Beberapa siri kejayaan fitnah mega DAP sebelum ini kepada beberapa pemimpin BN dan UMNO menjadikan Kit Siang begitu berang apabila beliau merasai bahang kekalahan dalam isu NFC untuk mengujudkan persepsi adanya 'Skandal Kewangan RM336.64 juta' tanpa memberikan sebarang bukti.
Sebelum dari isu NFC ini, DAP telah berjaya memfitnah :-
- Fitnah skandal PKFZ yang membawa kepada pendakwaan bekas presiden MCA;
- Fitnah 'Banglo Mewah' arwah Datuk Z Kelang yang membawa kepada kematian Datuk Z dan kejatuhan kerjaya politiknya;
- Fitnah 'Rasuah Banglo Puluh Juta' Khir Toyo yang membawa kepada sabitan hukuman ke atas Khir Toyo (Dalam proses Rayuan)
Itu dulu. Sewaktu kegagalan polisi Reformasi K.J. di mana jentera bebas pro BN / UMNO belum wujud dan amat berpengaruh seperti sekarang. Pada masa itu jika Kit Siang memfitnah mana-mana pemimpin BN dan UMNO , tidak ada sebarang pembelaan di pihak terfitnah. Sekarang jangan. Silap haribulan Kit Siang mampu masuk ICU (terkena strok serius) apabila fitnah-fitnah busuk dan jahat DAP rasis di tentang habis-habisan.
Kit Siang begitu berang apabila Datuk Sri Mohd Salleh berjaya membuktikan putar belit dan pembohongan DAP rasis dan PKR dalam isu NFC. Dalam artikel di bawah ini, Kit Siang masih cuba menegakkan benang basah fitnah tololnya dalam isu NFC.
Kit Siang cuba mempengaruhi dan sengaja membuat hasutan berniat jahat terhadap NFCorp dengan melemparkan tuduhan palsu tanpa asas kononnya Datuk Sri Mohd Salleh cuba mengelak daripada bertanggungjawab di atas 'Skandal Kewangan' yang sememangnya tidak wujud. Tuduhan itu hanya wujud dalam kotak pemikiran rasis Kit Siang sahaja.
Lihatlah bagaimana Kit Siang membuat putarbelit mengenai jumlah wang dengan bermain jumlah pula yakni dari RM250 juta kepada RM336.64 juta. Tapi dimanakah bukti yang dikemukan oleh Kit Siang bagi mendakwa bahawa berlakunya 'Skandal NFC' seprtimana dakwaannya? Ada ? Tidak ada. Sebaliknya Kit Siang hanya membuat tuduhan melulu dan fitnah jahat sahaja.
Artikel di atas oleh Kit Siang bukan suatu kritikan sebaliknya merupakan suatu fitnah. NFCorp, NFC, Ketua Audit Negara malah UMNO boleh menyaman Kit Siang di atas artikel fitnah itu. Malah Kit Siang cuba bermain dengan 'Semantik' apabila sengaja salah eja 'Feedlot' dengan ejaan salah 'Foodlot'. Adakah Kit Siang mula terasa bahawa pada kali ini fitnah NFC bakal memakan diri dan menjahanamkan DAP?
TEPUK DADA TANYA IMAN!
Komunis memang baik.Aku suka komunis sebab komunis membenarkan pembinaan kelab gay diselindungi oleh pusat urut.
BalasPadam