Rabu, 25 Januari 2012

PARTI ADAT & SOSIAL , PENGHINAAN KEPADA ISLAM ATAU KEPADA PAKATAN?


Akibat salah didikan dan salah pemimpin PAS yang tidak tahu menjaga lidah-lidah api mereka, penyokong dan ahli tegar PAS tidak lagi dapat membezakan ISLAM sebagai ADDIN dan PAS sebagai sebuah wadah parti politik yang tidak mewakili ISLAM ADDIIN. PAS sebagai sebuah wadah politik boleh saja berubah dari memperjuangkan ISLAM kepada memperjuangkan fahaman selain ISLAM seperti yang berlaku ketika ini. Manakal ISLAM sebagai ADDIN tidak akan berubah sedikit pun hinggalah sampai saat kiamat kelak. Ketaksoban penyokong dan ahli PAS sudah melampaui batasan yang dibenarkan di dalam ISLAM. Firqah PAS sudah menjadi sebuah FIRQAH yang amat menyesatkan dan menyeleweng jauh dari ajaran ISLAM HAKIKI.


Pemecatan Hasan Ali kerana isu DUMC dan kritikannya kepada Anwar Ibrahim membuktikan PAS sudah lama meninggalkan ISLAM ADDIIN.

Perkara itu disahkan oleh Khalid G sebagai wakil kepada sekutu politik PAS (PKR & DAP) melucutkan PAS dari memegang portofolio Agama Islam di Selangor. Sebaliknya Khalid G telah menghina dan memperlekehkan PAS dengan memberikan portfolio Adat Resam Melayu dan Belia dan Sukan. 

Jika penyokong dan ahli tegar PAS hendak melempiaskan kemarahan mereka kerana kini di gelar Parti Adat & Sosial, Parti Assobiyah & Sukan, Parti Assobiyah & Sekular mereka hanya ada pemimpin dan diri mereka sendiri untuk dipersalahkan. 

Mereka sendiri yang mencari nahas bersengkongkol dengan parti plularisma dan sosialisma. Bukan di atas nasihat UMNO pun PAS menyertai Pakatan Plularisma dan Sosialisma. Itu berlaku di atas ketamakan pemimpin PAS dan ketaksoban ahli serta penyokong PAS sendiri.

Itulah keaiban yang terpaksa PAS tanggung akibat menolak seruan perpaduan ummah.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

NFCORP SUATU KEBENARAN YANG TIBA.


Katakanlah apabila kebenaran itu tiba maka kebatilan (fitnah) akan musnah dan sesungguhnya kebatilan (fitnah) itu pasti musnah

SHAH ALAM, 25 Jan - Ketua Pengarah Jabatan Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang memberitahu beliau akan memberikan penjelasan terperinci berkaitan dengan kemelut dalam Laporan Audit Negara 2010 dalam masa yang terdekat.

Beliau berkata demikian sebagai menjelaskan entiti perniagaan yang dimaksudkan dalam laporan tersebut sebenarnya merujuk kepada Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) dan bukannya NFCorp seperti yang didakwa.

