Khamis, 26 Januari 2012

SAYANG MELAYU KU : PERDEBATAN BUKAN UKURAN KEPADA SEBARANG NILAI.




بْغَضُ الرِّجَالِ إِلىَ اللهِ اْلأَلَدُّ الْخَصِ

“Orang yg paling dibenci Allah adalah yg suka berdebat.”




AAKJ.



Perlu ke Najib menyahut cabaran Anwar Ibrahim untuk berdebat? 
Untuk manafaat siapa ?
Apa yang boleh diperolehi daripada perdebatan?
Adakah perdebatan mampu memajukan ekonomi ?
Adakah tidak menyahut cabaran berdebat itu menjadikan seseorang itu lebih pengecut daripada Anwar Ibrahin yang tidak berani bersumpah di dalam mahkamah, menyaman mana-mana pihak atas video seksnya dan tidak mampu memberitahu dimanakah jam tangan Omeganya sendiri.

Orang Melayu wajib sedar bahawa perbalahan sesama sendiri perlu dihentikan manakala pemimpin Melayu wajib sedar sudah tiba masanya mereka mengembalikan semula kemewahan mereka kepada orang Melayu lain.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

SAYANG MELAYU KU : ARIFF SABRI MEMBUKA PEKUNG SENDIRI

[

Ariff Sabri mula membuka pekung-pekungnya sendiri di dalam UMNO dulu. Pendedahan Ariff Sabri dijadikan bahan propaganda A.B.U di fesbuk sebagai bahan fitnah tersohor. Antara lain propaganda fitnah yang dikemukan oleh Ariff Sabri ialah:-
  1. Elitis UMNO sepertinya mengeksploitasi Ketuanan Melayu untuk memperkayakan diri sendiri;
  2. Pemimpin UMNO sepertinya tidak memperjuangkan nasib dan kebajikan orang Melayu;
  3. Orang Melayu yang pernah menikmat pelbagai keistimewaan  daripada UMNO sepertinya amat suka mengkhianati Melayu dan memburukkan UMNO.
Memang patutlah beliau keluar dari UMNO kerana beliau mengkhianati orang Melayu dengan jawatan yang di pegang olehnya. Apabila pengkhianatan dan kejahatan beliau terbongkar maka beliau memburukkan UMNO melalui platfom musuh Melayu yakni DAP rasis. 

Fikirkan, semua bekas pemimpin UMNO sepertinya dan seperti Anwar Ibrahim semasa di dalam UMNO dahulu apakah yang mereka lakukan untuk orang Melayu?

Adakah pendedahannya merujuk kepada pemimpin UMNO yang ada sekarang atau sebenarnya membuka pekung-pekung busuk bekas-bekas pemimpin UMNO sepertinya yang kini terbuang dari UMNO.

Beliau tidak di pecat dari UMNO sepertimana Hasan Ali di pecat mahupun lebih 50 orang pemimpin PKR dan DAP yang di pecat oleh elitis DAP dan PKR.

Kata-kata siapa yang layak dipercayai? Bagi fikiran hamba sudah tentulah mereka yang di pecat dari PKR PAS dan DAP lebih dipercayai daripada bekas pemimpin UMNO seperti Ariff Sabri yang relahati keluar UMNO dan masuk DAP. Sudah tentu beliau mempunyai motif dan niat jahat bersifat peribadi terhadap UMNO.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

MALAYSIAKU POLITIK PELIK: JINGGA 13 KUTUK DS ROSMAH ???

