Selasa, 24 Januari 2012

BILA H20 BERTEGAS .........


Bila H20 memberikan pandangan tegas dan mula ada keyakinan diri, Hamba tabik hormat. Hamba berharap agar H20 kekal begitu dan mempamirkan lagi ketegasan beliau. Seterusnya Hamba masih menaruh harapan agar pada suatu masa nanti kesemua celaan ke atas nya dapat dipulihkan kembali. H20 telah memberikan pandanganya secara tegas dalam isu rayuan kes liwat II Anwar Ibrahim. Beliau merasionalisasikan tindakan Peguam Negara memfailkan Notis Rayuan dengan berkata (di petik daripada blog Papa Gomo):-

Keputusan Peguam Negara memfailkan rayuan selepas Mahkamah Tinggi membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan perlu diterima oleh semua pihak atas nama hak serta keadilan buat bekas pembantu peribadi Ketua Pembangkang itu.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pihak Peguam Negara sudah tentu mempunyai asas serta fakta dari segi perundangan yang membolehkan proses rayuan itu diteruskan.
Beliau turut meminta perkembangan terkini kes tersebut tidak dijadikan isu kerana Mohd. Saiful hanya mencari keadilan buat dirinya dan perkara yang sama pasti akan diambil oleh Anwar jika Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berada pada kedudukan bekas pembantunya itu.
"Keputusan untuk merayu terletak sepenuhnya dalam tangan Peguam Negara dan ia dilakukan berdasarkan lunas-lunas undang-undang. Oleh itu, perkembangan ini tidak harus menjadi isu terutama di kalangan penyokong PKR.
"Percayalah, sekiranya keputusan Mahkamah Tinggi tidak memihak kepada Anwar Ibrahim, sudah tentu beliau juga akan membuat rayuan,'' katanya.
''Keputusan untuk rayuan ini tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak termasuk daripada desakan keluarga Mohd. Saiful, sebaliknya ia adalah atas kehendak Peguam Negara berdasarkan bukti-bukti serta keterangan yang ada,'' 
Beginilah yang seluruh rakyat mahukan daripada seluruh pemimpin di semua peringkat di dalam BARISAN NASIONAL yakni mempunyai sifat-sifat: 
  1. Berani menyatakan pendirian 
  2. Tegas dalam melaksanakan polisi
  3. Yakin dengan keputusan yang di buat
  4. Jujur dalam semua tindakan
  5. Amanah dalam menjaga kebajikan rakyat dan kepentingan negara.
Seperti yang kita tahu kes liwat II ini amat giat dipolitikkan oleh Anwar Ibrahim dan Pakatan sendiri. Di pihak Barisan Nasional pula tidak ada pun mana-mana pemimpinnya menyentuh isu itu di dalam program-program mereka.

Jika Barisan Nasional mahu memenjarakan Anwar Ibrahim sudah tentulah Anwar Ibrahim akan terus di buang negara dan dikenakan tindakan perundangan lain. Tetapi ini tidak berlaku pun. Anwar Ibrahim diberikan peluang seluas-luasnya menggunakan kebebasan bercakap dan bergerak sepanjang masa untuk membela dirinya samada di dalam dan di luar mahkamah sejak 2008 sehingga kini. 

Saiful Bukhari wajib diberikan hak merayu kerana itu sudah termaktub di dalam perundangan negara dan amalan peradilan di sleuruh dunia. Tidak adil kepada Saiful Bukhari jika hak rayuan itu dinafikan kerana Anwar Ibrahim tidak pernah dinafikan haknya untuk membela diri sejak 2008 sehingga kini. 

Berlaku jujurlah dan berlaku adillah kepada semua pihak.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

KISAH BENAR INSIDEN DI JALAN KEBUN.


