika yang begitu halus dengan perancangan teliti. Jika kita analisa betul-betul, kewujudan Jawatankuasa Pemandu adalah sama dengan peranan Jawatankuasa Pusat di sebuah negara Republik.

Sedangkan di dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah dan di dalam Perlembagaan Malaysia tidak mengesahkan dan mengizinkan sebuah Jawatankuasa Kudeta yang haram seperti Jawatankuasa Pemandu Kedah tersebut ditubuhkan tanpa sebarang sanksi oleh Dewan Undangan Negeri Kedah dan perkenan Sultan Kedah berdasarkan kepada Undang-undang Tubuh Kedah. 

Jawatankuasa Pemandu tersebut juga berperanan sepertimana Sistem Residensi di zaman penjajahan imperial British suatu ketika dulu. Hamboi ..... Hamba mohon lah kepada semua agar kita mendesak PAS PUSAT tidak campurtangan dalam pentadbiran Eksekutif Kedah yang mana sepatutnya PAS PUSAT menyelesaikannya melalui saluran parti ataupun melalui perundangan Undang-undang Tubuh Negeri Kedah. Bukannya menubuhkan sebuah Jawatankuasa Pemandu tanpa sebarang sanksi daripada Dewan Undangan Negeri Kedah dan perkenan Sultan Kedah, Perbuatan sedemikian itu menghina dan melanggar keluhuran perlembagaan negeri Kedah, kedaulatan undang-undang dan kuasa-kuasa Sultan Kedah.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

LYNAS: BAHAN SISA BUANGAN KILANG DI HANTAR KE LUAR NEGARA.

Dalam perkembangan terbaru, syarikat Lynas (M) Sdn Bhd bersetuju menghantar bahan sisa buangan hasil pemerosesan kilang itu ke luar negara. Surat Jaminan untuk melakukan demikian telah diberikan kepada kerajaan menurut Mustapha Mohammed Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Kerajaan sememangnya berpuashati bahawa tidak ada bahan residual radioaktif dalam sisa buangan hasil pemerosesan kilang, langkah itu di ambil sebagai langkah tambahan mengambilkira cadangan IAEA Agensi Tenaga Atom Antrabangsa. Ianya juga sebagai pengotaan janji yang di buat oleh DS Najib di mana sisa bahan buangan hasil kilang Lynas akan di buang jauh dari penempatan penduduk. Jika Lynas tidak memperolehi Kemudahan Perlupusan Tetap (PDF) jauh dari penempatan penduduk/awam, sisa bahan buangan tersebut akan di hantar ke luar negara. 

Jadi tidak perlulah menutup kilang Lynas tersebut kerana persetujuan dan pencapaian alternatif telah diperolehi. Janganlah pula selepas ini Mustapha Mohammed dan Adnan Yaakob dikriritik dan di kccam di atas keputusan tersebut kerana kebimbangan Fuziah Thoron ialah mengenai sisa bahan buangan. yang di dakwa beradioaktif sedangkan dakwaannya itu adalah palsu.

Hamba setuju lah. Bagaimana kalu halaman rumah kediaman rasmi Ketua Menteri P.Pinang, rumah Fuziah Thoron, rumah Mahfuz Omar dan stor ibupejabat PKR DAP PAS dijadikan PDF. Maklumlah mereka kan mempunyai kepakaran dan teknologi yang amat tinggi untuk melupuskan dan meneutralisasikan mana-mana bahan sisa buangan kilang nadir bumi. Tengok saja kepakaran PKR dalam isu sampah di Selangor yang dilupuskan secara bioteknologi tinggi di mana dibiarkan bertimbun-timbun di tepi jalan dan bekalan air di Kelantan di mana airnya sentiasa kerohagi memastikan kualiti air yang tinggi. Begitu juga di Pulau Pinang bagaimana berjayanya kempen alam sekitar DAP sehinggakan sungai-sungai di Pulau Pinang semakin diperkayakan dengan baja-baja organik hasil sisa buangan dari ladang-ladang kerbau pendek, sampah sarap dan sisa buangan kilang-kilang. Sebab itulah Pedofilia Regim amat sesuai dijadikan PDF kerana otak mereka pun dah macam PDF jugak.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

MAHFUZ OMAR SATU KAJIAN SAIKO-ANALISA PASCA -SUB ATOMIK KEPALA HOTAK BELIAU NAK JADI PM.