JINGGAY 13 amat hairan kenapa sehingga sekarang tiada sebarang tindakan oleh pimpinan PAS,PKR,DAP terhadap pelbagai laporan yang dibuat terhadap tabiat berpoya-poya Anwar Ibrahim Mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang kini merupakan Ketua Umum Pakatan Rakyat yang terbukti melakukan seks melampau bersama seorang pelacur China. Adakah PAS,PKR,DAP hanya khusus untuk mengadili ahli parti biasa dan terlalu dayus untuk menyingkirkan Anwar Ibrahim Ketua Umum Pakatan Rakyat?
Di saat seluruh rakyat Malaysia berdepan dengan janji janji palsu Pakatan Rakyat dan korupsi pemimpin Pakatan Rakyat, dalam keadaan rakyat berpendapatan rendah dan golongan miskin ditipu hidup hidup Pakatan , Ketua Umum Pakatan Anwar Ibrahim melakukan seks bebas tanpa segan silu terpapar diseluruh negara. Di manakah moral seorang ketua Umum untuk beliau terus memimpin Pakatan Rakyat? Gelaran Anwar Al Juburi, Kote Bengkok dan bermacam lagi diberikan rakyat kepada beliau.
JINGGAY 13 meminta seluruh rakyat Malaysia membuka minda dan hati agar bangkit mempersoalkan di manakah moral Anwar Ibrahim sebagai seorang pemimpin Pakatan Rakyat? JINGGAY 13 juga meminta agar pemimpin PAS, DAP, PKR untuk menilai semula apakah relevan Anwar Ibrahim sebagai ketua Umum bagi menghadapi Pilihanraya ke 13 nanti?
PAS, DAP, PKR harus bertindak adil dan profesional dan bukan bertindak dwi-standard. JINGGAY 13 benar-benar hairan dengan tindakan menikus pemimpin PAS, DAP, PKR terhadap masaalah moral dan seks bebas yang dimiliki oleh Anwar Ibrahim yang dilihat melampau dan keterlaluan sebagai seorang pemimpin masyarakat.
JINGGAY 13 MENCABAR Anwar Ibrahim untuk menyaman Dato Eskay, Blogg Papa Gomo, Dan blogg blogg lain yang mengeluarkan Video aksi Seks beliau bersama pelacur China Doll jika ianya adalah satu fitnah dan karut . Dato Seri Anwar Ibrahim wajar mengambil tindakan undang-undang terhadap semua yang terlibat memfitnah beliau dengan laporan yang tidak benar dan fitnah.
Sesiapa pun boleh menafikan dan menganggap menjadi mangsa atau ianya adalah merupakan berita karut , liar dan tidak benar. Sedangkan tiada sebarang tindakan undang-undang diambil terhadap segala laporan dan sebaran yang dibuat . Adalah memalukan dengan perlakuan sumbang dan seks songsang Anwar Ibrahim yang merupakan ketua umum Pakatan Rakyat menjadi bualan dan dilaporkan di beberapa negara serta yang tidak pernah dilakukan oleh mana mana pemimpin sebelum ini di Malaysia dan negara Luar.
FARIZ MUSA
Ketua Koordinator JINGGAY 13
Papa Gomo menulis beliau pelik dengan kenyataan J13 kerana selama ini J13 paling kuat mempertahankan Anwar Ibrahim. Dalam politik Malaysia yang begitu anih dan pelik, sesuatu pihak berkepentingan akan bertukar arah bilamana merasai mempunyai kekuatan yang mencukupi untuk membalun pihak lain. dalam hal PKR, kenyataan J13 di lihat sebagai memberikan jalan keluar secara terhormat buat Anwar Ibrahim bertujuan memberi laluan kepada Nurul Izzah. Nampaknya Azmin Ali sudah menjadi  'Anwar Ibrahim Ke 2'

TEPUK DADA TANYA IMAN!

MALAYSIAKU ANIH: UMNO WUJUD SEJAK ZAMAN NABI???


Sejak Hasan Ali di pecat dari Parti Adat & Sosial, penyokong dan ahli Parti Adat & Sosial semakin jahil di bawah kepimpinan Anwarinas Sekular. Parti Adat & Sukan/ Sosial/Sekular semakin keliru dalam agama.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

KETUA AUDIT NEGARAKU AJAIB: 3 BULAN BUAT TAK TAU.


3 bulan buat tak tahu dan buat bodoh di atas kekeliruan NFC dan NFCORP. Dulu pernah menjadi KSU KPM. Banyak projek terbengkalai. Pentingkan diri sendiri dan imejnya? Sila baca selanjutnya DI SINI

TEPUK DADA TANYA IMAN!

MALAYSIAKU HAIRAN: KIT SIANG MARAH DIKANTOIKAN DALAM ISU NFC.