Ambrin turut mengakui pihak pengaudit keliru dengan di antara NFCorp sebuah syarikat Sendirian Berhad dengan syarikat kepunyaan Industri Asas Tani, sebuah entiti kepunyaan kerajaan secara keseluruhan
NFC ialah NATIONAL FEEDLOT CENTER dan bukan merujuk kepada NFCORP (NATIONAL FEEDLOT CORPORATION). Perbezaan ketara pada 'CENTER' dan 'CORPORATION'. Hamba petik kembali tulisan rakan bloger GWM mengenainya:-
Secara jujur, GWM tidak menyalahkan rakyat yang tidak memahami isu sebenar kemelut Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) jika hanya berpandukan kepada berita yang tersiar di portal-portal pro pembangkang. Dan secara jujur, amarah GWM terhadap 'Lembu-Lembu PKR' masih lagi boleh dipertimbangkan.
Sudah mejadi kewajipan 'Lembu-Lembu PKR' ini wajib menjalankan tugas dan amanah dari Tuan Haji Anwar Ibrahim mengikut konsep 'FIFO' dalam perakaunan kos (cost accounting) ... 'Fitnah In, Facts Out'!
Sudah menjadi makanan ruji puak-puak ini jika tidak mendahulukan fitnah dan tohmahan dan membelakangkan isu dan fakta yang sebenar.
Namun apabila membicarakan soal beberapa pemimpin UMNO yang menjadi 'Pak Turut' dalam kemelut Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC), hanya satu perkataan yang terlintas di kotak pemikiran GWM ... BODOH!
GWM kurang pasti sama ada beberapa pemimpin UMNO ini mahu menampilkan diri sebagai 'winnable candidate' bagi pilihanraya umum kelak dengan menyerang Ketua Wanita UMNO tanpa sebarang usul periksa atau ... sekadar mahu melepaskan tengkuk masing-masing dari menjadi bahan tembakan pembangkang.
Sebenarnya Laporan Audit Negara 2010 dan Laporan Hansard Dewan Rakyat Parlimen ke-12, Penggal Keempat, Mesyuarat Ketiga sudah secara jelas menerangkan isu ini hanya berkait rapat dengan Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) dan bukannya NFCorp, sebuah syarikat Sendirian Berhad.
Atas dasar itu, GWM sudah terlalu malas mahu memberi penjelasan dalam kemelut NFC, yang sebenarnya tidak ada kemelut pun sebenarnya ... dan tidak ada kegagalan dalam projek fidlot negara. Yang dibicarakan dan disimpulkan dalam Laporan Audit Negara 2010 adalah kelambatan NFC mengikut jadual.
Kelambatan adalah disebabkan Kementerian Kewangan telah beberapa menangguhkan projek ini untuk dilakukan kajian 'Viability and Business Model Project' terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang keputusan muktamad. (sila muat turun dan rujuk Laporan Audit Negara 2010).
Baca seterusnya di sini GWM .


Nasihat jujur daripada hamba, lainkali bila berhadapan dengan sebarang berita daripada piak palatan pakatan pembangkang satu huruf pun jangan percaya dan JANGAN CEPAT MELATAH LAH !

TEPUK DADA TANYA IMAN!

MELAKUKAN TINDAKAN BETUL DENGAN CARA BETUL- ISU NERS 6P KDN.


Hamba sekadar memetik semula apa yang dibangkitkan oleh rakan bloger GAP mengenai isu NERS 6P KDN. Merujuk kepada komen yang disebutkan oleh GAP,  GAP menulis:-
komen menarik seorang yang faham projek NERS 6P kelolaan KDN. komen dilakukan pada bulan disember 2011 .ia dilakukan di laman blog rakan blogers.
yang menarik dalam isi kandungan komen tersebut adalah hujahan komentar terhadap sistem NERS yang digunapakai oleh KDN dalam proses pemutihan 6P.
dikabarkan oleh komentar tersebut, sistem NERS ini tidak pernah diuji terlebih dahulu. kenyataan komentar ini akhirnya terbukti akan kebenarannya.
Pada 14 jan 2012, dalam akhbar online utusan telah disiarkan kenyataan permohonan maaf oleh KSK KDN, tan sri mahmood adam mengenai kegagalan sistem NERS tersebut yang berpunca daripada kesesakan maklumat yang dimuat naik dalam kapasiti yang melebihi jangkaan.

Projek ratusan juta gagal nak selesaikan permaslahan upload data ?
Sungguh memalukan.
Isu seperti ini mampu merosakkan segala usaha-usaha membaik pulih imej BN di mata rakyat.  Tambahan pula ianya dilakukan oleh agensi kerajaan di bawah jagaan H20 yang sememangnya menjadi bahan celaan pakatan. H20 perlu menangani isu ini dengan kebijakan dan ketelusan secara jujur. Kepada H20 hamba berharap agar segera melakukan pembersihan agensi-agensi yang berada di bawah jagaannya. Penyokong tegar dan atas pagar BN mahu melihat suatu ketegasan H20 dalam isu ini. Penyokong tegar dan atas pagar BN ingin sekali parasit-parasit dan pelesit-pelesit dalam agensi kerajaan diberikan pengajaran secukupnya kerana seringkali sesetengah mereka memberikan aib dan malu kepada kerajaan BN (sesetengahnya dan bukan semuanya).

