Akibat salah didikan dan salah pemimpin PAS yang tidak tahu menjaga lidah-lidah api mereka, penyokong dan ahli tegar PAS tidak lagi dapat membezakan ISLAM sebagai ADDIN dan PAS sebagai sebuah wadah parti politik yang tidak mewakili ISLAM ADDIIN. PAS sebagai sebuah wadah politik boleh saja berubah dari memperjuangkan ISLAM kepada memperjuangkan fahaman selain ISLAM seperti yang berlaku ketika ini. Manakal ISLAM sebagai ADDIN tidak akan berubah sedikit pun hinggalah sampai saat kiamat kelak. Ketaksoban penyokong dan ahli PAS sudah melampaui batasan yang dibenarkan di dalam ISLAM. Firqah PAS sudah menjadi sebuah FIRQAH yang amat menyesatkan dan menyeleweng jauh dari ajaran ISLAM HAKIKI.
Pemecatan Hasan Ali kerana isu DUMC dan kritikannya kepada Anwar Ibrahim membuktikan PAS sudah lama meninggalkan ISLAM ADDIIN.
Perkara itu disahkan oleh Khalid G sebagai wakil kepada sekutu politik PAS (PKR & DAP) melucutkan PAS dari memegang portofolio Agama Islam di Selangor. Sebaliknya Khalid G telah menghina dan memperlekehkan PAS dengan memberikan portfolio Adat Resam Melayu dan Belia dan Sukan.
Jika penyokong dan ahli tegar PAS hendak melempiaskan kemarahan mereka kerana kini di gelar Parti Adat & Sosial, Parti Assobiyah & Sukan, Parti Assobiyah & Sekular mereka hanya ada pemimpin dan diri mereka sendiri untuk dipersalahkan.
Mereka sendiri yang mencari nahas bersengkongkol dengan parti plularisma dan sosialisma. Bukan di atas nasihat UMNO pun PAS menyertai Pakatan Plularisma dan Sosialisma. Itu berlaku di atas ketamakan pemimpin PAS dan ketaksoban ahli serta penyokong PAS sendiri.
Itulah keaiban yang terpaksa PAS tanggung akibat menolak seruan perpaduan ummah.
TEPUK DADA TANYA IMAN!
Nasib baik la dibagi jada adat resam kalau dikasi jaga kebudayaan...lagi best sebab boleh nengok pak lobai PAS simpan ketayap didalam kocek..leh joget bersama khalid gagap..
BalasPadamBala besar pada pas ......Allahhuakbar.
BalasPadamKalau Lebai PAS pegang Kebudayaan...Joget lambak kite Yop...Kekekekeee..
BalasPadam