Beberapa siri kejayaan fitnah mega DAP sebelum ini kepada beberapa pemimpin BN dan UMNO menjadikan Kit Siang begitu berang apabila beliau merasai bahang kekalahan dalam isu NFC untuk mengujudkan persepsi adanya 'Skandal Kewangan RM336.64 juta' tanpa memberikan sebarang bukti.

Sebelum dari isu NFC ini, DAP telah berjaya memfitnah :-
  1. Fitnah skandal PKFZ yang membawa kepada pendakwaan bekas presiden MCA; 
  2. Fitnah 'Banglo Mewah' arwah Datuk Z Kelang yang membawa kepada kematian Datuk Z dan kejatuhan kerjaya politiknya; 
  3. Fitnah 'Rasuah Banglo Puluh Juta' Khir Toyo yang membawa kepada sabitan hukuman ke atas Khir Toyo (Dalam proses Rayuan)
Itu dulu. Sewaktu kegagalan polisi Reformasi K.J. di mana jentera bebas pro BN / UMNO belum wujud dan amat berpengaruh seperti sekarang. Pada masa itu jika Kit Siang memfitnah mana-mana pemimpin BN dan UMNO , tidak ada sebarang pembelaan di pihak terfitnah. Sekarang jangan. Silap haribulan Kit Siang mampu masuk ICU (terkena strok serius) apabila fitnah-fitnah busuk dan jahat DAP rasis di tentang habis-habisan.

Kit Siang begitu berang apabila Datuk Sri Mohd Salleh berjaya membuktikan putar belit dan pembohongan DAP rasis dan PKR dalam isu NFC.  Dalam artikel di bawah ini, Kit Siang masih cuba menegakkan benang basah fitnah tololnya dalam isu NFC.

Kit Siang cuba mempengaruhi dan sengaja membuat hasutan berniat jahat terhadap NFCorp dengan melemparkan tuduhan palsu tanpa asas kononnya Datuk Sri Mohd Salleh cuba mengelak daripada bertanggungjawab di atas 'Skandal Kewangan' yang sememangnya tidak wujud. Tuduhan itu hanya wujud dalam kotak pemikiran rasis Kit Siang sahaja.




Lihatlah bagaimana Kit Siang membuat putarbelit mengenai jumlah wang dengan bermain jumlah pula yakni dari RM250 juta kepada RM336.64 juta. Tapi dimanakah bukti yang dikemukan oleh Kit Siang bagi mendakwa bahawa berlakunya 'Skandal NFC' seprtimana dakwaannya? Ada ? Tidak ada. Sebaliknya Kit Siang hanya membuat tuduhan melulu dan fitnah jahat sahaja.


Artikel di atas oleh Kit Siang bukan suatu kritikan sebaliknya merupakan suatu fitnah. NFCorp, NFC, Ketua Audit Negara malah UMNO boleh menyaman Kit Siang di atas artikel fitnah itu. Malah Kit Siang cuba bermain dengan 'Semantik' apabila sengaja salah eja 'Feedlot' dengan ejaan salah 'Foodlot'. Adakah Kit Siang mula terasa bahawa pada kali ini fitnah NFC bakal memakan diri dan menjahanamkan DAP?

TEPUK DADA TANYA IMAN!

SELANGORKU AJAIB: EXCO MULTI-AGAMA ,PARTI ADAT & SOSIAL JADI TIANG UNTUK TASHA SHILA???


Tahniah buat EXCO Multi-Agama dan Parti Adat & Sosial kerana berjaya mempromosikan 'Tarian Tiang" sebagai bentuk Riadah golongan muda terutama wanita dalam kawasan tertutup. Selain mempromosikan konsert gitar karan pada malam sambutan tahun miladiah untuk menyebarkan ilmu agama kepada kaum muda.


Tersebar suatu kisah khabar angin yang belum dapat dipastikan kebenarannya mengenai "Tarian Tiang' oleh Tasha Shila yang baru pulang dari Australia dalam satu majlis tertutup dalam sebuah pusat hiburan meraikan sambutan harilahir ke 25. 

Sumber MPP dari Rotikaya. 
TQ MPP RotiKaya.

