Jumaat, 13 Januari 2012

SIASATAN SPRM KE ATAS NFC KETELUSAN BN/UMNO.


Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, memohon cuti rehat daripada menjalankan tugas sebagai menteri selama tiga minggu mulai esok.


Shahrizat berkata, beliau sudah mengemukakan permohonan itu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Dalam satu kenyataan dua perenggan sebentar tadi, Shahrizat juga berharap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dapat menjalankan siasatan sama ada beliau terbabit atau tidak dalam keputusan kerajaan berhubung National Feedlot Corporation yang diterajui suaminya, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail.
Sumber Berita Harian


Tahniah dan syabas buat Kak Jat yang teah melakukan perkara yang sebenarnya amat sukar untuk dilakukan pihak lain terutama dikalangan pemimpin pembangkang. Benar dan tepat tindakan Kak Jat ini yang bercuti bagi memberikan laluan sepenuhnya kepada SPRM dalam menjalankan siasatan sama ada benar atau tidak Kak Jat terlibat dalam isu NFC sebagaimana yang dilaporkan oleh pembangkang.


Fitnah yang datang berbagai bagai sejak tercetusnya isu NFC ini membuatkan Kak Jat dilihat perosak kepada UMNO mahupun Barisan Nasional walhal Kak Jat tidak terlibat langsung dengan isu NFC ini.


Baca seterusnya di sini PAPA GOMO 


Bagi hamba walaupun Kak Ijat telah mengambil tindakan yang benar dan betul dan jika sekiranya SPRM mendapat Kak Ijat tidak bersalah, namun Pakatan tidak akan berpuashati sehingga dakwaan dikenakan ke atas kak Ijat sepertimana terjadi ke atas Khir Toyo. 


Pada kali hamba berharap benar agar tidak ada pertikaman belakang ke atas Kak Ijat Kita tidak mahu lagi mana-mana pemimpin UMNO/BN yang menjadi mangsa tekanan politik akibat fitnah-fitnah mega ke atas mereka oleh Pakatan. 


Kita juga tidak mahu Kak Ijat dimangsakan oleh kelompok opurtunis di dalam UMNO kerana gilakan kuasa.


TEPUK DADA TANYA IMAN!

WOI .. WOI .. WOII ... DIN BINJAI .. HANG LARI PASAI APA?

Din Binjai @ Sharpshooter yang telah di saman oleh Rais Yatim kini serta sedang menghadapi prosing menghina mahkamah kini dikatakan telah' menghilangkan' dirinya. Klik di sini untuk kisahnya PEJUANG BANGSA

Dulu beliau juga yang sering mengatakan kepada Rais Yatim ' Mana Mao Lari?' akhirnya kini beliau pula 'melarikan' diri?

Hamba tertarik dengan ulasan daripada rakan bloger The Flying Kick yang mengulas mengenai nasib Din Binjai ini. Hamba juga teringatkan juga mengenai seorang lagi bloger Pakatan yang kini disembunyikan di Singapura.

Wah patutlah bloger pakatan amat rajin dan bersemangat menghentam kerajaan BN / UMNO serta menabur fitnah., mereka dilindungi secukupnya oleh pakatan. 

Hamba dan rakan-rakan bloger yang tidak bertuan dan bernaung di bawah mana-mana unit tempur siber kena pandai-pandai jaga diri sendiri. Tapi tak mengapalah kerana kami tidak meminta upah. Kami menulis secara sukarela dan di atas kejujuran kami sendiri. Lagipun kami perlu memikul tanggungjawab untuk menghalang segala fitnah mega yang bertebaran. Kami pun kurang mempercayai mana-mana ahli politik. 

Kepada rakan-rakan bloger yang satu spesis sudah tiba masanya para bloger tidak bertuan menubuhkan sebuah persatuan berdaftar bagi melindungi kepentingan kita semua. Apakata kawan-kawan bloger yang tidak bertuan? Mahukah kita tubuh sebuah persatuan berdaftar demi menjaga diri dan kepentingan kita sendiri?

TEPUK DADA TANYA IMAN!

DENGAN GAJI RM 1.00 ANDA BOLEH BELI INI ..........



Di atas adalah gambar rumah banglo mewah dan kereta mercedes mewah milik Anwar Ibrahim. Harga banglow RM7 juta. 
Harga Mercedes dua biji pula? 
Bil elektrik dan air pula?
Upah sekuriti jaga siangmalam pula?
Inilah contoh tauladan seorang pemimpin yang mengetuai sebuah pakatan organisasi politik yang mengamalkan jimat cermat, bersih, telus dan adil.
Di kala rakyat menderita, beliau bermewah-mewah.
Jangan bising-bising lah ... bukankah ini semua hanya di beli dengan harga RM1.00 gaji beliau sebagai Penasihat Ekonomi negeri Selangor?
Ini baru gajinya RM1.00 sudah boleh memiliki banglo mewah dan dua biji mercedes bayangkanlah masa beliau menjadi Menteri Pertanian, Menteri Pendidikan, Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri.
Memey beliau pandai ekonomi kan .. kan ... kan 


TEPUK DADA TANYA IMAN!