 

Anda patut membaca analisa menarik dan terpenting di alaf ini mengenai Mahfuz Omar di blog GERAKAN ANTI PKR Ianya sebuah analisa terpenting bagi penemuan saintifk terbaru bakat terpendam di peringkat sub-atomik dalam kupasan jitu dan menyeluruh mengikut displin Teori Relativiti yang mendepani pelbagai rumusan dan ramalan di dunia saiko-analisis berdasarkan teori metafizik bermodelkan Kuantum Fizik. Di akhir artikel tersebut, suatu persoalan muncul .... yakni .... Apa pendapat anda jika Mahfuz Omar menjadi PM Malaysia ? Jawapan hamba (setelah membaca saiko-analisis sub-atomik kuantum fizik -GAP) ialah KEPALA HOTAK MAHFUZ OMAR.

TEPUK DADA TANYALAH IMAN!

AKU NAK JADI RAJA MEDIA SOSIAL .. JANGAN JADI SIYAL DAH LER.

Peringatan Dan Sebagai Memperkayakan Budi Bahasa Selain Memperkayakan Khazanah Minda Melayu ... Tak Guna Kaya Khazanah Minda jika Miskin Budi Bahasa.

Hamba tertarik dengan isu yang cuba dibangkitkan oleh Prapukari mengenai gerakan sulit dan menyulitkan pihak lain untuk menjadi penggerak utama media sosial di negara ini yang bakal berperanan sebagai 'Pencatur Raja'. Perkara ini pernah dibangkitkan oleh rakan bloger Sanggah Tok Janggut. Hamba pernah mengulas mengenainya dalam bentuk pertanyaan. Hamba agak skeptik mengenainya. Tapi Hamba berfikir semula ..

Andaikata ianya benar bagaimana ? Jika ianya betul dan benar maka Malaysia berada dalam Zon Bahaya DEFCON ke 5. Peranan media sosial di negara ini amat besar sehingga mampu menaikkan mana-mana malaon ke singgahsana takhta di Putrajaya. Apakata jika diandaikan adanya grup malaon yang ingin menaiki singgahsana takhta di Putrajaya? Tidakkah ini bermakna keberadaan penulis maya bebas seperti hamba dan rakan-rakan lain akan menjejaskan peluang para malaon tesebut? Sila baca di pautan ini:-



TEPUK DADA TANYALAH IMAN!

PENDEDAHAN TUN M YANG BUAT ANWAR BIN ISRAEL & PEDOFILIA RAKYAT NAMPAK TOLOL.


Insiden penangkanpan 10 orang barua rakyat AS pengacau dari beberapa buah NGO iaitu National Democratic Institute (NDI) International Republican Institute (IRI) dan Freedom House oleh pihak berkuasa Mesir mencetuskan komen negawaran ulung Tun Dr Mahathir . Berita mengenai penahanan tersebut anda boleh ke pautan ini THEDAILYBEAST-NEWSWEEK. dan EGPYT INDEPENDENT. Insiden itu baru sahaja berlaku. 

Ayahanda Tun Dr Mahathir menyebutkan:-

"Campurtangan AS dalam gerakan untuk menjatuhkan kerajaan negara-negara yang tidak sebulu dengannya amatlah jelas. Apa yang sedang dilakukan oleh Amerika Syarikat di negara Arab sudah tentu dilakukan juga di Malaysia.Di antara mereka yang ditangkap adalah ahli kepada National Democratic Institute (NDI), International Republican Institute (IRI) dan Freedom House, dan kesemua mereka menurut Newsweek telah “memperolehi dana daripada AS”." 