Rakan bloger SEL 13 telah menceritakan punca sebenar kekecohan yang berlaku di Jalan Kebun tempohari (Sabtu Malam Jumaat / 21/1/12). Chegubadtuya menganjurkan satu Majlis Ceramah Politik bersifat Fitnah Hasutan berbaur perkauman di sebuah kawasan 100% majoriti penduduk Melayu Islam.Di jemputnya HINDRAF sebuah pertubuhan haram bersifat rasis, anti Islam dan anti Melayu. HINDRAF memang terkenal dengan sifat permusuhan, biadap dan kurang ajar kepada semua orang Melayu dan orang Islam. Chegubadtuya menganjurkan majlis fitnah hasutan itu tanpa pengetahuan DUN Sri Muda, PKR Pusat dan JKKKP mahupun JKKK Jalan Kebun. Kampung Jalan Kebun terletak di antara sempadan daerah pentadbiran Kelang dengan Shah Alam. Mempunyai penduduk seramai 6 000 orang. Sebuah perkampungan Melayu tradisional yang amat kuat semangat kemelayuan, tinggi semangat kejiranan, amat tekun beribadat dan tidak berpecah-belah walaupun berlainan fahaman politik. Kampung Jalan Kebun adalah di bawah DUN Sri Muda (PKR). Masjid kariah Kampung Jalan Kebun sentiasa penuh dengan jemaah walaupun pada waktu zohor di hari bekerja. Sejak zaman berzaman dan turun temurun penduduk Kampung Jalan Kebun sangat sensitif dalam soal agama dan bangsa.Jadi anda sendiri tentulah faham bahawa kekecohan yang berlaku sudah tentu dimulakan dan dicetuskan oleh HINDRAF di atas sanksi (perlindungan) Chegubadtuya. SEL 13 menulis :-
MAJLIS.
Ketua Cabang PKR Rembau, Badrul Hisham Shahrin telah menganjurkan satu majlis ceramah yang dinamakan Tamatkan Rejim Umno dan juga kempen ABU (Asal Bukan Umno) di Dewan MBSA Kampung Jalan Kebun. Pertubuhan haram hindraf dan Pas turut sama terlibat dalam menjayakan program berkenaan. Penganjuran program tidak dimaklumkan kepada pihak polis. Kampung Jalan Kebun terletak dalam Dun Sri Muda yang mana wakil rakyatnya adalah dari parti PKR. Adun berkenaan juga tidak dimaklumkan tentang penganjuran program tersebut oleh Badrul Hisham.
PUNCA PERGADUHAN. 
Seperti yang kita semua tahu, pengikut-pengikut hindraf kurang ajar. Mereka pernah menyerbu majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Perdana Menteri pada tahun 2008. Mereka masuk ke kampung melayu dan buat seperti kampung mereka. Langsung tidak tahu untuk menghormati adat dan agama orang lain. Bukan setakat tidak tahu hormat, malah mereka melakukan provokasi terhadap penduduk kampung pula. Pada jam 7.30 malam iaitu pada waktu Maghrib, penyokong-penyokong hindraf berkumpul di tepi jalan di hadapan dewan tempat ceramah diadakan dalam keadaan bersorak dan menjerit-jerit sambil mengibarkan bendera hindraf. Gelagat mereka telah mengundang kemarahan penduduk kampung kerana mereka tidak menghormati waktu Maghrib serta penduduk sekitar. Penduduk memberi amaran , tetapi mereka tidak mengendahkannya. Berita tersebut tersebar ke serata kampung. Berduyun-duyun penduduk kampung datang ke dewan berkenaan. Berlaku pertengkaran dan cabar mencabar yang membawa kepada pergaduhan. Sewaktu pergaduhan berlaku Badrul Hisham selaku penganjur utama menyembunyikan diri. Selepas semuanya selesai barulah dia muncul dengan berlagak sebagai seorang hero.
ULASAN PERISTIWA
Dalam hal ini kesalahan perlu diletak diatas bahu penganjur,kerana mereka yang menyalakan api terlebih dahulu.
Pergaduhan tidak akan berlaku sekiranya penganjur tidak memilih lokasi di kawasan yang sensitif. Banyak lagi dewan lain yang ada untuk mereka mengadakan ceramah , tetapi kenapa mereka heret hindraf ke kawasan melayu yang sensitif ? Tidak lain tidak bukan untuk tujuan provokasi.
Pergaduhan juga tidak akan berlaku sekiranya penyokong-penyokong hindraf tidak bersorak-sorak sambil mengibar bendera di tepi jalan pada waktu Maghrib.
Sekiranya Adun Sri Muda dari parti PKR dan pihak polis dimaklumkan terlebih dahulu tentang penganjuran ceramah di kawasan berkenaan ,sudah pasti mereka juga akan menghalangnya kerana mereka tahu keadaan tempat tersebut.
Kebiasaannya ceramah-ceramah politik diadakan selepas waktu Isyak. Tetapi di Kampung Jalan Kebun pada hari berkenaan ceramah bermula serentak dengan waktu Maghrib.
Badrul Hisham memang terkenal sebagai seorang kaki provok dan orang yang suka menimbulkan kekacauan. Tidak mustahil dia telah merancang semua itu supaya pergaduhan tercetus kerana ingin mencari publisiti murahan.
Badrul cuba menyalahkan pihak polis dengan menuduh polis lambat bertindak. Selama ini dialah orang yang terkenal dengan sikap suka memaki hamun polis.
Dalam hal ini polis tidak boleh dipersalahkan. Apabila sudah tersepit barulah dia ingatkan polis. Kenapa sebelum anjurkan program dia tidak maklumkan kepada polis ?
Itulah sebabnya penting keizinan atau permit dari polis diperolehi sebelum sesuatu program dianjurkan. Ini bertujuan supaya senang pihak polis bersedia jika berlaku sesuatu yang tidak diingini.
Pada fikiran Hamba, Chegubadtuya memang sengaja mahu mencetuskan ketegangan kaum. Si penjahat/penghasut itu sengaja memilih lokasi Kampung Jalan Kebun dan menjemput HINDRAF ke situ. Segala unsur dan adunan untuk mencetuskan ketegangan kaum adalah secukup rasa. Segalanya berlaku dengan perancangan teliti. Beginilah sikap orang PKR seperti Chegubadtuya. Anda perlu ingat Chegubadtuya ini ada pertalian darah dengan Anwar Ibrahim.

