Selasa, 6 Mac 2012

AKU NAK JADI RAJA MEDIA SOSIAL .. JANGAN JADI SIYAL DAH LER.

Peringatan Dan Sebagai Memperkayakan Budi Bahasa Selain Memperkayakan Khazanah Minda Melayu ... Tak Guna Kaya Khazanah Minda jika Miskin Budi Bahasa.

Hamba tertarik dengan isu yang cuba dibangkitkan oleh Prapukari mengenai gerakan sulit dan menyulitkan pihak lain untuk menjadi penggerak utama media sosial di negara ini yang bakal berperanan sebagai 'Pencatur Raja'. Perkara ini pernah dibangkitkan oleh rakan bloger Sanggah Tok Janggut. Hamba pernah mengulas mengenainya dalam bentuk pertanyaan. Hamba agak skeptik mengenainya. Tapi Hamba berfikir semula ..

Andaikata ianya benar bagaimana ? Jika ianya betul dan benar maka Malaysia berada dalam Zon Bahaya DEFCON ke 5. Peranan media sosial di negara ini amat besar sehingga mampu menaikkan mana-mana malaon ke singgahsana takhta di Putrajaya. Apakata jika diandaikan adanya grup malaon yang ingin menaiki singgahsana takhta di Putrajaya? Tidakkah ini bermakna keberadaan penulis maya bebas seperti hamba dan rakan-rakan lain akan menjejaskan peluang para malaon tesebut? Sila baca di pautan ini:-



TEPUK DADA TANYALAH IMAN!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa