Zahar Derus mengakui bahawa program gitar karan pada malam sambutan tahun baru adalah program untuk hiburan. Jika demikian pengakuan beliau maka sahlah bahawa program tersebut adalah syubahat. Perkara syubahat perlu dijauhi. Dalam klip video di atas, Zahar Derus (Azhar Idrus) tidak berhujah secara ilmiah sebaliknya mengambil pendekatan berjadalah di atas ketidakpuashati beliau di kritik dan di tegur kerana melakukan perkara syubahah.
Zahar Derus perlu ingat bahawa beliau memakai 'pakaian orang dakwah'. Sewajarnya beliau menghindari melakukan perbuatan syubahah dan membuat tuduhan tidak benar ke atas orang lain. Beliau sepatutnya mempunyai kesabaran tinggi bilamana di tegur oleh pihak lain. Ini tidak. Beliau tidak dapat menahan kesabarannya sendiri. Sudah kurang satu lagi ciri dan sifat sebagai orang yang berada di atas jalan yang benar pada Zahar Derus.
Kebangkitan Islam yang sebenar mempunyai ciri-ciri khas dan jelas. Bukan sepertimana yang disebutkan oleh Zahar Derus. Tidak termasuk dalam ciri-ciri kebangkitan Islam itu berbondong-bondong mendengar petikan gitar karan di atas pentas pada malam sambutan tahun miladiah. Mahupun berceramah di padang-padang dan di tempat terbuka dengan gaya penyampaian yang diamalkan oleh Zahar Derus.
Musuh Islam itu juga jelas dan nyata. Tidaklah seseorang mukmin lain menjadi musuh Islam jika mengkritik dan menegur Zahar Derus. Terserlah sifat riya dan takkabbur Zahar Derus.
Terus terang Hamba katakan Zahar Derus ini lebih banyak mempunyai ciri-ciri dan sifat-sifat 'Orang Zalim' yang menganiayai dirinya sendiri yang menyeru orang lain berbuat baik sedangkan beliau sendiri tidak melakukannya. Bagi hujah-hujah dan dalil-dalil ilmiah sila ke blog AAKJ.
Sebagai perbandingan kita tonton klip video ini bagaimana seorang pendakwah menyampaikan 'ilmu dan menjawab kritikan pihak lain.
TEPUK DADA TANYA IMAN!
Kalaulah yang main gitar tu ustaz fathul bari... dah tentu bergantang2 kena kutuk.. tapi bila dia yang main gitar macam2 alasan untuk menghalalkan...
BalasPadamcadangkan adakan debat antara ust idrus dan ust fatul bari..sekarang ni masing2 cakap sorang2.
BalasPadamDia ni boleh dinamakan "Ustaz Bodo"..dalam 4 minit ucapan 2 perkataan Bodo diucapkan...kalau bercakap 1 jam..tah berapa kali bodo disebut...kata2 adalah doa..siapa yg akan jd bodo nanti?
BalasPadamInilah ulamak akhir zaman apabila tidak jaga lidah.
BalasPadamOrang lain bermian gitar karan tidak memakai pakaian pendakwah. Kena fahami itu.
BalasPadamSi Azhar Idrus ini sering menyatakan dalam ceramah2nya; "Kerajaan Zalim", "Kerajaan menganiayai rakyat"..dsbnya..
BalasPadamAndai benar kerajaan hari ini zalim, dah lama dah kepala dia kena penggal oleh kerajaan...!! Ini tidak.., si Azhar Idrus bebas kesana kesini menyatakan kononnya kerajaan ini zalim .., namun.., dijentik pun tidak oleh sesiapa.!
Dialah sebenarnya seorang ustaz yang menyebar fitnah didalam kalangan umat.., samaada dia sedar atau tidak...
salam,
BalasPadamustad azhar idrus ni ceramah ikut sedap mulut. ramai peminatnya berkata dia pandai sebab ingat dan boleh jawab semua soalan dengan siap bagi fakta lagi. masalahnya, adakah fakta itu benar dan betul. tiada orang yang menyemak kebenaran fakta tersebut. bila dah cakap, semua yang mendengar berpendapat itu adalah benar. tiada sapa yang berfikir itu mungkin satu fitnah.
masyarakat melayu lebih suka mendengar ustad cakap pasal mana mungkin seorang ustad itu berbohong. mereka tak suka membaca kerana perlu berfikir. sambil dengar sambil ketawa. lagi kuat ketawa lagi ramai yang pi dengar. kesimpulannya, ceramah ustad azhar ni lebih kepada ceramah hiburan. santai je orang dengar. bila balik orang berbincang pasal perkara yang kelakar dan itu yang disampaikan kepada orang lain. isi ceramah, lupa dah.
kita tak perlu taksub pada seseorang ustad. kita perlu bersyukur jika ada ustad yang berceramah mengajak kita untuk berfikir dan bertindak mengamalkan ilmu yang dia ceramahkan. moga Allah swt memberkati dan memberi cahaya petunjuk jalan yang benar kepada seluruh umat Islam dan orang Melayu.
Janganlah nak salahkan ustaz cun tu.Dia tu sama macam aku je,berlakon baik dan alim.
BalasPadamEee korg ni kurang di ajar betol ngan ustaz pun tak hormat. Wahaha. Oh i see, tak heran lah sbb Tok Guru pn korg tak hormat. Stop lah kumpul dosa wahai saudara seislam ku.
BalasPadamPandanglah diri korang dulu. Sebelum bicara, fikir dulu. Takut menyesal tak sudah kat mahsyar sana.
Aku Wahidah
BalasPadamDiantara orang yang zalim ialah orang yang diberi hati dan fikiran tetapi tidak menggunakan ke jalan yang betul.
Ante bercakap tentang dosa diseberang sungai, akan tetapi Ante menzalimi diri bila gagal untuk menggunakan akal untuk mencernakan maklumat yang diberikan oleh sahabat sahabat seugama.
Itulah KEZALIMAN yang mikro yang selalu terlepas pandang oleh mereka yang dah merasa boleh terbang bebas didalam kelenaan.
Bukan orang pandai, tapi nabi aku tak maki orang bodo, nabi aku tak fitnahkan orang, nabi aku tak banyak melawak, nabi aku zuhud, nabi aku umiy, nabi aku penyabar, dan paling penting nabi aku tak maki orang walau dibaling najis sekalipun. Barangkali mereka yang suka buat benda-benda yang tak disukai Allah bernabikan Iblis dan Syaitan. Bertaubatlah wahai orang yang diberikan ilmu oleh Allah.
BalasPadam