Komen Hamba .... harap ini hanya gosip liar kerana dibimbangkan nanti pusat hiburan itu bakal menjadi kunjungan tetap VVIP Parti Adat & Sosial yang amat terkenal kegemaran 'Ber-Riaddah' di waktu malam bagi mencergaskan minda dan tubuh badan untuk melakukan ritual 'Qiamulail Solat Taubat' dan SOLAT HAJAT PERDANA di stadium berimamkan EXCO Multi-agama.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

KAPALTERBANG PUN DAPAT SAMAN TRAFIK UDARA?


Daripada GAP. AirAsia di saman keran tidak menyatakan harga tambang penuh perkhidmatannya. Senyuman di lapangan terbang,

TQ GAP.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

SELANGORKU AJAIB: RM5 JUTA UNTUK RATU SAMPAH SELANGOR TARI TIANG.


Daripada Bro Jinggo daripada AAKJ berkenaan isu sampah-sarap kategori sampah pepejal harian (tak termasuk sampah masyarakat) menulis:
Dalam bajet kerajaan Negeri Selangor 2012, sebanyak RM300juta diberikan untuk geran SELANGORKU.
RM300 juta untuk ‘Geran Selangorku’
SHAH ALAM:Kerajaan Negeri Selangor memperuntukan sebanyak RM300 juta di bawah ‘Geran Selangorku’ bagi melaksanakan program-program yang berfaedah untuk rakyat. 
Menteri Besarnya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, geran itu berasaskan dana sumbangan dividen daripada syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC) Selangor dan keuntungan yang diperolehi Menteri Besar Incorporated (MBI) yang berjaya mengutip hutang lapuk dari Talam Corporation Sdn Bhd.
Daripada jumlah tersebut, RM5juta disediakan untuk alam sekitar di bawah seliaan Elizabeth Wong. 
Namun, apakah ertinya pemuliharaan alam sekitar sekiranya pemeliharaan pun gagal disempurnakan oleh Kerajaan Negeri?
Teruskan membaca pendedahan isu samn pah di sini...


Komen Hamba ... semasa pembentangan Bajet 2012 Khalid G berkata GERAN SELANGORKU AJAIB disalurkan terus kepada rakyat. Mungkin Hamba tersilap dengar perkataan 'Pakatan' sebelum Rakyat di sebut. Maklum Khalid G ni romantika di nasi kangkang. Apa boleh bikin semakin ramai pemimpin politik Pakatan menjadi hartawan segera kerana 'berkorban untuk kepentingan 'Pakatan' rakyat jua adanya. Rakyat di jual pukal oleh Pakatan. Lagi mao undi Pakatan?

TEPUK DADA TANYA IMAN!

SELANGORKU AJAIB :BANJIR INI TANPA HUJAN. .







Daripada Bro Jinggo daripada AAKJ, keajaiban yang tidak diingini kerana berstatus malapetaka tak tanpa jemputan. Bro Jinggo menulis:-
Ajaibkan, hujan tak ada, ribut tak ada tiba-tiba banjir... Inilah yang terjadi di Taman Sri Gombak, semenjak Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan Selangor macam-macam perkara yang tidak diingini berlaku..
Masalah berpunca dari pembentong air lama yang pecah dan berkemungkinan longkang juga tersumbat. Inilah padahnya apabila Selangor diperintah oleh Pakatan pembohong habis semua jahanam!, masyarakat hidup dengan sampah sarap, air minuman pula di cemari dengan air karat!
Apa dah jadi dengan Selangor sekarang ini?
Selepas empat tahun mentadbir negeri Selangor sejak pilihan raya umum 2008, kerajaan negeri pimpinan pakatan pembangkang masih tidak menunaikan janji-janji mereka sehingga menyebabkan sesetengah pihak berasa kecewa.
Adalah lebih baik jika BN mengambil alih semula kerajaan negeri segala masalah seperti sampah sarap, air dan lain-lain akan selesai. 
Komen Hamba, apakan daya lagikan murtad terjadi dan sampah merata inikan pula paip pecah, banjir di jalan nampak..... banjir di atas katil .. Hj Hadi kata TAK RELEVAN SEBAB BESI ... Karpal Singh Kata SUKA SAMA SUKA TIDAK MENGAPA ... Anwar Ibrahim kata SUDAH LAPOK ITU UNDANG-UNDANG KASI MANSUH SAJA . 