"Mereka kononnya tidak puas hati dengan dasar kerajaan berkenaan hak asasi manusia termasuk seksualiti bebas (menghalalkan zina, perkahwinan sejenis, menghapuskan institusi perkahwinan dan kekeluargaan dan liwat). Sebenarnya tujuan mereka ialah untuk menjayakan hasrat Amerika Syarikat untuk melakukan "regime change" supaya Malaysia menjadi alat Amerika Syarikat,"

"Sudah tentu setelah Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri Malaysia, tuntutan NGO-NGO berkenaan akan dihalalkan. Sebagai penyokong kuat Israel, AS tetap akan memujuk Anwar supaya mengadakan hubungan diplomatik dengan negara Yahudi itu,"

"Malaysia merdeka. Tetapi apabila kuasa asing dapat menukar kerajaan dengan pelbagai cara yang haram, apakah Malaysia akan terus merdeka?"

"Tetapi terpulanglah kepada rakyat Malaysia. Jika mereka suka Malaysia menjadi alat Amerika Syarikat (penyokong kuat Israel), sokonglah puak yang menerima bantuan dan sokongan Amerika Syarikat, tetapi jika kita ingin betul-betul merdeka, tidak dikongkong oleh Amerika Syarikat dan sekutunya, tolaklah mereka yang sanggup diperalatkan oleh Amerika Syarikat untuk menukar kerajaan,"

Kita tidak nafikan peranan-peranan negatif yang dimainkan oleh NGO-NGO pro pakatang yang cuba menggulingkan kerajaan yang sah dengan cara haram. Dah diaorang pun suka benda haram-haram. Nama je nampak suci bersih tapi fungsinya adalah haram belaka. Ikut je nasihat ayahanda Tun dr Mahahtir beliau hidup sebelum merdeka, terlibat dalam gerakan mendapatkan kemerdekaan, mengisi kemerdekaan pendekata beliau dan Malaysia adalah sinonim. Jangan lawan cakap orangtua. Padah nantinya,

TEPUK DADA TANYA IMAN!

SEMAKIN RAMAI TOK SIAK PAS MENCABUL KANAK-KANAK DI MASJID.


MASJID AR RAHMAN YANG TERLETAK DI TENGAH-TENGAH BANDAR KUALA KUBU  BHARU PUN TIDAK SELAMAT BAGI KANAK-KANAK DARI GANGGUAN SEKSUAL TOK SIAK & LEBAI KERA PAS.

Sembang kedai kopi terhangat di bandar Kuala Kubu Bharu Hulu Selangor ialah mengenai kejadian cabul oleh seorang Tok Siak PAS ke atas seorang kanak-kanak perempaun di perkarangan masjid Ar Rahman. Perkarangan Masjid ! Bukan di tandas .. bukan di rumah ... bukan di PASTI ... tapi di Perkarangan Masjid! Tok Siak berkenaan telah di tahan reman dan di dalam siasatan polis. Wow ! Apa dah jadi  dengan lebai dan tok siak PAS sekarang ini sejak PKR memegang Exco Hal Ehwal Agama Islam Selangor? 

Bahkan Penasihat Agama kepada MB merangkap Exco Hal Ehwal Agama Islam Selangor pun kantoi berkhalwat dengan bini orang di Kuantan! Bikin malu dan beri aib kepada nama Sultan Selangor dan agama Islam. Malu nya.

Sebelum dari itu Setiausaha PAS dan Ketua Kampung , Lebai Kera PAS juga ler, turut di tahan kerana mencabul kanak-kanak. Di Utara seorang kanak-kanak lelaki mati akibat di dera keterlaluan oleh Lebai Kera PAS juga. Ketua Ranting PKR Seri Geriang Hulu Bernam pun turut di tahan kerana mencabul anak tiri sebelum ini.

Gejala penderaan fizikal dan seksual ke atas kanak-kanak di kalangan lebai kera PAS begitu membimbangkan sekali. Mengikut terma perubatan gejala tersebut dikenali sebagai Pedofilia. Berdasarkan kepada diagnosis perubatan gejala Pedofilia ini merupakan Gangguan Saikologi di kalangan orang dewasa yang teruja dan naik berahi dengan kanak-kanak yang belum akil baligh. Puncanya ialah kerana sifat rendah diri keterlaluan, tidak mahir bermasyarakat yang disebabkan pula oleh sifat agresif-pasif. 