Justeru itu, penganjur dan HIDRAF lah yang bertanggungjawab ke atas insiden di Kampung Jalan Kebun. Kepada bloger pakatan yang mewarisi genetik tolol Chegubadtuya dan Anwar Ibrahim berhentilah menyebarkan fitnah menyalahkan UMNO. Tak takut dosa ke?

Kepada pengundi dan rakyat Malaysia adakah parti politik murahan seperti PKR DAP PAS ini yang masih menyimpan begitu ramai genetik tolol seperti Chegubadtuya anda hendak pilih jadi pemerintah? Huru hara lag negara dan hancurlah agama jika mereka di pilih.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

AZHAR IDRUS AKUI BELIAU 'AGEN IBLIS' ???!!!



Zahar Derus mengakui bahawa program gitar karan pada malam sambutan tahun baru adalah program untuk hiburan. Jika demikian pengakuan beliau maka sahlah bahawa program tersebut adalah syubahat. Perkara syubahat perlu dijauhi. Dalam klip video di atas, Zahar Derus (Azhar Idrus) tidak berhujah secara ilmiah sebaliknya mengambil pendekatan berjadalah di atas ketidakpuashati beliau di kritik dan di tegur kerana melakukan perkara syubahah.

Zahar Derus perlu ingat bahawa beliau memakai 'pakaian orang dakwah'. Sewajarnya beliau menghindari melakukan perbuatan syubahah dan membuat tuduhan tidak benar ke atas orang lain. Beliau sepatutnya mempunyai kesabaran tinggi bilamana di tegur oleh pihak lain. Ini tidak. Beliau tidak dapat menahan kesabarannya sendiri. Sudah kurang satu lagi ciri dan sifat sebagai orang yang berada di atas jalan yang benar pada Zahar Derus.

Kebangkitan Islam yang sebenar mempunyai ciri-ciri khas dan jelas. Bukan sepertimana yang disebutkan oleh Zahar Derus. Tidak termasuk dalam ciri-ciri kebangkitan Islam itu berbondong-bondong mendengar petikan gitar karan di atas pentas pada malam sambutan tahun miladiah. Mahupun berceramah di padang-padang dan di tempat terbuka dengan gaya penyampaian yang diamalkan oleh Zahar Derus.

Musuh Islam itu juga jelas dan nyata. Tidaklah seseorang mukmin lain menjadi musuh Islam jika mengkritik dan menegur Zahar Derus. Terserlah sifat riya dan takkabbur Zahar Derus.

Terus terang Hamba katakan Zahar Derus ini lebih banyak mempunyai ciri-ciri dan sifat-sifat 'Orang Zalim' yang menganiayai dirinya sendiri yang menyeru orang lain berbuat baik sedangkan beliau sendiri tidak melakukannya. Bagi hujah-hujah dan dalil-dalil ilmiah sila ke blog AAKJ.

Sebagai perbandingan kita tonton klip video ini bagaimana seorang pendakwah menyampaikan 'ilmu dan menjawab kritikan pihak lain.



TEPUK DADA TANYA IMAN!

SATU KEAJAIBAN TERCIPTA DI SELANGOR !




Satu keajaiban tercipta di Selangor dalam DUN Sri Setia, Kelana Jaya! Pada perayaan Ponggal 22hb Januari 2012, seramai 1 000 orang India Malaysia kembali menyertai Barisan Nasional. Setelah Chegubadtuya dan HINDRAF pertubuhan haram rasis gagal mencetuskan ketegangan kaum dalam insiden di Jalan Kebun, pengundi India Malaysia dengan relahati menyertai Barisan Nasional. Rakan bloger Pisau menulis mengenainya di sini:-

Baru baru ini Chegubard cuba mencetuskan ketegangan kaum apabila cuba melakukan provokasi bersama Hindraf untuk menarik sokongan kaum India.