TQ Bro Jinggo & AAKJ & Pakatan (kerana beri isu)
 TEPUK DADA TANYA IMAN!

"KOK BESAR KONTOLNYA PAK NUAR" SEKUTU INDONESIA ANWAR TERKEJUT MELIHAT VIDEO CHINADOLL.



Info ini daripada AAKJ daripada MYMASSA daripada SISWA MALAYSIA di Bandung Indonesia, melapurkan :-

Jika benar seperti yang diperkatakan, nampaknya pemimpin politik di Indonesia lebih bijak dari PAS di Malaysia.
Mereka pun tak nak bersekongkol dengan orang yang tiada moral seperti Anwar Ibrahim tetapi PAS masih mengangkatnya sebagai bakal PM.
*Cuma MyMassa kesal, kenapa tajuk letak Video Datuk T. Bukan Datuk T yang jadi pelakon utama dalam video tersebut.
Komen Hamba , ASALKAN BUKAN ANWAR IBRAHIM & PAKATAN.  Jauhi diri anda dari zina dan pemimpin yang melakukan zina termasuklah yang suka masturbasi dalam tandas awam.

TQ SISWA MALAYSIA DI BANDUNG, MYMASSA & AAKJ.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

SELANGORKU AJAIB: ANGRY BADTUYA CIKEN-CIKEN RUN MASA DI CABAR HERO KAMPUNG JALAN KEBUN.


TAK CUN ! TAK JANTAN !
Patutlah HINDRAF marah, Angry Badtuya buat aksi magik menghilangkan diri ...... hanya muncul kembali selepas semua selesai.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

TANDA KIAMAT KECIL BUAT PAKATAN BILA GUAN ENG NYANYI 1 MALAYSIA.

Salah satu daripada banyak tanda-tanda kiamat kecil buat pakatan. MYMASSA menulis:-
GERAKAN merampas P.Pinang daripada BN pada pilihanraya 1969 yang mencetuskan peristiwa 13 Mei. Cara DAP memenangi Penang sebenarnya ulang tayang kejayaan Gerakan satu masa dahulu. Sentimen kuasa orang Cina dijadikan modal politik.
Sebagai menebus dosa, GERAKAN akhirnya menyertai BN selepas itu.
Kalau anda perasan, setiap program yang melibatkan YAB PM di Penang, Guan Eng pasti tidak segan silu untuk mencelah muka walaupun tidak dijemput. Malah sampai jatuh tergoleklah Tsu Koon sebab kena siku dengan beliau ketika berebut-rebut untuk berbasikal sebelah PM Najib.
Ketika sambutan Tahun Baru Cina anjuran BN Pulau Pinang baru-baru ini, beliau sekali lagi mencelah. Tetapi kali ini pihak penganjur telah bersiap sedia. Jom kita saksikan bagaimana LGE dikenakan oleh BN Penang akibat kerana suka ambil kesempatan dan mencari publisiti murahan!

Hamba punya komen pula ialah Guan Eng menyanyi Lagu Maut buat Pakatan.
Cerdik BN P.Pinang daripada Guan Eng.
Itulah yang kita mahukan.


TEPUK DADA TANYA IMAN!

GENERASI MUDA TARIK BREK TANGAN DALAM ISU SEKSUALITI MERDEKA.