Hamba dok terfikir adakah punca-punca dan sebab musabab gejala pedofilia di kalangan lebai kera PAS dan PKR ini kerana Budaya dan indoktrinisasi politik mereka? Ya ler .... Pedofilia ini adalah gejala gangguan saikologi. Kita semua maklum krusus-kursus indoktrinisasi dan budaya politik PAS dan PKR ini. Ganeh.

Dah lah ganeh asik mendesak ahli dan penyokong melakukan keganasan dan bersikap agresif. Kutuk, maki hamun, bermulut celupar serta bersikap keras kepala. Sentiasa hendak menang dan sentiasa mempersalahkan pihak lain atas kejahatan sendiri. Di tambah lagi dengan ajaran-ajaran dan dogma-dogma karot-marot serta ritual keagamaan yang songsang termasuklah amalan bida'ah dhalolah seperti Bai'ah Talak tiga, Wala' , takfir, assobiyah, demonstrasi, bughah dan tsiqah serta Tahaluf Siyasi yang disongsangkan.

Adakah itu semua menjadi punca-punca kepada gejala Pedofilia semakin ketara di kalangan lebai kera PAS dan PKR? Ada kemungkinan ianya betul dan benar belaka. Itu semua berkaitan dengan pembinaan minda dan sikap. Ahli dan penyokong PAS dan PKR di basuh otak mereka dengan begitu teruk sekali untuk menjadi 'Agen Perubahan' drastik dan bersemangat 'Revolusioner'. 

Semuanya itu adalah amplifikasi sikap dan sifat negatif dalam diri manusia. Kesemuanya itu membuka kunci-kunci pasif-agresif dalam diri manusia. Dan sudah tentu apabila sentiasa memaki hamun dan memusuhi orang lain ianya menjejaskan kemahiran bermasyarakat. Orang akan menjauhi diri. Bila terasa diri diasingkan dan dipulaukan oleh masyarakat dah tentu ianya membawa kepada sifat rendah diri keterlaluan. Perkara-perkara itu pula menyumbang kepada perkembangan gejala Pedofilia dalam diri ahli dan penyokong PAS dan PKR.

Anda lihat sahaja reaksi orang PAS dan PKR apabila BR1M, KR1M, PR1MA, 1Malaysia, Wassatiyah dan permohonan maaf DS Najib di keji dan di kutok oleh mereka. Rakyat semakin menyampah dan menjauhkan diri mereka. Bandingkan lah dengan cara dan kaedah Barisan Nasional pula. Bagaimana Barisan Nasional mendidik setiap jiwa agar bersifat wassatiyah tidak ekstrim. 1Malaysia menyeru kepada perpaduan dan semangat keharmonian. Tidak mengajar dan mengajak rakyat Malaysia bertelingkah dan mencetuskan konflik.

Tengok pula slogan PKR dan PAS yang menyeru, mendidik dan mengajar rakyat Malaysia menjadi ganeh, bersangka buruk dan sentiasa mencurigai pemerintah melalui slogan-slogan ' Jom Ubah' .. 'Lawan Tetap Lawan' ... ' Perubahan Regim' ... CAT yang mengharuskan rasuah dan penyelewengan kuasa ... Seksualiti Merdeka .... Kebebasan Murtad ...Ketuanan Rakyat dan bermacam-macam lagi benda-benda yang negatif dan ekstrim.

Fikirlah dalam-dalam setiap undi yang anda berikan kepada Regim Pedofilia Rakyat adalah satu sentuhan cabulan ke atas kanak-kanak. Fikir betul-betul. Fikir masak-masak. Apaguna ada Hudud jika semua lebai kera dan penasihat agama PAS dan PKR mampu mencabul kanak-kanak dan berkhalwat dengan bini orang serta kegiatan seks luar tabie' semakin menjadi-jadi. Inilah akibatnya apabila seorang diktaktor dan boneka dijadikan Exco Hal Ehwal Agama. Adakah anda mahu Malaysia ini menjadi Hub Penyelidikan Perubatan terkemuka bagi gejala Pedofilia dan amalan gay serta lesbian?

TEPUK DADA TANYA IMAN!