Apa yang menjadi kejutan,kempen yang cuba dilakukan oleh Chegubard dan Hindraf bukan saja menyebabkan lebih ramai kaum india menyertai BN,malah penyokong Hindraf juga turut serta menyertai meninggalkan NGO haram tersebut.
Kaum India lebih tahu siapakah yang lebih jujur dan prihatin terhadap mereka.Politik kebencian yang cuba disemai kedalam pemikiran kaum India oleh PKR dan Hindraf ternyata gagal.
Pada 22hb Januari 2012, jam 8 malam, bertempat di Padang Permainan Blok 4/5 Desa Mentari DUN Seri Setia, Kelana Jaya seramai 1,000 orang dari masyarakat kaum India meraikan Pesta Ponggal 2012.
Pada malam Tahun Baru Cina, Pengerusi Skuad Prihatan (NGO) Dr. Vikneswaran yang sebelum ini orang penting didalam PKR telah bersama-sama hampir lebih 1,000 orang yang lain beralih sokongan kepada Barisan Nasional. Beliau telah membuat keputusan untuk bersama jentera BN di DUN Seri Setia Kelana Jaya untuk membantu BN memenangi PRU-13.
 Inilah yang Hamba maksudkan, MENCIPTA KEAJAIBAN ! 
Ciptalah KEAJAIBAN demi RAKYAT kerana ALLAH TA'ALA.


TEPUK DADA TANYA IMAN!

PINJAMAN DIKATAKAN DANA RAKYAT MEMANG PKR BAKA TOLOL.

Salah satu hujahan yang sering diketengahkan oleh PKR dalam isu pinjaman RM250 juta kepada NFCORP (bukan NFC [National Feedlot Center] ) kononnya duit itu berstatus DANA RAKYAT. Apa yang dimaksudkan oleh mereka kita pun tak tahulah. Tapi anda boleh baca takrifan DANA RAKYAT yang diberikan oleh salah seorang cai PKR (Nampaknya mereka sendiri pun tidak faham apa yang mereka tulis);-


Seperkara lagi ialah cai PKR amat suka bersumpah ... sumpah seranah. Ha ha ha ha. Kembali kepada persoalan asas, apakah yang cai PKR maksudkan dengan DANA, DANA RAKYAT dan DUIT RAKYAT sebenarnya? Apabila anda ajukan soalan mengenai takrifan kepada istilah-istilah tersebut mereka akan memberikan sumpah seranah sebagai jawapan. Membuktikan bahawa mereka sendiri pun tidak faham dan tidak jelas apakah yang mereka maksudkan dan tuliskan. Jadi betullah mereka (PKR) adalah bodoh tak bertempat.

Izinkanlah Hamba memberikan takrifan yang tepat kepada istilah DUIT RAKYAT agar anda tidak terpedaya dengan mainan bahasa Pakatan. 

DUIT RAKYAT: Ini sudah tentu merujuk kepada semua wang tunai yang ada dalam milikan dan pegangan rakyat . Seperti wang gaji, sumber pendapatan, duit dalam akaun-akaun bank, Apabila wang tunai itu digunakan dan berpindah pemilikan sudah tentulah status DUIT RAKYAT itu berubah. Ambil contoh:-
Anda membeli sekilo gula. Anda membayar dengan wang tunai yang ada pada anda (termasuk wang tunai yang anda hutang daripada Ah Loong) Adakah wang itu masih menjadi milik anda? sudah tentu tidak.

Samalah apabila rakyat membayar cukai maka wang itu bukan lagi menjadi milik rakyat sebaliknya menjadi milik kerajaan yang di pilih oleh majoriti rakyat.

Semasa anda mengundi anda telah melakukan perbuatan memberikan hak kuasa memerintah kepada pihak yang anda pilih. Pihak anda pilih itu akan mempunyai kekuasaan memerintah di atas mandat anda. Termasuklah anda menyerahkan kekuasaan kepada pihak yang memerintah pemilikan segala harta benda dan khazanah negara.

Anda perlu ingat bahawa pemilikan ada dua jenis yakni pemilikan individu dan pemilikan kerajaan. Banguna kerajaan adalah milik kerajaan. Anda tidak boleh sewenang-wenangnya membawa keluarga anda untuk menginap di mana-mana bangunan milik kerajaan walaupun anda yang memilih kerajaan tersebut.

Jadi selepas ini bilamana Pakatan menyebut mengenai DUIT RAKYAT, DANA RAKYAT cuba anda bertanya kepada penceramah tersebut samada anda boleh membawa pulang kereta rasmi yang digunakkan olehnya? Atau samada anda boleh menjual rumah kediaman rasmi yang mereka duduki. Tentu anda menerima sumpah seranah daripada penceramah tersebut.

TEPUK DADA TANYA IMAN!