THE FLYING KICK mengulas mengenainya memetik sumber sebuah blog suara anak muda :-
Sebuah portal baru yang menampilkan suara generasi baru telah lahir. Adalah difahamkan, hampir kesemua penulis di portal tersebut terdiri daripada golongan muda yang tidak terlibat dengan mana-mana parti politik tetapi memberikan pandangan mereka berdasarkan pemerhatian mutakhir.
PORTAL SUARA GENERASI BARU khabarnya turut menyediakan ruang kepada penulis-penulis muda yang berminat untuk mengasah bakat menzahirkan pandangan mereka tanpa terikat dengan politik kepartian semata-mata.
Ikuti pandangan seorang penulis muda yang menggunakan nama pena AZEAN tentang kebimbangannya tentang keburukan jangka panjang sokongan terbuka yang diberikan oleh Anwar Ibrahim kepada HOMOSEKSUAL dan GAY di kalangan generasi muda.
Pengakuan Anwar Ibrahim dalam temu bual di BBC [ada 12 Jan 2012 benar-benar merungsingkan penulis. Ini kerana Anwar telah dengan jelas menyatakan akan menghapuskan undang-undang anti homoseksual yang kini diamalkan di negara kita.
Lupakan soal agama sebentar kerana jelas ia bertentangan, tapi hubungan homoseksual ini turut sama menghancurkan institusi kekeluargaan dinegara kita jika undang-undang yang sedia wujud dihapuskan oleh kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan Anwar.
Apakah masa depan anak-anak kita hari ini bila ibu bapa mereka nanti adalah terdiri dari jantina yang sama? baca seterusnya di sini THE FLYING KICK
Sewajibnya isu Seksualiti Merdeka dan pandangan bahawa seksyen 377 Kanun Kesisksaan adalah lapok diperangi habis-habisan. Adakah kita mahu Malaysia menjadi Sodom dan Gemurah yang kedua selepas Pompeii ? 

Mereka yang menjadi agnostik akan berhujah bahawa itu semua dogma agama lapok tapi pernahkah mereka mampu menghalang sebarang bala bencana dan malapetaka? Malah Teori Kios pun mengakui ada perkaitan dengan kibasan sayap rama-rama di Afrika dengan gempa bumi di benua Amerika Selatan. Apatahlagi dengan pancutan air mani ke dalam jubo lelaki yang berlaku di Eropah bakal mengundang tsunami sebesar 2004. Bayangkan jika ianya berlaku di Malaysia? Tiga biji bom sudah meletop tau kerananya.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

DUA KALI ANGRY BADTUYA KENA 'PELEMPANG'


UMNO ONline melapurkan penduduk kampung Jalan Kebun bertindak balas dengan membuat lapuran polis terhadap provokasi HINDRAF dan ABU. Ini sebagai tindak balas ke atas lapuran polis angry badtuya yang menyebabkan 6 orang Hero Kampung Jalan Kebun di tahan polis akibat insiden lalu. UMNO ONLINE menulis:-
Wakil penduduk, Haji Abdul Manan Kasmuri berkata, mereka membuat laporan ini akibat tidak berpuas hati dengan tindakan dua kumpulan ini kerana menyalahi undang-undang kerana Hindraf merupakan satu pertubuhan yang haram yang tidak diiktiraf oleh kerajaan atau mana-mana badan berkanun.
“Mengapa mereka nak buat di Jalan Kebun sedangkan di sini tidak ada seorang pun penduduk berbangsa India. Jadi apa maksud dan tujuan mereka datang ke Jalan Kebun. Kami juga tidak faham dengan tindakan pihak Pas dan PKR yang membawa satu pertubuhan haram yang tidak diiktiraf untuk membuat program dan aktiviti di Jalan Kebun.
“Sekarang, tindakan Hindraf ini menyusahkan dan menganggu keamanan Kampong Jalan Kebun. Sejak saya duduk di sana sejak 60 tahun lepas, inilah kali pertama sebuah pertubuhan haram masuk ke kampong ini untuk memporak-perandakan kampung yang sekian lama aman dan damai ini,” ujarnya selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah  (IPD) Shah Alam Polis Seksyen 9, Shah Alam di sini, Rabu.
Tambahnya, penduduk kampung bersedia dan tidak ada apa-apa masalah jika pihak Pas atau PKR yang membuat program atau aktiviti di sana, sebaliknya tidak dapat menerima kehadiran HINDRAF, pertubuhan haram yang sengaja membuat huru-hara di Jalan Kebun.
Seorang lagi wakil penduduk, Shaari Basri berkata, laporan polis ini khusus untuk Hindraf kerana penduduk Jalan Kebun tidak dapat menerima kehadiran Hindraf di Jalan Kebun.
“Jalan Kebun 100% orang Melayu. Tidak ada orang India, jadi mengapa mereka buat program yang akhirnya menimbulkan provokasi di Jalan Kebun.
“Mereka (Hindraf) yang memulakan provokasi ini, mengibarkan bendera Hindraf di waktu Maghrib, menganggu keamanan di waktu kita nak berbuat ibadah,” ujarnya yang nyata kecewa dengan sikap Hindraf yang tidak tahu menghormati perasaan orang kampung.
Tambahnya, jangan menyalahkan orang kampong atas apa yang berlaku di Jalan Kebun kerana yang memulakannya adalah pihak Hindraf.
“Penduduk Jalan Kebun tidak kisah kalau PKR atau Pas yang membuat aktiviti di sana, kita tidak akan kacau kerana kalau kita buat program pun, mereka (Pas dan PKR) tidak akan kacau. Sehubungan dengan itu, penduduk kampong mengharamkan kumpulan Hindraf untuk mengadakan apa sahaja program atau aktiviti di Jalan Kebun,” ujarnya lagi. baca seterusnya di UMNO ONLINE
HINDRAF sebelum ini sudah berpecah kepada dua fraksi. Satu fraksi tidak mahu lagi bersama A.B.U. manakala satu fraksi lagi masih mahu bersama A.B.U meneruskan agenda rasis terlampau. 