TEPUK DADA TANYA IMAN!

PAKATAN DAP PAS PKR SEMAKIN TERENCAT AKAL ....

Walaupun banyak isu-isu yang diketengahkan dan kisah-kisah kejayaan program BN mahupun UMNO; namun hamba perhatikan ada beberapa isu penting yang bakal mengancam keselamatan negara malah kemungkinan besar ada perancangan untuk membunuh DS Najib sebagai jalan terakhir Pakatan.

Tidak dinafikan DAP PAS PKR bukan berada dalam keadaan selesa malah semakin terdesak oleh polisi Wassatiyah dan konsep 1Malaysia. Kalau setakat di fesbuk, di blog dan di twitter kita sendiri melihat bagaimana hasutan-hasutan Pakatan tidak mendapat sambutan dan tidak dipedulikan lagi. 

Hamba terfikir apakah Pakatan akan meneruskan BERSIH 3.0 untuk meniru Libya dan Mesir sekaligus menjadikannya sebagai justifikasi kepada pembunuhan-pembunuhan kejam ahli politik UMNO terutamanya DS Najib sepertimana yang terjadi di Libya?

Berdasarkan apa yang telah berlaku sejak dari malam sambutan tahun baru 2012, PKR membuka tirai 2012 dengan melakukan rusuhan 'Flash Mob' di UPSI pada waktu tengahmalam. Sebelum itu tersebar khabar angin bahawa mereka merancang melakukan Flash Mob di Dataran Merdeka.

Rusuhan tu telah gagal untuk mencetuskan kesan yang dikehendaki apabila fitnah jahat mereka telah didedahkan lebih awal dari tindakan mereka. Terbukti perusuh telah melakukan vandalisma ke atas sebuah klinik milik orang Melayu.

Selepas itu , Anwar melakukan siri jelajah seluruh Malaysia untuk mendapatkan sokongan pada hari mahkamah memberikan keputusan kes liwat II nya. 

Azmin Ali mengeluarkan amaran akan memecahkan dinding penjara Sg, Buloh dan berlaku beberapa siri ugutan politik daripada PKR.

Setelah berlaku demo pada 9hb Januari 2012 dengan insiden letupan 3 biji bom dan Anwar dibebaskan dari sabitan hukuman, PKR mula di landa sindrom kehilangan akal. Rakyat Malaysia telah di provok oleh PKR melalui isu pemecatan Hasan Ali.

Seterusnya, para mahasiswa/i digunakan untuk membuat ugutan-ugutan bunuh ke atas DS Najib. Ianya sudah ditangani dengan baik oleh pihak Polis.

Isu itu juga gagal membangkitkan sebarang kekecohan. Kemudian Majlis Peguam cuba mengetengahkan isu menghalalkan liwat. Ianya juga tidak berjaya menarik perhatian orangramai. Sehinggalah 'Angry Bard' (Chegubadtuya) mencetuskan ketegangan dalam insiden di Kampung Jalan Kebun. Insiden itu telah memangsakan seorang anak muda Melayu Kampung Jalan Kebun.

Berdasarkan kepada semua tindakan-tindakan provokasi oleh PKR sejak awal tahun, hamba terfikir satu-satunya jalan untuk mengelakkan dan mengagalkan sebarang usaha jahat PKR  ialah kempen berterusan menyampaikan maklumat di semua PDM.

Ketua-ketua PDM UMNO dan BN wajar memperhebatkan lagi kempen-kempen penerangan di PDM seliaan mereka. Semua jentera BN perlu bekerja keras untuk mempengaruhi rakyat Malaysia seberapa ramai. 


Kita wajib sedarkan rakyat Malaysia mengenai bahaya dan ancaman provokasi-provokasi Pakatan menjelang PRU13. 


TEPUK DADA TANYA IMAN!