Perlukah kita kepada pertubuhan-pertubuhan yang membawa agenda rasisma terlampau seperti A.B.U dan HINDRAF di Malaysia ini? Masih relevankah keberadaan mereka yang seringkali merobek dan memperkosa keamanan dan keharmonian antara kaum? Anda pilihlah 1MALAYSIA.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

PESANAN KEPADA SEMUA LITTLE NAPOLEONS.

O.. Little Napoleon .. O..Little Napoleon
What hast thou scourge for?
A piece of bread and a cup of water? 
Hast thou lost the battle cry?
Why hast thou scorned bravery and chivalry?
Cowardice is a virtue now
O.. Little Napoleon ... O... Little Napoleon 
Thou sword hast innocence blood. 


TEPUK DADA TANYA IMAN

KENYATAAN MEDIA KETUA AUDIT NEGARA - NFCORP.


Ini adalah petikan penuh kenyataan Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang:-
Ekoran laporan media mengenai beberapa isu yang menghubungkaitkan Jabatan Audit Negara (JAN) dengan projek fidlot di Gemas, Jabatan Audit Negara ingin memberi penjelasan seperti berikut
Perkara yang menjadi fokus utama pengauditan prestasi yang dijalankan oleh JAN ialah pencapaian projek Pusat Fidlot Nasional (PFN) sejak penubuhannya pada tahun 2006 dan bukannya National Feedlot Corporation Sdn. Bhd. (NFCorp) sebagai sebuah syarikat. 
NFCorp adalah syarikat yang berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia di mana Kementerian Kewangan Diperbadankan memegang satu golden share bernilai RM1, manakala modal berbayar berjumlah RM1.11 juta telah disumbangkan oleh Agroscience Industries Sdn Bhd.
Projek ini diaudit memandangkan ia penting dari segi pengeluaran makanan negara yang mana Kerajaan Malaysia telah memperuntukkan sejumlah wang yang besar berupa:
i) Peruntukan di bawah Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani (KPIAT) berjumlah RM73.64 juta di bawah RMKe-9 bagi menampung kos pembangunan dan pengoperasian. 
Daripada peruntukan ini, sejumlah RM48.71 juta telah dibelanjakan setakat akhir tahun 2010 oleh KPIAT untuk menyediakan tapak seluas 5,000 ekar bagi projek ini. Kawasan ini kemudiannya dikurangkan kepada 2,000 ekar sahaja.
ii) Geran pelancaran untuk penyediaan infrastruktur berjumlah RM13 juta diluluskan kepada NFCorp pada bulan September 2007 dan setakat akhir tahun 2010 sejumlah RM6.52 juta telah dibayar kepada NFCorp untuk syarikat ini menyediakan infrastruktur seperti kandang dan jalan ladang.
iii) Pinjaman mudah (soft loan) juga telah diluluskan kepada NFCorp. yang berjumlah RM250 juta menerusi satu perjanjian pinjaman yang telah ditandatangani pada Disember 2007. Setakat Mac 2010, sejumlah RM134.7 juta telah dikeluarkan kepada NFCorp berdasarkan kepada tuntutan yang dibuat kepada Kementerian Kewangan.
Tujuan pengauditan dilaksanakan adalah untuk menilai sama ada projek PFN telah dirancang dan dilaksanakan dengan teratur dan berhemat serta mencapai objektif yang ditetapkan.
Pengauditan ini melibatkan semakan terhadap maklumat yang diperolehi daripada beberapa agensi Kerajaan seperti KPIAT, Kementerian Kewangan, Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan juga daripada pegawaipegawai NFCorp semasa lawatan tapak dilakukan pada bulan Mac 2011.
Berdasarkan analisis audit yang bersandarkan kepada maklumat tersebut, pemerhatian-pemerhatian audit telah dibuat secara bertulis untuk mendapatkan pengesahan dan maklum balas daripada pihak-pihak ini. 
Selain itu, perbincangan menerusi Exit Conference telah dibuat dengan wakil-wakil KPIAT sebagai Kementerian yang bertanggungjawab ke atas pelaksanaan projek ini sebelum laporan audit dimuktamadkan untuk dimuatkan ke dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2010.
Analisis audit mendapati objektif projek PFN masih belum dicapai sepenuhnya. Ini disebabkan berbagai faktor yang dihuraikan dalam LKAN 2010.
Antaranya, mengikut perjanjian pelaksanaan yang ditandatangani pada bulan Mac 2010, sasaran pengeluaran PFN iaitu 38,600 ekor lembu untuk tahun 2010 belum dicapai kerana Entreprenuer Development Program (EDP) yang melibatkan 130 pengusaha ladang satelit belum dilaksanakan lagi.
Jika dibaca keseluruhan LKAN 2010 itu, tidak ada pun disebut perkataan-perkataan seperti kucar kacir, 'in a mess' atau pun penyelewengan. Perkataan-perkataan ini telah digunakan oleh pihak-pihak lain dan JAN tidak sepatutnya dipertanggungjawabkan.
Pada pendapat JAN, sama ada terdapat unsur-unsur penyelewengan dalam pelaksanaan projek ini terpulanglah kepada penyiasatan pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Pada perspektif audit, sememangnya terdapat beberapa kelemahan dalam pelaksanaan projek ini. Jikalau tidak, mengapa pada bulan Mei 2009 (sebelum pengauditan dijalankan), kerajaan perlu menangguhkan pelaksanaan PFN sehingga satu kajian viability and business model (model perniagaan) dijalankan bagi projek ini?.
Perkara ini ada dinyatakan dalam LKAN 2010. Ianya membayangkan Kerajaan Malaysia sememangnya sedar akan kelemahan-kelemahan dalam pelaksanaan projek ini dan telah pun mengambil tindakan untuk menentukan hala tuju projek ini.
JAN ingin menjelaskan bahawa pengauditan terhadap projek PFN ini telah dibuat secara bebas dan profesional tanpa sebarang prejudis kepada mana-mana pihak. Sebarang kenyataan yang mempertikaikan kewibawaan dan integriti juruaudit JAN adalah dikesali.
 Biasalah Tan Sri jika Jabatan dan anda dipersoalkan. Bukankah kerajaan BN sedang mengamalkan polisi Transformasi ? Jadi terimalah dengan berlapang dada.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

ISHAM RAIS MASUK UMNO? ... MAKIN BANGANG BLOGER PAS.

Cerita panas ini di petik dari sumber MPP. Beliau memetik sebuah artikel tulisan seorang bloger PAS yang marahkan bloger PKR dan PKR kerana mengkritik Azizan MB Kedah. Antara lain bloger PAS itu menyebutkan PKR dan bloger PKR seperti Isham Rais sudah berkelakuan seperti barua UMNO. Baca seterusnya di sini MPP

Pada fikiran Hamba, puak PAS sudah kebingungan tahap maksimum. PAS sedang berantakan dari dalam gara-gara Anwarinas mengganas dan mencantas seluruh pemimpin PAS yang tidak pro Anwar. Tambahan lagi PKR dan DAP Selangor telah mencalitkan 'aib besar kepada PAS apabila porfolio agama di rampas daripada PAS. 

Kalau setakat Isham Rais? Biarlah beliau mereput dalam dunia imaginasinya sendiri. UMNO tidak memerlukan Isham Rais. 

TEPUK DADA TANYA IMAN!